Wednesday 26 December 2018

Ikan Siakap Sweet Sour
Ikan Siakap Sweet Sour
1 ekor ikan siakap
6 helai daun salad
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2" halia
1 sb cili boh
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
1 biji tomato - hiris
1 tin nenas - potong
3/4 sk gula
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Gaul ikan dengan garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk cili boh, sos tomato, sos cili, sedikit air, garam, gula dan nenas dalam tin (tanpa sirap). Gaul rata dan tuang atas ikan.

Hias dengan daun salad dan tomato.
Swiss Chard Goreng Bawang Putih
Swiss Chard Goreng Bawang Putih
1 mangkuk swiss chard - daun sahaja
5 ulas bawang putih
1 paket chilli flakes
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk chilli flakes, garam dan swiss chard. Gaul rata, angkat dan hidang.
Kepak Ayam Goreng
Kepak Ayam Goreng
5 keping kepak ayam
2 sb serbuk rempah kari daging
2 sb serbuk garam masala
1 sk garam
3 tangkai daun kari
minyak

Gaul kepak ayam dengan serbuk rempah kari, garam masala dan garam. Perap dalam 1 jam. Panaskan minyak, goreng daun kari dan masukkan ayam. Goreng hingga kuning keemasan.

Thursday 20 December 2018

Egg Noodles in Tomato Soup
Egg Noodles in Tomato Soup
100g mee telur
150g daging
1 kiub stok lembu
1/2 biji bawang besar
1" halia
1 tin Campbell Tomato Soup
2 helai daun bay
1/2 batang lobak merah
1/2 sk Mixed Herbs
1 tangkai daun ketumbar
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk garam
air

Didihkan air dan rebus mee telur dalam 3 minit. Angkat dan toskan.

Rebus daging dengan bawang besar, halia, garam dan lada sulah hingga daging empuk. Masuk lobak merah 3-4 minit. Keluarkan daging dan lobak merah dan simpan stok.

Panaskan tomato sup bersama kiub stok lembu dan 1/2 tin air. (Guna tin tomato sup tadi). Bila sup mendidih, masuk daging, lobak merah, Mixed Herbs, daun bay dan serbuk lada sulah. Bila semua bahan-bahan sebati, angkat dan hidang dengan mee telur tadi. Tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Salad Kacang Parang Bersama Cuka Epal
Salad Kacang Parang Bersama Cuka Epal
1 tin kacang parang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun parsli
2 biji tomato
5 biji buah zaitun hitam
3-4 keping daun salad Romaine
3 sb cuka epal
1 sk madu
sedikit garam
2 sb minyak zaitun

Bilas kacang parang dan tos. Hiris bawang besar dan cincang bawang putih.Tomato dipotong kecil-kecil, buah zaitun dihiris, daun parsli dipotong-potong dan koyak-koyakkan daun salad Romaine. Campur cuka epal bersama madu. Kacau dan ketepikan.

Campur kemua bahan-bahan di dalam mangkuk besar. Tuang campuran cuka dan madu. Gaul semua bahan-bahan. Hidang.

Friday 14 December 2018

Asam Rebus Ikan Selar Kuning
Asam Rebus Ikan Selar Kuning
10 ekor ikan selar kuning
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2" halia
1 batang serai - titik
4 hiris kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
5 batang bendi - potong dua
2 cawan air
2 asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 sk belacan
sedikit serbuk perasa
sedikit garam

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia.

Didihkan air bersama bahan-bahan kisar. Bila air mendidih, masuk serai, asam keping, kunyit hidup, serbuk kunyit, daun kesum, belacan, serbuk perasa dan garam. Kemudian masukkan ikan dan bendi. Bila ikan masak, angkat dan hidang.
Telur Dadar Cendawan dan Keju
Telur Dadar Cendawan dan Keju
3 biji telur
1/2 biji bawang besar - hiris
2 sb keju parut Parmesan
3 biji cendawan butang - hiris
2 tangkai daun parsli - hiris
sedikit garam
minyak

Pukul telur dengan sedikit garam. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masuk cendawan butang dan kacau hingga cendawan masak.

Tuang telur dan masukkan daun parsli dan tabur keju. Kecilkan api. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan telur. Biar bahagian ini masak, bolehlah angkat dan hidang.
Bayam Bening Bersama Goji Berry
Bayam Bening Bersama Goji Berry

1/2 ikat bayam
3-4 keping cendawan tiram
2 sb goji berry
2 cawan air
1/4 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 sk serbuk perasa Sudee
sedikit garam

Didihkan air dengan bawang-bawang. Bila air mendidih, masukkan bayam. Bila bayam separuh masak, masukkan cendawan tiram, serbuk perasa dan garam. Tutup api dan masukkan goji berry. Gaul rata dan angkat.

