Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Saturday, 12 February 2022

 Grilled Fish with Potatoes and Coleslaw

Grilled Fish with Potatoes and Coleslaw
Ikan:
1 keping ikan dori - potong kecil
3 sb chilli oil
1 sb serbuk paprika
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk onion salt

Gaul ikan dengan bahan-bahan di atas. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kentang:
8 biji kentang merah kecil
garam
serbuk lada hitam
mentega
minyak

Potong kentang kepada dua atau empat bahagian. Gaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak bersama sedikit mentega. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Coleslaw:
1 mangkuk coleslaw
4 sk mayonis
2 sb dadih asli
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada hitam

Campur mayonis dengan dadih asli. Tuang dalam mangkuk coleslaw. Gaul. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul sekali lagi.

Hidang ikan bersama kentang dan coleslaw.

Tuesday, 18 May 2021

 Grilled Fish with Potatoes and Salad

Grilled Fish with Potatoes and Salad
Ikan:
2 keping ikan dori - potong kecil
1 sb Moroccan seasoning
4-5 sb chilli oil
1/2 sk garam

Gaul ikan dengan bahan-bahan di atas. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kentang:
2 biji kentang - potong kiub
1 sk serbuk cili
1/2 sk garam
3-4 sk minyak

Gaul kentang dengan serbuk cili, garam dan minyak. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill kentang hingga garing.

Salad:
1 mangkuk salad campuran
tomato
hirisan bawang merah
jus lemon
gula
garam
serbuk lada hitam
minyak zaitun - jika suka

Campur jus lemon dengan gula. Kacau hingga gula larut. Tuang dalam mangkuk berisi salad. Gaul. Perasa dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Jika suka, tuang sedikit minyak zaitun.

Hidang ikan bersama kentang dan salad.

Saturday, 13 March 2021

 Sambal Telur dan Kentang

Sambal Telur dan Kentang

2 biji telur - rebus
15 biji telur puyuh - rebus
1 biji kentang - potong kecil-kecil
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris halus
2 sb cili boh
1-2 asam keping
sedikit air
sedikit serbuk pati ikan bilis
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak menggoreng kentang tadi, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis. Kemudian masuk sedikit air dan asam keping. Kacau...masukkan pula serbuk pati ikan bilis, gula dan garam. Akhir sekali, masukkan telur ayam, telur puyuh dan kentang. Gaul rata, angkat dan hidang.

Saturday, 1 August 2020

Tempe dan Kentang Goreng Sambal Limau
Tempe dan Kentang Goreng Sambal Limau
1 keping tempe - hiris
1 biji kentang - potong kecil dan rebus
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sb cili boh
2 biji limau kasturi - jusnya
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air
sedikit gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan. Angkat.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis hingga pecah minyak. Masuk sedikit air jika kering dan juga sedikit pati ikan bilis. Gaul rata dan bila dah sebati, masukkan pula tempe, kentang, gula dan jus limau kasturi. Masukkan juga limau kasturi tadi (potong kecil-kecil) selepas ambil jusnya. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Friday, 15 May 2020

Sambal Ikan Bilis dan Kentang
Sambal Ikan Bilis dan Kentang
segenggam ikan bilis
1 biji kentang - potong dadu
sedikit kacang peas
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2-3 biji cili padi merah
1/2 sk pes asam jawa
1/2 sk serbuk perasa Maggi
1/2 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan juga.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk pes asam jawa, serbuk perasa, garam, gula dan kacang peas. Bila dah sebati, masukkan pula ikan bilis dan kentang. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Wednesday, 1 April 2020

Tempe dan Kentang Goreng Bercili
Tempe dan Kentang Goreng Bercili
1 keping tempe - hiris
1 biji kentang - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 sb kicap manis pedas
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe dan kentang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masuk tempe dan kentang dan juga kicap manis pedas dan garam. Gaul rata. Angkat dan hidang.

Tuesday, 17 March 2020

Kentang dan Tempe Goreng Sambal Hijau 
Kentang dan Tempe Goreng Sambal Hijau
2 biji kentang - hiris
1 keping tempe - hiris
sedikit ikan bilis
sedikit kacang tanah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau
1 biji cili merah
3 biji cili padi hijau
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang, tempe, ikan bilis dan kacang tanah. Goreng bahan-bahan ini berasingan. Angkat dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili hijau, cili merah dan cili padi. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kacau hingga sambal masak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila sambal dah betul-betul masak, masukkan kentang, tempe, ikan bilis dan kacang tadi. Gaul rata dan hidang.

