Thursday 6 April 2017

Salad Pasta Fusili
Salad Pasta Fusili
2 cawan pasta fusili
1/2 biji bawang besar merah
10 biji cherry tomatoes
4 biji cendawan butang
4 hotdog
4 sb mayonnaise
sedikit garam
minyak zaitun

Didihkan air dan masak pasta hingga lembut. Toskan airnya.

Panaskan minyak dan goreng hotdog hingga kuning. Angkat dan sejukkan. Potong dalam 1/2". Ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cendawan butang yang telah dihiris hingga lembut. Angkat dan ketepikan juga.

Di dalam mangkuk lain, campurkan bawang besar merah hiris, cherry tomatoes dipotong dua, hotdog, cendawan dan pasta. Masukkan mayonnaise, sedikit garam dan gaul rata. Hidang.
Kentang Goreng
Kentang Goreng
4 biji kentang
1sk rosemary kering
1 sk oregano kering
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Kentang dipotong enam dan gaulkan dengan rosemary, oregano, garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak.

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning keemasan. Hidang.

Saturday 1 April 2017

Nasi Goreng Sardin
Nasi Goreng Sardin
1 mangkuk nasi
11/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang cili merah
3 biji cili padi merah
1/2 sk serbuk perasa
sedikit garam
1 tin kecil (230g) sardin
3 helai kubis cina
1 biji telur
minyak untuk menumis

Ambil isi sardin sahaja. Buang tulangnya dan ketepikan sos.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi, serbuk perasa dan garam berama sedikit air.

Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ala scramble. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak lagi. Goreng sardin dalam 2 minit dan kemudian ketepikan juga.

Panaskan minyak jika tak cukup dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan kubis yang telah dipotong dan kacau sekejap. Jangan sampai layu sangat.

Kemudian masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan pula sardin dan telur tadi. Kacau rata dan hidang.
Daging Goreng Serai
Daging Goreng Serai
700g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2 -3 batang serai
2-3 biji cili padi
1 biji cili hijau
sedikit garam
sedikit lada sulah
ajinomoto
minyak untuk menumis

Kisar bawang-bawang, halia, serai dan cili padi dengan sedikit air. Hiris cili hijau dan ketepikan.

Perap daging dengan lada sulah. Panaskan kuali dan goreng daging tanpa minyak. Biarkan airnya keluar. Bila agak kering, masukkan sedikit minyak diikuti dengan bahan-bahan kisar. Goreng hingga wangi dan daging masak. Perasakan dengan garam. Akhir sekali, masukkan cili hijau dan gaul rata. Kemudian angkat dan hidang.