Wednesday 28 August 2019

Teh Pudina Dengan Laici
Teh Pudina Dengan Laici
2 uncang teh pudina
air panas secukupnya
1 tin laici
2 batang serai - titik
1 biji lemon - hiris
5 sb gula atau secukup rasa
air batu
daun pudina (jika ada)

Tuang air panas ke dalam jug. Masukkan uncang teh, serai, laici (tanpa airnya) dan gula. Kacau. Masukkan pula hirisan lemon dan air batu. Kacau rata dan hidang.
Ikan Bakar Kluang
Ikan Bakar Kluang
3 ekor ikan cencaru
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
daun pisang/pandan/kunyit
pencungkil gigi

Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Balut ikan dengan daun pisang dan semat dengan pencungkil gigi. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak. Bakar hingga ikan masak. Hidang bersama Sambal Kicap dan Air Asam.


Sambal Kicap
3 biji bawang besar - hiris
2 biji cili hijau/merah - hiris
3 biji cili padi hijau - hiris
2 biji limau kasturi - jusnya
1/2 cawan kicap manis atau kicap lemak manis
sedikit garam
sedikit gula

Campur kesemua bahan-bahan. Gaul rata dan hidang bersama ikan bakar.

Air Asam
1/2-1 sb pes asam jawa
2 biji cili merah - hiris
3 biji cili padi - hiris
11/2 biji bawang besar - hiris
sedikit serbuk belacan
sedikit garam
sedikit gula


Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air hingga sederhana pekat. Masuk serbuk belacan, garam dan gula secukupnya. Kacau hingga semuanya larut dan rata. Akhir sekali masukkan bahan-bahan hiris. Hidang bersama ikan bakar tadi.
Telur Dadar Udang
Telur Dadar Udang
3 biji telur - pukul
12 ekor udang - potong kecil
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - potong kecil
sedikit daun bawang - hiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah. Masukkan udang dan goreng hingga udang masak. Kemudian tuang telur yang dicampur dengan daun bawang. Kecilkan api dan tutup periuk dan biar bahagian bawah masak sebelum terbalikkan telur. Masakkan bahagian atas pula. Bila omelet dah masak, bolehlah angkat dan hidang.
Makaroni Goreng
Makaroni Goreng
1 cawan makaroni
1/2 keping daging cincang Ramly
1 biji bawang besar - cincang
1 sb pes halia bawang putih
1 pokok sawi bunga
1 keping fishcake - hiris
2 sb cili boh
1 sk sos tiram
1 sb kicap manis
1 sk stok pekat ayam
sedikit air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Didihkan air bercampur garam dan rebus makaroni hingga al dente. Tapis dan toskan. Simpan air rebusan pasta.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan pes halia bawang putih hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi. Masukkan pula daging dan goreng hingga daging separuh masak. Kemudian masukkan fishcake, sos tiram, kicap manis, stok pekat ayam dan garam. Jika kering, masuk sedikit air rebusan pasta. Bila bahan-bahan dah sebati, masuk makaroni dan sawi bunga. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Wednesday 21 August 2019

Rice Pudding
Rice Pudding
1/2 cawan beras
3 cawan susu
3 sb krim
3 sb gula
1 sk esen vanila
secubit serbuk kulit kayu manis
sedikit kismis

Didihkan susu bersama beras dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sehingga beras lembut. Masukkan pula gula dan kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan krim dan kismis. Gaul hingga sebati. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis semasa menghidang.
Telur Hancur ala Parsi
Telur Hancur ala Parsi

3 biji telur - pukul
1/2 biji bawang besar - cincang
1 sk pes halia bawang putih
1 biji cili hijau - cincang
1 biji tomato - buang biji dan cincang
2 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
1/2 sk serbuk cili
1 sk mentega
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan mentega dan minyak. Tumis bawang besar dan pes halia bawang putih hingga wangi. Masuk tomato, cili hijau, daun ketumbar, serbuk cili, serbuk lada sulah dan garam. Kacau rata. Tuang telur dan goreng hancur. Angkat dan hidang.
Kangkung Goreng Belacan (2)
Kangkung Goreng Belacan (2)