Sunday 9 December 2018

Pasta Spiral Goreng
Pasta Spiral Goreng
1 mug pasta spiral
1/2 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
3 biji cili padi
3" lobak merah
5 helai daun selasih
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menumis

Rebus pasta dalam air yang bercampur garam hingga al dente. Kemudian angkat dan toskan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi dengan sedikit air.

Panaskan kuali tanpa minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga airnya kering. Bila kering, masukkan minyak dan kacau hingga wangi. Masukkan daging dan kacau lagi.

Bila daging lembut, masuk sos tiram, sos tomato, lobak merah dan pasta. Kalau kering tambah sedikit air. Akhir sekali, masukkan garam, serbuk lada hitam, daun selasih dan gaul rata. Hidang.
Kacang Buncis dan Lobak Merah Goreng ala Korean 
Kacang Buncis dan Lobak Merah Goreng ala Korean

1/2 batang lobak merah - hiris
10 batang kacang buncis - hiris menyerong
1/2 biji bawang besar - hiris
1 sk gula perang
1 sk bijan putih
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masuk lobak merah, kacang buncis dan garam. Bila lobak merah dan kacang lembut masukkan gula perang. Gaul rata dan hidang. Tabur dengan bijan putih.
Salad Kentang Bersama Ayam dan Greek Yoghurt
Salad Kentang Bersama Ayam dan Greek Yoghurt
3 biji kentang
1 biji keledek merah
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu
1 biji bawang merah - hiris
1 batang daun bawang - hiris
3 tangkai daun parsli - hiris
1 ketul ayam
100g Greek yoghurt
2 sb mayonis
1/2 sb horseradish
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Rebus kentang dan keledek merah dalam air bergaram hingga kedua-duanya empuk. Sejukkan dan buang kulit. Potong kiub. Ketepikan.

Rebus ayam dengan sedikit garam hingga ayam empuk. Sejukkan. Carik-carikkan isinya dan ketepikan.

Campur Greek yoghurt, mayonis dan horseradish. Jika pekat, tambah sedikit air. Kacau rata. Ketepikan.

Di dalam mangkuk besar, campur kentang, keledek merah, isi ayam, bawang merah, daun parsli, daun bawang dan lada benggala. Tuang campuran Greek yoghurt, garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Tuesday 4 December 2018

Kutlet Ayam
Kutlet Ayam
1 keping dada ayam
1 biji telur
2 sb tepung gandum + garam
4-5 sb tepung roti Panko + garam
sedikit lada sulah
sedikit garam
daun parsli
3 keping lemon
minyak untuk menggoreng

Ketuk dada ayam sehingga ianya lebih kurang 1/4" tebal. Gaul dengan garam dan lada sulah dan ketepikan.

Ambil tiga mangkuk. Letak tepung gandum dalam mangkuk pertama. Pecahkan telur dalam mangkuk kedua kemudian pukul dan ketepikan.  Di dalam mangkuk ketiga letak tepung roti. Gaul dada ayam tadi di dalam tepung gandum kemudian salut dengan telur dan akhir sekali, gaul  dengan tepung roti.

Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Hidang bersama hirisan lemon dan tabur daun parsli.
Aloo Egg Fry
Aloo Egg Fry
2 biji kentang
1 biji telur
1 biji bawang besar - hiris
2 sb pes halia & bawang putih
1 biji cili hijau - hiris
1 sk biji sawi
1/2 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk stok pekat ayam
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis biji sawi. Masuk bawang besar, cili hijau dan daun kari. Tumis lagi. Masukkan pula kentang dan tutup periuk dalam 5 minit. Kemudian buka penutup dan masukkan pes halia bawang putih, serbuk kunyit, stok pekat ayam, garam dan gaul rata. Pecahkan telur ke dalam kuali dan gaul semua bahan sekali lagi. Tabur daun ketumbar, kacau lagi, kemudian angkat dan hidang.
Sayur Campur Bersama Goji Berry
Sayur Campur Bersama Goji Berry

2 helai daun kobis
1 keping cendawan tiram
2 keping fucuk - rendam
2 sb goji berry
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2-3 cawan air
1 sk serbuk stok sayur
sedikit garam

Didihkan air bersama bawang-bawang yang telah dihiris. Bila air mendidih, masukkan kobis, cendawan, fucuk, stok sayur dan garam. Bila sayur-sayuran dah masak, barulah masukkan goji berry. Tak perlu masak lama-lama. Kemudian angkat dan hidang.