Friday 28 June 2019

Pasta Goreng Lada Hitam
Pasta Goreng Lada Hitam
1 cawan pasta
50g daging
1 batang sosej - potong kecil
3 sb serbuk lada hitam Seri Aji
1/2 biji bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - cincang
1/2" halia - cincang
1/4 biji lada benggala merah - dadu kecil
1/4 biji lada benggala kuning - dadu kecil
1/2 kiub daging
1/2 cawan air rebusan pasta
1/2 biji garam
minyak

Rebus pasta dengan air bergaram hingga kenyal. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.

Perap daging dengan sedikit serbuk lada hitam. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk daging dan masak hingga empuk. Masuk sosej, lada benggala merah dan kuning, serbuk lada hitam, kiub daging dan garam. Gaul rata. Jika kering, tambah sedikit air rebusan pasta. Akhir sekali, masukkan pasta, gaul rata sekali lagi dan hidang.
Chinese Style Chicken Curry
Chinese Style Chicken Curry
7 ketul ayam
1 biji kentang - potong enam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2" lengkuas
1 batang serai
1 biji cili merah
8 biji cili kering - rendam dalam air panas
1" kunyit
2 cawan air
1 cawan santan
1 sb stok pekat ayam
1 tangkai daun kari
1 sk garam
1/2 sk gula
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili merah, cili kering dan kunyit hingga halus.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul. Jika kering, masukkan air dan biar hingga ayam masak. Kemudian masukkan pula stok pekat ayam, daun kari, garam, gula dan kentang. Bila ayam dah masak, masukkan santan. Kacau supaya santan tak pecah. Bila bahan-bahan dah sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Sup Sawi Jepun
Sup Sawi Jepun
2 ikat sawi Jepun
2 keping tauhu - potong enam
1 keping fishcake - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 cawan air
sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masukkan sawi Jepun, tauhu dan fishcake. Perasakan dengan serbuk Maggi dan garam. Bila sayur dah masak, angkat dan hidang.

Saturday 22 June 2019

Ikan Tenggiri Masak Cuka
Ikan Tenggiri Masak Cuka
2 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 batang serai - titik
1/2 cawan air
2 sb sos ikan
2 sb cuka beras
1/2 sk serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap ikan dengan garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masukkan air, serbuk kunyit, sos ikan, cuka beras dan garam. Kacau. Bila kuah dah sebati, masukkan ikan dan cili merah. Gaul rata dan hidang. Tabur daun ketumbar.
Omelet Tuna Bersama Lobak Merah
Omelet Tuna Bersama Lobak Merah
2 biji telur
1/2 tin tuna
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang - hiris
2" lobak merah - hiris halus
1/2 sk serbuk perasa
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, daun bawang dan lobak merah. Masuk tuna dan goreng hingga semua bahan-bahan sebati. Kemudian masukkan serbuk perasa dan garam. Pukul telur dan tuang ke dalam kuali. Ratakan dan biar hingga kedua-dua bahagian masak. Angkat dan hidang.
Ayam Goreng Mamak
Ayam Goreng Mamak
6 ketul drummet
1 sb pes halia bawang putih
3 sb serbuk rempah briyani
1/2 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk garam
2 sb tepung jagung
2 sb tepung beras
1 biji telur - pukul
3 tangkai daun kari
minyak

Gaul ayam dengan pes halia bawang putih, serbuk rempah briyani, serbuk cili, serbuk lada sulah dan garam. Perap 1 jam. Kemudian gaul dengan tepung jagung, tepung beras, daun kari dan telur. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Petola Goreng Tauhu Jeruk
Petola Goreng Tauhu Jeruk
1/2 biji petola - hiris
3" lobak merah - hiris
sedikit suhun - rendam
sedikit fucuk - rendam
1/4 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 keping tauhu jeruk (fermented tofu)
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masuk lobak merah, petola, fucuk, suhun, tauhu jeruk dan garam. Bila sayur- sayur dah masak, bolehlah dihidangkan.
Timun Goreng Lobak Masin
Timun Goreng Lobak Masin

1 biji timun Jepun - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 sb lobak masin hancur
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk lobak masin hancur dan tumis lagi. Kemudian masukkan timun Jepun dan garam. Goreng dalam 2-3 minit, kemudian bolehlah dihidangkan.

Tuesday 18 June 2019

Nasi Impit
Nasi Impit
3 paket nasi impit
air secukupnya

Masuk paket nasi impit dalam periuk. Tuang air dan rebus hingga nasi masak. Keluarkan paket dan biarkan sejuk barulah potong. Hidang bersama kuah kacang atau sayur lodeh.
Kuah Kacang
Kuah Kacang
500g kacang
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2" lengkuas
1/2" halia
2 batang serai
3 sb cili boh
1 sb asam jawa + sedikit air
2 cawan air
3 sb gula
garam secukupnya

Goreng kacang tanpa minyak. Biarkan sejuk dan buangkan kulit. Kemudian kisar hingga hancur. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Ketuk lengkuas.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan lengkuas hingga wangi. Masuk cili boh dan kacau. Jika kering, tambah sedikit air. Kemudian masukkan kacang tadi dan air. Biar hingga kacang masak. Kemudian masukkan gula, air asam jawa dan garam. Gaul rata dan biar hingga kacang betul-betul masak dan mengeluarkan minyak. Hidang.
Sayur Lodeh
Sayur Lodeh
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
1/2 biji kelapa - santan
1 keping tauhu
2" lobak merah
1 keping tempe
3 batang kacang panjang
sedikit suhun
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit ajinomoto

Ikan bilis boleh dikisar atau dibiarkan begitu sahaja. Rendam suhun sebentar. Goreng tempe dan tauhu. Ketepikan.