Monday, 13 January 2020

Kentang Goreng Berempah
Kentang Goreng Berempah
3 biji kentang
2 tangkai daun kari
1 sk jintan putih
1 sk biji sawi
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili kashmiri
1 sk garam masala
1 biji cili hijau - hiris
sedikit garam
minyak

Rebus kentang hingga empuk. Angkat dan ketepikan. Bila sejuk, buang kulitnya. Kemudian potong dadu dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis jintan putih dan biji sawi. Masuk kentang dan goreng. Kemudian masukkan pula serbuk kunyit, serbuk cili, garam masala, daun kari, cili hijau dan garam. Gaul rata hingga kentang disaluti dengan semua rempah-rempah. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Monday, 22 April 2019

Telur Dadar dengan Kentang

Telur Dadar dengan Kentang
2 biji telur - pukul
2 biji kentang - hiris batang mancis
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sk garam masala
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Masukkan bawang-bawang dan cili hijau. Goreng hingga wangi.

Masukkan pula rempah-rempah dan garam. Gaul rata. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api dan tutup periuk 2-3 minit. Terbalikkan telur dan biar dalam 2 minit lagi atau hingga bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang.

Friday, 15 February 2019

Mama's Fried Chicken
Mama's Fried Chicken
6 ketul ayam
1 biji kentang - potong empat
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sb serbuk Nasi Biryani
1 sk serbuk paprika
sedikit garam
minyak

Perap ayam dan bawang hiris dengan serbuk Nasi Biryani, serbuk paprika dan garam selama 1 jam. panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat. Goreng bawang besar pula hingga sedikit layu. Angkat dan hidang bersama ayam.

Wednesday, 30 January 2019

Gnocchi with Stewed Tomatoes
Gnocchi with Stewed Tomatoes
1 paket gnocchi
1 tin Stewed Tomatoes
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1/2 keping daging kisar Ramly
1/2 kiub pati daging lembu
5 biji cendawan butang
1 tangkai daun rosemary
2 sk gula
sedikit garam
sedikit air cendawan
minyak zaitun

Didihkan air. Masukkan gnocchi dan biar selama 2 minit atau hingga gnocchi timbul. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dihiris bersama seketul halia. Bila sos dah masak, keluarkan halia tadi. Masukkan daging kisar dan bila daging hampir masak, masukkan cendawan yang dihiris dan Stewed Tomatoes.

Jika kering, masuk sedikit air cendawan. Masukkan juga daun rosemary, garam dan gula. Biar dalam 10 minit, kemudian bolehlah dihidangkan bersama gnocchi tadi.

Sunday, 9 December 2018

Salad Kentang Bersama Ayam dan Greek Yoghurt
Salad Kentang Bersama Ayam dan Greek Yoghurt
3 biji kentang
1 biji keledek merah
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu
1 biji bawang merah - hiris
1 batang daun bawang - hiris
3 tangkai daun parsli - hiris
1 ketul ayam
100g Greek yoghurt
2 sb mayonis
1/2 sb horseradish
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Rebus kentang dan keledek merah dalam air bergaram hingga kedua-duanya empuk. Sejukkan dan buang kulit. Potong kiub. Ketepikan.

Rebus ayam dengan sedikit garam hingga ayam empuk. Sejukkan. Carik-carikkan isinya dan ketepikan.

Campur Greek yoghurt, mayonis dan horseradish. Jika pekat, tambah sedikit air. Kacau rata. Ketepikan.

Di dalam mangkuk besar, campur kentang, keledek merah, isi ayam, bawang merah, daun parsli, daun bawang dan lada benggala. Tuang campuran Greek yoghurt, garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Tuesday, 4 December 2018

Aloo Egg Fry
Aloo Egg Fry
2 biji kentang
1 biji telur
1 biji bawang besar - hiris
2 sb pes halia & bawang putih
1 biji cili hijau - hiris
1 sk biji sawi
1/2 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk stok pekat ayam
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis biji sawi. Masuk bawang besar, cili hijau dan daun kari. Tumis lagi. Masukkan pula kentang dan tutup periuk dalam 5 minit. Kemudian buka penutup dan masukkan pes halia bawang putih, serbuk kunyit, stok pekat ayam, garam dan gaul rata. Pecahkan telur ke dalam kuali dan gaul semua bahan sekali lagi. Tabur daun ketumbar, kacau lagi, kemudian angkat dan hidang.

