Saturday 31 October 2015

Daging Goreng Kari
Daging Goreng Kari
300g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 sb rempah kari daging
1 tangkai daun kari
1 biji cili merah
sedikit garam
sedikit air
minyak

Perap daging dengan 1 sb rempah kari. Ketepikan dalam setengah jam. Kemudian hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga air daging keluar dan teruskan menggoreng hingga airnya kering. Bila agak kering, masukkan minyak dan masukkan bawang-bawang dan halia dan tumis hingga bahan-bahan tadi wangi.

Sekiranya daging kering, masukkan sedikit air dan balik-balikkan daging. Kemudian masukkan baki rempah kari, daun kari, cili merah dan garam. Gaul segala bahan sehingga rata, tutup api dan hidang.

Friday 30 October 2015

Sambal Udang
Sambal Udang
20 ekor udang
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1" halia
300g cili boh
2 asam keping
1 cawan air
2 sb gula
garam

Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan lada sulah. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah cukup panas, goreng udang hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis lagi. Masuk air sedikit dan kacau. Lakukan begitu sehingga cili masak. Sementara menunggu cili masak, masukkan asam keping dan perasakan sambal dengan gula dan garam. Akhir sekali, masukkan udang. Gaul udang dengan sambal hingga rata. Tutup api dan hidang.
Emy's Famous Fried Chicken

A very popular dish at my sister's house. Loved by all. There is no exact measurement for the ingredients. Add according to preference.


Emy's Famous Fried Chicken
chicken wings
barbeque sauce
dried basil
dried mixed herbs
dried oregano
light soy sauce
dark soy sauce
white pepper
black pepper
salt

Mix all the ingredients together. Make sure the chicken wings are well coated. Leave the wings to marinade preferably overnight in the fridge. Otherwise, marinade it for at least half an hour.

Heat enough oil for deep frying in a wok. When oil is hot, deep-fry the chicken wings until golden brown and crispy. Drain on paper towel and serve.
Sour Plum Chicken
A spin on the classic 'Sour Plum Duck' by substituting duck with chicken and adding some fiery bird's eye chillies for heat. Since most recipes include dark soy sauce for colour, this recipe calls for none. I omitted the sauce to maintain the beautiful, golden hue of the plum sauce.

Sour Plum Chicken
9 small pieces of chicken
1 onion
2 cloves of garlic
2" ginger
4 tbsp sour plum sauce
1 tbsp light soy sauce
1 medium size dried tamarind
300 ml water
5 red bird's eye chillies
2 red chilies
oil

Peel and thinly slice onion, garlic and ginger. 

Heat some oil in a wok. Saute onion, garlic and ginger until fragrant. Add chicken and stir. Then pour the sour plum sauce and stir until chicken is well coated. Add water little by little, stirring occasionally and let it simmer until chicken is well cooked.

While the chicken is simmering, add soy sauce, dried tamarind and bird's eye chillies. If dried tamarind is not available, substitute it with some lime juice. Taste for salt. I didn't add any as the sauce was salty enough. Lastly, add the red chillies. Give it a stir and transfer the chicken onto a serving plate.

Tuesday 27 October 2015

Sayur Campur Sos Tiram
Sayur Campur Sos Tiram
1 pokok broccoli saiz kecil
2" carrot
2 ulas bawang putih
2 biji telur
1 sb sos tiram
1 sb sos black pepper
sedikit serbuk perencah perasa cendawan
sedikit air

Broccoli dan carrot dipotong-potong. Telur dipukul dan ketepikan. Hiris halus bawang putih.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan broccoli diikuti dengan carrot. Kacau dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan sos black pepper, sos tiram dan serbuk perencah perasa cendawan. Kacau sekali lagi dan masukkan telur. Gaul rata supaya semua bahan disaluti telur.

Resepi ini tidak memerlukan garam sebab sos tiram dan serbuk perencah dah agak masin.
Daging Masak Black Pepper

Daging Masak Black Pepper
300g daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
segenggam pea sprout
5 sb sos black pepper
3 sb kicap cair
air secukupnya
sedikit garam

Perap daging dengan sedikit sos black pepper dan ketepikan sekejap. Kemudian hiris halus bawang besar, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris tadi hingga wangi. Masukkan daging dan goreng sebentar. Kemudian masukkan air secukupnya bersama sos black pepper dan sedikit kicap cair. Kacau rata.

Bila daging hampir masak, masukkan pea sprout. Balik-balikkan daging dan sayur beberapa minit. Pea sprout ni cepat masak jadi tak perlu dibiar terlalu lama di dalam kuali. Masuk garam secukupnya.

Thursday 22 October 2015

Dadih Mangga
Dadih Mangga
1 kotak (90g) serbuk dadih mangga
500ml air
4 hiris mangga

Mangga dipotong kecil-kecil dan ketepikan dahulu.