1 ikat kangkung
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili padi merah
11/2 sb belacan
2 sb sos ikan
sedikit air
sedikit gula
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan bersama sedikit air.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk kangkung dan gaul rata. Kemudian masukkan sos ikan dan gula. Jika perlu, masukkan garam.Bila kangkung dah lembut, angkat dan hidang.
Kari Ayam - Slow Cooker

Kari Ayam - Slow Cooker
8 ketul kecil ayam
1 biji bawang besar - hiris
1 sb pes halia bawang putih
1 batang serai - titik
2 biji cili padi
1 biji kentang - potong empat
3 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk cili Kashmiri
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 kotak santan
1 tangkai daun kari
1 biji cili hijau - belah dua
1 sb stok pekat ayam
1 biji tomato - di dadu kecil
100ml air
1 sk garam

Gaul ayam dengan pes halia bawang putih, serbuk kari, serbuk cili,  serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.

Masuk bawang besar, ayam tadi, tomato, cili padi, serai, garam, daun kari, daun ketumbar dan air ke dalam slow cooker. Selepas 3 jam, masukkan stok pekat ayam dan kentang. Biar selama 1 jam lagi. Kemudian masukkan santan, gaul rata dan biar selama 30 minit. Hidang.

Friday 16 August 2019

Puding Roti
Puding Roti
9 keping roti
2 cawan susu
4 biji telur
120g mentega
250g gula
1/2 sk serbuk kulit kayu manis atau serbuk pala
1/4 sk garam
1 sk esen vanila
50g kismis

Panaskan susu dan mentega di atas api kecil. Kacau hingga mentega cair.

Di dalam mangkuk yang besar, campurkan telur yang telah dipukul, gula, serbuk kulit kayu manis, esen vanila dan garam. Masuk roti yang telah dipotong kecil-kecil dan kismis kedalam loyang. Tuang bancuhan susu dan mentega tadi. Ratakan. Tak perlu sapu mentega pada loyang. Tutup loyang dengan foil aluminium.

Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit. Kemudian buka foil dan bakar lagi selama 10 minit atau hingga roti kuning keemasan. Hidang bersama krim putar atau aiskrim jika suka.
Fettucine Alfredo dengan Ayam
Fettucine Alfredo dengan Ayam
100g fettucine
4 keping isi ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 keping halia
1 paket chilli flakes
3 biji cendawan butang
1 sk stok pekat ayam
1 tangkai daun parsli
1/3 cawan krim + 2/3 cawan susu segar
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Rebus fettucine di dalam air bercampur garam hingga lembut. Bila dah lembut, angkat dan tapis. Toskan airnya.

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan halia hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan halia.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cendawan butang dan chilli flakes. Kemudian masukkan ayam, campuran krim dan susu, stok pekat ayam, garam, serbuk lada hitam dan daun parsli. Akhir sekali, masukkan fettucine. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Salad Radish dan Peas
Salad Radish dan Peas
1 tin kacang peas
7 biji radish merah - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 sb mentega
1 tangkai dill
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Panaskan mentega. Masuk radish, kacang peas dan bawang putih. Kacau. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan daun bawang dan gaul rata. Angkat. Tabur hirisan daun dill dan hidang.

Friday 9 August 2019

Udon dan Ramen Goreng Campur
Udon dan Ramen Goreng Campur
1 paket (200g) udon
1 paket (200g) ramen
1/2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
150g daging
1 pokok sawi
1 keping fishcake - hiris
1/2 kiub pati daging
1/2 cawan air
2 sb cili boh
2 sb sos tiram
2 sk kicap manis
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging dan goreng hingga daging separuh masak. Jika kering, tambah sedikit air.

