Wednesday 23 November 2016

Bubur Pulut Hitam


Bubur Pulut Hitam

1/2 paket pulut hitam
5 cawan air
2 helai daun pandan
7 sb gula putih
3 ketul kecil gula melaka
2 paket kecil santan
1/2 sk garam

Rendam pulut hitam dengan air selama 3-4 jam. Kemudian rebus pulut hitam dengan sehelai daun pandan sehingga pulut lembut. Masukkan gula putih dan gula melaka. Kacau dan bila gula hancur, ketepikan pulut.

Dalam periuk yang lain, panaskan santan dengan sedikit garam dan sehelai daun pandan. Kacau supaya santan tidak pecah. Tuang santan kedalam mangkuk. Hidang pulut hitam bersama santan.

Friday 4 November 2016

Kobis Goreng Kicap
Kobis Goreng Kicap
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 helai daun kobis
2" lobak merah
1 sb kicap lemak manis Jalen
sedikit garam
minyak untuk menumis

Potong kobis kecil- kecil. Lobak merah dipotong dua dan dihiris nipis. Bawang merah, bawang putih dan cili merah dihiris-hiris.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah diikuti dengan kobis dan gaul rata. Kemudian masukkan kicap lemak manis, sedikit garam dan akhir sekali, masukkan cili merah. Kacau rata dan hidang.
Ayam Masak Kari Merah Thai
Ayam Masak Kari Merah Thai
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai
6 helai daun limau purut
600 ml air
1 peket (100g) pes kari merah Thai
1/2 kotak santan
1 biji kentang
minyak untuk menumis

Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Serai diketuk.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul. Masukkan pula separuh air dan biar hingga ayam hampir masak. Selepas 20 minit, masukkan baki air bersama daun limau purut.

Masukkan pula pes kari merah dan kentang. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau beberapa minit. Saya tak masukkan garam sebab pada saya rasa garam dah mencukupi.

Angkat dan hidang.