Panaskan air di dalam periuk. Bila mendidih, masukkan serbuk dadih dan kacau beberapa minit hingga serbuk dadih larut.

Tutup api dan ketepikan dalam 10 minit sambil dikacau. Masukkan buah mangga di dalam periuk dadih dan gaul rata. Tuang kedalam acuan, ketepikan sekejap hingga sejuk barulah dimasukkan kedalam peti sejuk.
Ikan Bawal Masam Manis
Ikan Bawal Masam Manis
1 ekor ikan bawal saiz sederhana
1 biji bawang besar
1/2" halia
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala merah
1 botol sos Masam Manis Life
1 sb sos tiram
2 tin kecil nenas bercili
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan.

Hiris bawang besar dan halia. Kemudian potong dadu lada benggala merah dan hijau

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan lada benggala merah dan hijau dan kacau. Kemudian masukkan sos Masam manis Life. Jika kering, masukkan sedikit air. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Bila kuah hampir masak, masuk nenas bercili (tanpa jusnya). Akhir sekali masukkan garam.

Tuang sos ke atas ikan. Hias dengan daun ketumbar jika suka.
Sambal Telur Dengan Ikan Bilis

Sambal Telur Dengan Ikan Bilis
3 biji telur
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
segenggam kecil ikan bilis
3 sb cili boh
sedikit garam

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Telur dipukul. Ikan bilis dibersihkan dan dibilas.

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing, kemudian angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau hingga cili masak lebih kurang dalam 10 minit. Kemudian masukkan telur dan kacau seperti membuat telur "scramble". Bila telur hampir masak, masukkan ikan bilis tadi dan sedikit garam. Kacau lagi. Kalau suka pedas, boleh masukkan cili padi masa menumis atau lebihkan cili boh.
Agar-agar Prune


Agar-agar Prune
1 peket (10g) serbuk agar-agar
550ml air
1 tin (450ml) susu cair
240g gula
1/4 sk Nescafe
100g buah prune - dibuang biji dan dipotong kecil-kecil
1 biji telur
sehelai daun pandan

Didihkan air bersama gula dan daun pandan. Masukkan serbuk agar-agar perlahan-lahan dan kacau.

Larutkan Nescafe dengan sedikit air panas dan campurkan kedalam periuk agar-agar tadi dan kacau lagi. 

Pecahkan telur didalam mangkuk dan pukul. Masukkan susu cair dan kacau. Masukkan bancuhan telur dan susu kedalam periuk agar-agar dan kacau rata. 

Kemudian masukkan buah prune, kacau dan keluarkan daun pandan. Tutup api dan biarkan seketika. Tuang kedalam acuan yang disukai, sejukkan seketika sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Monday 19 October 2015

Sambal Sotong
Sambal Sotong
12 ekor sotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2" halia
8 sb cili boh
2 sk gula
2 keping asam keping saiz kecil
air 
daun ketumbar (optional)

Bawang besar dan bawang kecil didadu kecil. Halia dihiris. Sotong dibersihkan dan dihiris bulat.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng sotong supaya airnya keluar. Ketepikan.

Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk cili boh dan kacau. Kalau kering, masukkan air sikit-sikit dan kacau hingga cili masak. Kemudian masukkan pula gula, garam dan asam keping. Tambah air mengikut kepekatan yang kita nak. Kemudian masukkan sotong. Masak selama 10-15 minit. Bila nak hidang, tabur sedikit daun ketumbar.
Kuih Sagu
Kuih Sagu
1 cawan sagu
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan
pewarna merah
perasa ros
1/2 sk tepung jagung
kelapa parut
sedikit garam

Sagu direndam dalam 15-20 minit. Toskan air.

Didihkan air di dalam kuali. Masukkan gula dan daun pandan dan kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan pewarna merah dan kacau lagi hingga warna sekata. Masukkan sagu, perasa ros dan tepung jagung. Kacau perlahan-lahan supaya sagu tak pecah. Bila sagu hampir pekat, kecilkan api.

Bila sagu dah pekat, tutup api dan ketepikan. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan kedalam loyang atau acuan kecil. Sapu minyak masak pada acuan dahulu supaya sagu tak melekat bila hendak dikeluarkan.

Kukus kelapa dan sedikit garam supaya kelapa tak cepat basi. Keluarkan kuih dari acuan dan golekkan di atas kelapa. Sedia untuk dihidangkan.

Friday 16 October 2015

Kuini Salad

Simple salad using common salad ingredients like tomatoes, cucumber and lettuce. Healthy and refreshing. The kuini, a juicy stone fruit from the mango family, adds sweetness to the overall recipe. Its vibrant yellow contrasts beautifully with the red from the tomatoes and the green from the leafy vegetables. Great to have on a hot day.



