Wednesday 30 January 2019

Chicken Salami Sandwich
Chicken Salami Sandwich
2 keping roti fine wholemeal
2 keping salami ayam
1 keping keju
sedikit daun salad rocket
1 sb mentega
1/2 sb mayonis
4 keping tomato
minyak

Panaskan sedikit minyak. Goreng salami dalam 2-3 minit. (Kalau tak nak goreng pun tak apa). Angkat dan ketepikan.

Sapu mentega pada roti. Letak salami atas kedua-dua keping roti. Sapu mayonis, letak keju, tomato dan salad rocket. Letak roti dan isinya di atas roti yang satu lagi.

Potong dua dalam bentuk menyerong.
Gnocchi with Stewed Tomatoes
Gnocchi with Stewed Tomatoes
1 paket gnocchi
1 tin Stewed Tomatoes
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1/2 keping daging kisar Ramly
1/2 kiub pati daging lembu
5 biji cendawan butang
1 tangkai daun rosemary
2 sk gula
sedikit garam
sedikit air cendawan
minyak zaitun

Didihkan air. Masukkan gnocchi dan biar selama 2 minit atau hingga gnocchi timbul. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dihiris bersama seketul halia. Bila sos dah masak, keluarkan halia tadi. Masukkan daging kisar dan bila daging hampir masak, masukkan cendawan yang dihiris dan Stewed Tomatoes.

Jika kering, masuk sedikit air cendawan. Masukkan juga daun rosemary, garam dan gula. Biar dalam 10 minit, kemudian bolehlah dihidangkan bersama gnocchi tadi.
Salad Kacang Kuda Dengan Keju Feta
Salad Kacang Kuda Dengan Keju Feta

1 tin kacang kuda
1/2 biji bawang besar
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun parsli
1 biji limau kasturi
sedikit keju feta
2 sb minyak zaitun
sedikit garam kosher
sedikit serbuk lada hitam

Basuh kacang kuda dan toskan. Letak di dalam mangkuk. Masukkan hirisan bawang besar, daun bawang, daun parsli, jus limau kasturi, minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam. Pecah-pecahkan keju feta dan masuk ke dalam mangkuk tadi. Gaul rata dan hidang. (Jika suka, boleh masukkan satu paket chilli flakes)

Friday 25 January 2019

Makaroni Goreng Udang
Makaroni Goreng Udang
1 mug makaroni
10 ekor udang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sb udang kering
1 sb cili boh
1/2 sk soya sos pekat
1/2 cawan air rebusan pasta 
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala merah
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menumis

Perap udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Didihkan air dengan sedikit garam. Bila mendidih masukkan makaroni dan rebus hingga al dente. Angkat dan toskan.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dan udang kering dengan sedikit air.

Panaskan kuali tanpa minyak. Tuang bahan-bahan kisar dan tumis hingga airnya kering. Bila kering masukkan minyak dan tumis lagi. Masukkan pula cili boh diikuti dengan udang. Kacau lagi. Jika kering tambah sedikit air rebusan pasta. Masukkan pula lada benggala hijau dan merah, makaroni, soya sos pekat, serbuk perasa dan garam. Gaul rata, angkat dan hidang.
Ayam Goreng Paprika
Ayam Goreng Paprika
8 keping drummet
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk paprika
1/2 sk garam
1 paket chilli flakes
minyak untuk menggoreng

Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk paprika, garam dan chilli flakes selama 1 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan hidang.
Pear with Rocket Salad
Pear with Rocket Salad
1 mangkuk daun rocket
1/2 biji lada benggala hijau
7 biji snow peas
1/2 biji pear
1 batang daun bawang
1 batang daun ketumbar
1/2 paket French Balsamic Dressing
sedikit garam

Lada benggala hijau, snow peas, pear dan daun bawang dihiris menyerong. Masuk ke dalam mangkuk besar bersama salad rocket dan daun ketumbar. Tuang dressing dan tabur sedikit garam. Gaul rata dan hidang.

Sunday 20 January 2019

Daging Teriyaki (1)
Daging Teriyaki (1)
300g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang daun bawang
2" lobak merah
1/4 biji lada benggala merah
1/4 biji lada benggala kuning
5 sb sos soya
1/4 cawan cuka beras
6 sb gula perang
1 cawan air
1-2 sb madu
minyak untuk menumis

Perap daging dengan 2 sb sos soya dan 2 sb cuka beras. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng daging hingga air daging kering. Bila air daging dah kering, masukkan minyak dan juga bawang-bawang dan halia hiris. Goreng hingga daging lembut. Masuk sedikit air jika kering.