Thursday, 22 November 2018

Gnocchi Goreng Bersama Sosej
Gnocchi Goreng Bersama Sosej
15 biji gnocchi
2 batang sosej
1/2 biji bawang besar - hiris
1 paket chilli flakes
sedikit garam
minyak

Didihkan air dan rebus gnocchi. Bila gnocchi timbul, angkat dan toskan.

Potong sosej dalam 1" panjang. Panaskan minyak dan goreng sosej. Masuk gnocchi dan goreng bersama sosej tadi. Kemudian masukkan bawang, garam dan chilli flakes. Gaul rata dan hidang.

Sunday, 18 November 2018

Kari Kentang Kering
Kari Kentang Kering
3 biji kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sk biji sawi
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk cili
1 sk serbuk paprika
1 sk garam masala
sedikit daun bawang dan daun ketumbar
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis biji sawi. Masuk bawang besar dan bawang putih. Bila bawang-bawang naik bau, masuk serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk paprika manis dan garam. Jika kering, masuk sedikit air. Kamudian masukkan kentang yang telah direbus dan juga garam masala, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.

Thursday, 8 November 2018

Telur Hancur Bersama Kentang dan Tomato
Telur Hancur Bersama Kentang dan Tomato
3 biji telur - pukul
1 biji kentang - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang daun bawang - hiris menyerong
1/2 sk serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Masuk bawang-bawang dan tomato dan kacau hingga tomato lembut. Kemudian masukkan daun bawang, garam, serbuk lada hitam dan serbuk perasa. Akhir sekali, tuang telur dan gaul. Goreng telur hingga hancur. Angkat dan hidang.

Saturday, 27 October 2018

Salad Kentang Bersama Jeruk Lobak Manis dan Greek Yoghurt
Salad Kentang Bersama Jeruk Lobak Manis dan Greek Yoghurt
2 biji kentang
1 biji bawang merah
3 keping jeruk lobak manis
5 biji tomato ceri
1 batang daun bawang
sedikit dill
1 mangkuk kecil (100g) Greek yoghurt
beberapa keping daun arugula dan rocket
1 sk mustard
minyak zaitun
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Rebus kentang hingga empuk. Sejukkan, buang kulit dan potong kecil-kecil.

Masuk kentang ke dalam mangkuk. Campur bawang merah hiris, lobak jeruk manis, tomato ceri, daun bawang, daun arugula dan rocket. Campur Greek yoghurt bersama mustard dan minyak zaitun dan tuang ke dalam campuran kentang. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan dill. Gaul rata. Sejukkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.

Friday, 5 October 2018

Potato Salad with Beef Bacon
Potato Salad with Beef Bacon
2 potatoes
2 sweet potatoes
2 slices beef bacon
1 spring onion
1 sprig fresh dill
2" red radish
3 tbsp plain yoghurt
2 tsp mayonnaise
1/2 tsp radish
salt
black pepper
oil

Boil potatoes and sweet potatoes in salted boiling water until tender. Drain the potaotes and them cool down before removing the skin. Then cut into small chunks and set it aside.

Cut beef bacon into bite-size pieces. Heat oil and fry beef bacon. Set it aside too.

In a medium-size bowl, add potatoes, sweet potatoes, red radish, beef bacon and spring onion. In a small bowl, mix plain yoghurt, mayonnaise and radish and pour into the other bowl. Season with salt and black pepper. Toss all the ingredients together. Refrigerate and sprinkle with fresh dill when serving.

Sunday, 19 August 2018

Kentang Rebus Dengan Ayam
Kentang Rebus Dengan Ayam
2 biji kentang
1 batang daun bawang
1 ketul ayam yang telah direbus
3 cawan air
1/2 sb stok ayam pekat
sedikit garam
sedikit minyak

Hiris kentang dan rebus dalam air, stok ayam dan garam. Bila air kering, masukkan sedikit minyak. Bila minyak panas, masukkan ayam yang telah dicarik-carik. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul rata. Kemudian angkat dan hidang.

Tuesday, 5 June 2018

Fried Burger with Potatoes
Fried Burger with Potatoes
1 Ramly burger
2 medium-sized potatoes
2 spring onions
1 sprig of thyme
black pepper
salt

Boil potatoes in salted water until tender. Drain and let it cool first before cutting into bite-sized pieces. Set aside.

Break burger meat into small chunks. Heat pan and when pan is nice and hot, add burger meat. No need to add oil as burger meat will release its oil. Then add potatoes and thyme and fry until potatoes are golden brown and burger meat is cooked. Add spring onions and season with salt and black pepper. Serve.