Kuini Salad
1 cucumber
2 tomatoes
1 kuini or mango
a few lettuce leaves
2 sprigs of coriander leaves
juice of 1/2 lemon
extra virgin olive oil
salt and freshly ground black pepper, to taste

Slice cucumber and cut tomatoes into wedges. Then slice kuini and cut into strips. Leave lettuce leaves whole. Pluck the coriander leaves off the stem.

Combine cucumber, tomatoes, lettuce and coriander in a bowl. Toss the vegetables with lemon juice.  Then add the kuini and toss slowly. Lastly, drizzle with olive oil and season to taste with salt and pepper.

Tuesday 13 October 2015

Kuew Teow Goreng
Kuew Teow Goreng
1 bungkus kuew teow
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10 ekor udang
1 keping fishcake
sedikit taugeh
1 biji telur
3 sb cili boh
3 sb kicap kuew teow 'Chet'
2 pokok daun kucai
sedikit garam

Kuew teow dikirai-kirai hingga tidak berketul-ketul. Udang pula dibuang kulit dan digaul dengan sedikit garam dan lada sulah putih. Bawang besar dan bawang putih didadu kecil.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang tadi hingga wangi. Masukkan udang dan balik-balikkan udang hingga udang bertukar warna kuning-kekuningan. Kemudian masukkan cili boh dan kacau beberapa minit. Masukkan kicap kuew teow dan sedikit air. Masukkan pula kuew teow, fishcake, kucai, taugeh dan garam.

Pecahkan telur didalam bekas dan pukul. Masukkan kedalam kuew teow tadi dan gaul hingga telur masak. Sedia untuk dihidangkan.

Sunday 11 October 2015

Spaghetti Carbonara
Spaghetti Carbonara
1/3 peket spaghetti
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 keping daging Ramly
1/2 biji lada merah benggala
5 biji button mushroom
1 tin sos carbonara (tin warna biru)
sedikit Italian Herbs
1 tin air
minyak olive

Rebus spaghetti dengan sedikit garam. Bila spaghetti dah kenyal atau aldente bolehlah ditos dan diketepikan.

Bawang-bawang dan lada benggala didadu dan button mushroom dihiris. (Boleh juga dimasukkan sayur yang lain seperti celery dan lada benggala berwarna lain.)

Panaskan minyak olive. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk daging dan kacau hingga daging hancur. Bila daging dah 3/4 masak, masuk lada benggala dan mushroom. Gaul rata hingga semua bahan-bahan sebati. Masukkan pula air dan kacau. Gunakan air dari tin button mushroom supaya kuah lebih sedap. Kalau tak cukup, tambah dengan air biasa. Kemudian masukkan Italian herbs dan kacau lagi. Rasa kuahnya dulu sebelum masukkan garam sebab sos carbonara dah masin.

Tuang sos keatas spaghetti tadi dan hidang.

Friday 9 October 2015

Agar-agar Jagung
Agar-agar Jagung
1 peket (10g) serbuk agar-agar
800 ml air
300 ml santan (dari 1/2 biji kelapa)
230g gula
1 biji telur - dipukul
1 sb tepung kastard
1 tin jagung
sehelai daun pandan
sedikit pewarna kuning

Didihkan air bersama daun pandan. Masuk gula dan kacau hingga gula larut.

Kemudian masukkan santan dan kacau. Masuk telur dan kacau lagi. Pastikan telur dikacau rata supaya campuran agar-agar tak bergentel seperti 'telur scrambble'. (Boleh juga diambil sedikit campuran agar-agar dan dicampurkan dengan telur dulu sebelum dimasukkan telur kedalam periuk).

Masuk serbuk agar-agar dan kacau.

Bancuh tepung kastard dan sedikit air dan masuk kedalam periuk. Kacau. Keluarkan daun pandan. Masuk jagung dan kacau dengan api sederhana besar. Masuk pewarna kuning dan kacau hingga warna rata.

Tutup api dan biarkan campuran seketika, lebih kurang 10 minit. Tuang kedalam loyang atau acuan dan biarkan sekejap. Sejukkan didalam peti sejuk.

Wednesday 7 October 2015

Ayam Masak Cili Sos Tiram
Ayam Masak Cili Sos Tiram

7 keping isi ayam
1/2 labu bawang besar Holland
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tiram
1/2 biji lada benggala merah
2" lobak merah
daun ketumbar
garam
minyak untuk menumis

Potong isi ayam potong dan gaul dengan sedikit sos tiram. Perap sebentar.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk cili boh dan kacau. Masuk ayam tadi dan goreng. Kalau agak kering, masuk sedikit air. Kemudian masuk sos tiram, air (untuk kuah), lada benggala, lobak merah dan bawang besar Holland yang dihiris. Masuk daun ketumbar supaya kuah wangi dan masuk juga sedikit garam. Kacau dan tutup api.

Bila hidang, tabur sedikit daun ketumbar.

Greetings

Assalamualaikum...

Welcome to my blog.

Selamat datang ke blog saya.