Kemudian masukkan pula lobak merah, lada benggala merah dan kuning dan juga sos soya, cuka beras, gula perang dan madu. Gaul rata, angkat dan tabur sedikit bijan putih semasa menghidang.
Kangkung Goreng Taucu

Kangkung Goreng Taucu
1 ikat kangkong
1 biji bawang besar- hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 sb taucu
1/2 sk garam
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk taucu dan kacau. Kemudian masuk kangkung, garam dan cili merah. Jika kering, masuk sedikit air. Gaul rata. Angkat dan hidang.
Tom Yam Ayam (2)
Tom Yam Ayam (2)

5 keping isi ayam - potong kecil-kecil
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1" lengkuas -hiris dan ketuk
2 batang serai - titik
5 helai daun limau purut
1 biji tomato - potong empat
2" lobak merah - hiris
3 keping cendawan tiram
3 sb pes tom yam 
1-2 sk pes cili Thai
1-2 sb sos ikan
3 cawan air
garam

Rebus bawang-bawang, halia, lengkuas, serai dan daun limau purut dengan air hingga mendidih. Masuk ayam, pes tom yam dan pes cili.

Bila ayam hampir masak, masukkan pula lobak merah, tomato diikuti dengan cendawan tiram yang telah disiat-siat, garam dan sos ikan. Kacau rata, kemudian angkat dan hidang. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka.

Monday 14 January 2019

Spaghetti Aglio Olio Ayam
Spaghetti Aglio Olio Ayam
200g spaghetti
5 ulas bawang putih
50g isi ayam
4 paket chilli flakes
3 tangkai daun parsli
1/2 sk stok pekat ayam
1 cawan air rebusan pasta
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak

Perap isi ayam dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.

Rebus spaghetti di dalam air bergaram hingga al dente. Kemudian angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam diikuti dengan chilli flakes. Kacau sekejap hingga ayam masak. Kemudian masukkan spaghetti, stok pekat ayam dan garam. Jika kering, masukkan air rebusan pasta sikit-sikit. Akhir sekali, masukkan daun parsli, gaul rata dan hidang.
Pasta Salad with Mayo & Yoghurt Dressing
Pasta Salad with Mayo & Yoghurt Dressing

1 cawan pasta Penne
1/2 biji bawang besar
2 batang daun bawang
2 batang sosej
1 keping pastrami daging
5 keping sundried tomato
1/4 cawan sayur campuran beku
2-3 sb Greek yoghurt
2 sb mayonis
sedikit garam kosher
sedikit serbuk lada hitam
minyak masak

Rebus pasta di dalam air yang bercampur garam hingga al dente. Kemudian angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan goreng sosej dan pastrami daging. Kemudian potong sosej, carik-carikkan pastrami dan ketepikan kedua-duanya.

Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk dan masukkan 2 sb minyak goreng sosej tadi. Gaul rata dan hidang.
Ayam Masak Kari Hijau Thai
Ayam Masak Kari Hijau Thai
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
3 biji cili padi
1 paket pes kari hijau
1/2 biji zucchini
1 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masukkan pes kari hijau dan gaul rata. Kemudian masukkan ayam, sedikit air, cili padi dan biarkan hingga ayam masak. Akhir sekali, masukkan zucchini dan garam. Bila ayam dah masak dan zucchini lembut bolehlah angkat dan hidang.

(Masuk santan jika suka).

Thursday 10 January 2019

Cendawan Butang Goreng Mentega
Cendawan Butang Goreng Mentega
10 biji cendawan butang - hiris kasar
5 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai daun parsli - hiris
1/2 sk Maggi stok pekat ayam
1 sb mentega
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk cendawan dan kacau. Bila cendawan lembut, masukkan pula stok pekat ayam, garam, daun parsli dan mentega. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Sotong Goreng Lada Hitam
Sotong Goreng Lada Hitam
7 ekor sotong
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 sb serbuk lada hitam
1/2 sk garam
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan sotong dan goreng. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam. Goreng hingga sotong masak. Hidang.
Kacang Buncis Rebus Cuka
Kacang Buncis Rebus Cuka
10 batang buncis - potong menyerong
1/2 biji bawang besar - hiris
2 cawan air 
1 sb cuka epal
1/2 kiub pati daging
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Didihkan air dengan kiub pati daging dan garam. (Boleh guna air rebusan daging jika ada). Bila air mendidih, masukkan kacang buncis, bawang besar, garam dan minyak zaitun. Biar dalam 2-3 minit. Bila kacang lembut, angkat dan toskan airnya. Hidang.