Masukkan pula fishcake, sos tiram, kicap manis, kiub pati daging, sedikit air dan garam. Gaul hingga bahan-bahan sebati. Akhir sekali, masukkan udon, ramen dan sawi. Gaul sekali lagi. Kemudian angkat dan hidang.
Itik Masak Black Bean Sauce - Slow Cooker
Itik Masak Black Bean Sauce - Slow Cooker

7 ketul kecil itik
1/2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
1 biji cili padi - hiris
2 sk black bean sauce
1 sk sos tiram
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 cawan air
1 tangkai daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Basuh itik dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hamis. Bilas dan toskan. Kemudian rebus dengan sedikit bawang besar, halia, daun bawang dan akar/batang daun ketumbar selama 15-20 minit. Keluarkan itik dan ketepikan. Buang air rebusan tadi.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masuk black bean sauce dan kacau. Kemudian masukkan itik dan gaul rata. Masukkan pula sos tiram, cili padi, cili merah (jika ada) dan air. Gaul. Tuang kesemua bahan-bahan ke dalam slow cooker dan biar masak selama 4 jam.
Sup Sayur Minyak Bijan
Sup Sayur Minyak Bijan

3 helai daun kobis
1/2 paket cendawan enoki
2 keping tauhu
2 cawan air
1/2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sk stok pekat ayam
1 sk minyak bijan
1/2 sk garam

Didihkan air bersama bawang-bawang. Kemudian masuk kobis, kacau sekejap. Masukkan pula cendawan enoki, tauhu, stok pekat ayam, garam dan sedikit minyak bijan. Bila sayur-sayur dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday 6 August 2019

Ayam Kasuri Methi
Ayam Kasuri Methi
400g ayam
1 biji kentang - potong enam
1 biji bawang besar - cincang
1 sb pes halia bawang putih
100 ml dadih asli
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1 sk kasuri methi
1/2 cawan air
1/2 sk garam
minyak

Rendam kasuri methi dalam air panas selama 2-3 minit.

Perap ayam dengan dadih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan pes halia bawang putih dan tumis lagi. Bila dah wangi, masukkan ayam dan perapannya sekali. Gaul rata. Masuk kasuri methi, air dan garam. Tutup periuk, kecilkan api dan biar merenih selama 30-40 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan hidang.
Salad Lada Benggala Hijau dan Tomato

Salad Lada Benggala Hijau dan Tomato

1/2 biji bawang merah - hiris
1 biji tomato - buang biji dan potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 batang seleri - hiris
1/2 batang timun - hiris
2 sb cuka epal
1 sb gula
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Masuk semua sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Tabur serbuk lada hitam dan gaul.

Campur cuka epal, gula dan garam ke dalam mangkuk kecil. Kacau hingga gula dan garam larut. Tuang dressing ke dalam mangkuk berisi sayur-sayuran tadi. Gaul rata dan hidang.
Omelet Tomato
Omelet Tomato
2 biji telur - pukul
1 biji tomato - potong dadu
1 batang daun bawang - hiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan goreng tomato hingga lembut dan tak terlalu basah. Campur daun bawang, serbuk lada sulah dan garam ke dalam telur. Kemudian tuang telur dan ratakan. Bila bahagian bawah dah agak kuning, terbalikkan telur dan biar bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang.

Thursday 1 August 2019

Sotong Masak Lemak
Sotong Masak Lemak
250g sotong
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2" kunyit
1 biji cili merah
1/3 biji kelapa - diambil santan
3 batang kacang panjang
1/2 sk Maggi Cukup Rasa
1 helai daun kunyit
1/2 sk serbuk kunyit
garam

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili merah. Masuk bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan, daun kunyit dan serbuk kunyit. Kacau supaya santan tak pecah. Bila santan dah panas, masuk sotong, serbuk perasa dan garam. Kacau dan biar sotong masak. Akhir sekali, masuk kacang panjang dan biar hingga kacang lembut. Hidang.
Kacang Panjang dan Cendawan Goreng Cili
Kacang Panjang dan Cendawan Goreng Cili

5 batang kacang panjang
5 biji cendawan - hiris
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
2 batang cili merah
1/2 sk Maggi Cukup Rasa
1/2 sk garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk kacang panjang dan cendawan. Goreng hingga semua bahan-bahan sebati. Masuk serbuk perasa dan garam. Gaul rata dan hidang.
Ayam Goreng Sos Ikan
Ayam Goreng Sos Ikan
7 ketul drummet
1 sb sos ikan
1/2 sk serbuk lada sulah
2 sb tepung beras
minyak

Perap ayam dengan sos ikan selama 30 minit. Kemudian ambil sekeping tisu dan lap ayam supaya kering. Gaul ayam tadi dengan serbuk lada sulah dan tepung beras. Buang lebihan tepung beras pada ayam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Hidang.