Masuk santan, ikan bilis, serbuk lada hitam dan bawang ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih. Bila mendidih, masukkan sayur-sayur, serbuk kunyit, garam, ajinomoto dan cili merah. Bila sayur masak, angkat dan hidang.

Thursday 13 June 2019

Sotong Masak Cuka
Sotong Masak Cuka
2 ekor sotong rendam
2" lobak merah - potong batang mancis
1 biji tomato - potong empat
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
3 hirisan lengkuas
1 batang serai
5 biji cili padi
1 biji cili hijau - hiris
6 helai daun limau purut
1 sk serbuk kunyit
2 sb cuka beras
2 sb sos ikan
1 cawan air
minyak untuk menumis

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong dulu. Bila 1/2 masak, angkat dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi dengan sedikit air. Panaskan kuali tanpa minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga airnya kering. Bila air kering, masuk minyak dan sambung menumis bahan-bahan kisar tadi. Masuk serai, lengkuas dan halia. Tumis lagi. Kemudian masuk sotong tadi, sedikit air, daun limau purut, serbuk kunyit, lobak merah, sos ikan, cuka beras, hirisan cili hijau dan gaul rata. Angkat dan hidang.
Ayam Goreng Tom Yam
Ayam Goreng Tom Yam
5 ketul ayam
1 biji kentang - potong empat
1 sb serbuk tom yam
1 sk pes cili Thai
1/2 sk garam
minyak

Perap ayam dan kentang dengan serbuk tom yam, pes cili dan garam selama 1 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam dan kentang hingga garing. Angkat dan hidang.
Kobis Goreng Cuka Hitam
Kobis Goreng Cuka Hitam
5 helai daun kobis
1/2" halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji cili kering - potong dua
1 sb cuka hitam
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan cili kering hingga wangi. Masuk kobis dan goreng. Masukkan pula garam, gula dan cuka hitam. Sambung goreng, kemudian angkat dan hidang.

Monday 10 June 2019

Garlic Butter Prawn Spaghetti
Garlic Butter Prawn Spaghetti
150g spaghetti
15 ekor udang
5 ulas bawang putih - cincang
3-4 sb mentega
1/4 biji lada benggala merah - didadu kecil
1/4 biji lada benggala hijau - didadu kecil
1/2 kiub pati ikan bilis
2 tangkai daun parsli - hiris
1 paket chilli flakes
sedikit air rebusan pasta
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak zaitun

Rebus spaghetti dengan air bercampur garam. Bila spaghetti kenyal, angkat, tos dan ketepikan.

Perap udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dengan 1 sb mentega. Masuk udang dan goreng hingga udang kuning. Masuk pula bawang putih diikuti dengan lada benggala merah dan hijau. Kacau rata.

Bila bahan-bahan dah sebati, masuk pula spaghetti, kiub ikan bilis dan sedikit air rebusan pasta. Gaul rata. Akhir sekali, masuk baki mentega, daun parsli dan chilli flakes. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.
Daging Teriyaki
Daging Teriyaki
300g daging
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1/4 biji lada benggala hijau - hiris
1/4 biji lada benggala merah - hiris
sedikit garam
minyak untuk menumis

Sos:
2 sb sos tiram
1/2 sk kicap soya pekat
11/2 sb cuka beras
1 sk madu
4 sb air
1 sb gula perang

Perap daging dengan 2 sb soya sos cair dan 2 sb cuka beras. Ketepikan.

Bancuh sos dan ketepikan juga.

Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng daging  hingga air kering. Bila air kering, masukkan minyak diikuti dengan bahan-bahan hiris. Tumis hingga wangi.

Kemudian masukkan pula sos, lada benggala merah dan hijau dan juga garam. Gaul rata dan hidang.
Omelet Kucai
Omelet Kucai
2 biji telur - pukul
10 batang kucai
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 sk minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Pecah telur di dalam bekas. Masuk serbuk lada sulah, garam dan minyak bijan. Pukul dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk kucai yang telah dipotong dalam 2" panjang. Goreng hingga kucai layu. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api, biar bahagian ini masak. Kemudian terbalikkan dan biar bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang.

Sunday 2 June 2019

Ayam Kari Merah Thai
Ayam Kari Merah Thai
300g isi ayam
4 sk pes kari merah Thai
1 biji besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
2 batang serai
5 batang kacang buncis - potong menyerong
1 cawan santan
5 helai daun limau purut - hiris
6 helai daun selasih
1/2 sk stok pekat ayam
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masuk pes kari merah dan kacau. Kemudian masukkan ayam dan gaul. Kalau kering tambah sedikit air. Bila ayam empuk, masuk daun limau purut, stok pekat ayam dan santan. Kecilkan api. Akhir sekali, masukkan daun selasih dan garam. Gaul rata dan hidang.
Peria Goreng Cili Bersama Telur
Peria Goreng Cili Bersama Telur
1 biji peria - hiris
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 sb udang kering - rendam
1 biji telur
1/2 sk garam
minyak

Kisar bawang besar, cili merah dan udang kering.

Hiris peria dan tabur garam. Biar sekejap supaya air pahit peria keluar. Kemudian bilas dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk peria dan goreng hingga separuh masak. Pecahkan telur dan gaul rata. Perasakan dengan garam. Bila sayur dan telur masak, bolehlah angkat dan hidang.
Ayam Kisar Goreng Bersama Seleri
Ayam Kisar Goreng Bersama Seleri

100g ayam kisar
3 ulas bawang putih - cincang
2" halia- cincang
2 batang seleri - hiris
3 biji cili kering - potong 2 atau 3
2 sb sos tiram
1 sk sos ikan
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering  hingga wangi. Masuk isi ayam dan goreng. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan seledri dan goreng sekejap. Angkat dan hidang.