Saturday 5 January 2019

Bihun Goreng Lada Hitam
Bihun Goreng Lada Hitam
2 keping bihun
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
100g daging
10 ekor udang
2 ekor sotong
8 biji fishball
1 keping fishcake
sedikit sawi atau kobis
3" lobak merah
1/2 kiub ikan bilis
2 sk serbuk lada hitam
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, kacau sekejap dan masukkan pula fishball, fishcake, kiub ikan bilis dan sedikit air.

Bila daging dah masak, masukkan sawi, lobak merah, garam dan bihun yang telah direndam. Gaul selama 10-15 minit. Jika kering, masuk sedikit air lagi. Bila bihun dah masak, masuk serbuk lada hitam, gaul rata dan hidang.
Ayam Kisar Masak Pedas
Ayam Kisar Masak Pedas
30g ayam kisar
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
4 helai daun kobis
2" lobak merah
1/2 sk serbuk cili
1 batang daun bawang
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk perasa
sedikit air
minyak

Perap ayam kisar dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan sekejap.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan ayam kisar dan goreng hingga ayam hampir masak. Kemudian masukkan lobak merah, kobis, sedikit air, garam, serbuk perasa dan serbuk cili. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan daun bawang, gaul sekali lagi dan bolehlah angkat dan hidang.
Sup Cendawan, Labu Siam dan Lobak Merah
Sup Cendawan, Labu Siam dan Lobak Merah

1/2 biji lobak merah
1/4 biji labu siam
5 keping cendawan Shitake
2-3 keping hirisan halia
6 biji kurma merah
1 sb goji berry
1 tangkai daun ketumbar
2 cawan air
sedikit garam

Didihkan air bersama halia. Bila air mendidih, masuk lobak merah, kurma merah, labu siam dan goji berry. Biar beberapa minit, kemudian masukkan pula cendawan Shitake, daun ketumbar dan garam. Biarkan sekejap, kemudian angkat dan hidang.

Tuesday 1 January 2019

Tauhu Sumbat
Tauhu Sumbat
5 keping tauhu
1/2 biji timun
1/2 biji lobak merah
1/4 biji sengkuang
sedikit taugeh
minyak untuk menggoreng

Potong tauhu menyerong. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Hiris timun, lobak merah dan sengkuang. Taugeh dibuang akarnya, cuci dan celur sekejap. Ketepikan.

Sos cili merah:
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili kering
1 biji limau kasturi
2 sb gula
air secukupnya
sedikit garam

Rendam cili kering dalam air panas. Limau kasturi diperah dan ambil jusnya.

Kisar kemua bahan-bahan kecuali jus limau kasturi. Kemudian masak hingga sos pekat. Masuk jus limau dan kacau.

Cara menghidang:
Belah bahagian isi tauhu. Masukkan sayur-sayuran dan hidang bersama sos cili merah.
Kerabu Ikan Masin
Kerabu Ikan Masin
9 ketul ikan kurau masin
1/2 biji bawang besar
2 batang serai
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji cili padi
1/2 kuntum bunga kantan
1 batang daun bawang
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar
jus dari 2 biji limau kasturi
2-3 sb sos ikan
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Hiris bahan-bahan seperti bawang besar, serai, cili merah, cili hijau, daun ketumbar, daun limau purut dan bunga kantan. Potong daun bawang dalam 2" panjang.

Masuk semua bahan-bahan di dalam mangkuk besar. Masukkan juga ikan masin tadi dan gaul rata. Hidang.
Ramen Noodles with Rice Cakes
Ramen Noodles with Rice Cakes

1 paket mee segar ramen
1/4 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
5 biji fishball - belah 2
1 keping fishcake - hiris
10 keping rice cake
2 pokok sawi bunga - potong kasar
2" lobak merah - hiris
2-3 sb pes Gochujang
21/2 cawan air
2 sb stok pekat ayam
sedikit garam
1 sk gula

Bilas mee ramen dengan air dan toskan. Ketepikan mee.

Didihkan air. Bila air mendidih, masukkan pes Gochujang, bawang-bawang, fishball, fishcake, rice cake, lobak merah, stok pekat ayam, garam dan gula. Biar lebih kurang dalam 2 minit. Kemudian masukkan mee ramen dan sawi bunga. Kacau rata. Hidang.

(Kalau nak lagi pedas, masukkan serbuk cili Gochugaru)