Thursday 29 December 2016

Udang Goreng Kunyit
Udang Goreng Kunyit
15 ekor udang saiz kecil
1 sb serbuk kunyit
1/2 sk garam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
minyak untuk menumis

Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Gaul rata hingga bawang layu. Hidang.

Tuesday 27 December 2016

Bubur Gandum
Bubur Gandum

150g biji gandum
1 helai daun pandan
2 sk gula putih
2 ketul kecil gula melaka
1/2 biji kelapa


Rebus biji gandum bersama daun pandan di dalam santan cair sehingga lembut. Bila biji gandum lembut, masukkan santan pekat, gula putih dan gula melaka dan kacau sehingga gula larut. Pastikan api kecil supaya santan tidak pecah. Hidang.
Stew Daging
Stew Daging
200g daging
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
500 ml air
1/2 batang lobak merah
1 batang seleri
1 biji kentang
1/2 sb tomato puri
1 bay leaf
1/2 kiub daging
sedikit garam

Hiris bawang besar dan bawang putih. Lobak merah, seleri dan kentang dipotong mengikut kesukaan sendiri.

Rebus daging dengan hirisan bawang dan daun bay. Bila daging lembut, masukkan lobak merah, seleri, kentang, kiub daging dan tomato puri. Perasakan dengan sedikit garam.

Hidangkan bersama roti perancis.

Sunday 4 December 2016

Nasi Goreng Telur Masin
Nasi Goreng Telur Masin
11/2 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
11/2 keping isi ayam
3 batang kacang panjang
1 biji telur masin
1 sb sos ikan
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi dengan sedikit air. Kacang panjang dipotong kecil-kecil. Telur masin direbus dan dihancurkan bahagian putihnya sahaja. Kalau nak gunakan kuningnya sekali pun boleh juga. Isi ayam juga dipotong kecil-kecil.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan kacang panjang dan kacau lagi. Masukkan pula nasi, telur masin, garam dan sos ikan. Gaul rata dalam 5 minit. Hidang.
Telur Hancur Berkari
Telur Hancur Berkari
2 biji telur
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sb serbuk rempah kari
sedikit garam
minyak untuk menumis

Pecahkan telur dalam bekas. Pukul dan ketepikan. Kemudian bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan ketepikan juga.

Hiris bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau. Masukkan pula telur, garam dan kacau telur sehingga hancur. Hidang.

Wednesday 23 November 2016

Bubur Pulut Hitam


Bubur Pulut Hitam

1/2 paket pulut hitam
5 cawan air
2 helai daun pandan
7 sb gula putih
3 ketul kecil gula melaka
2 paket kecil santan
1/2 sk garam

Rendam pulut hitam dengan air selama 3-4 jam. Kemudian rebus pulut hitam dengan sehelai daun pandan sehingga pulut lembut. Masukkan gula putih dan gula melaka. Kacau dan bila gula hancur, ketepikan pulut.

Dalam periuk yang lain, panaskan santan dengan sedikit garam dan sehelai daun pandan. Kacau supaya santan tidak pecah. Tuang santan kedalam mangkuk. Hidang pulut hitam bersama santan.

Friday 4 November 2016

Kobis Goreng Kicap
Kobis Goreng Kicap
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 helai daun kobis
2" lobak merah
1 sb kicap lemak manis Jalen
sedikit garam
minyak untuk menumis

Potong kobis kecil- kecil. Lobak merah dipotong dua dan dihiris nipis. Bawang merah, bawang putih dan cili merah dihiris-hiris.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah diikuti dengan kobis dan gaul rata. Kemudian masukkan kicap lemak manis, sedikit garam dan akhir sekali, masukkan cili merah. Kacau rata dan hidang.
Ayam Masak Kari Merah Thai
Ayam Masak Kari Merah Thai
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai
6 helai daun limau purut
600 ml air
1 peket (100g) pes kari merah Thai
1/2 kotak santan
1 biji kentang
minyak untuk menumis

Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Serai diketuk.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul. Masukkan pula separuh air dan biar hingga ayam hampir masak. Selepas 20 minit, masukkan baki air bersama daun limau purut.

Masukkan pula pes kari merah dan kentang. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau beberapa minit. Saya tak masukkan garam sebab pada saya rasa garam dah mencukupi.

Angkat dan hidang.

Wednesday 26 October 2016

Pasta Goreng Sos Pesto
Pasta Goreng Sos Pesto
2 cawan pasta
3 ulas bawang putih
10 ekor udang
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
1 pkt sos Pesto McCormick
1/2 cawan susu Good Day atau krim
minyak zaitun untuk menumis

Didihkan air dengan sedikit garam. Masukkan pasta dan biar pasta masak sehingga aldente. Toskan air. Ketepikan.

Perap udang dengan sedikit lada sulah dan garam. Panaskan minyak zaitun dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga wangi. Bancuh serbuk sos pesto dengan sedikit susu segar. Pastikan susu agak suam sedikit supaya sos pesto tidak berketul-ketul. Kacau rata dan sos tidak berbiji-biji.

Masukkan pasta, udang, baki susu dan lada hitam. Gaul sebati. Hidang.

Tuesday 11 October 2016

Kacang Botol Goreng Cili

Kacang Botol Goreng Cili

6 batang kacang botol
11/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
5 sb ikan bilis
1 sb sos tiram
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dikisar. Masukkan sedikit ikan bilis dan kisar kasar.

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Bila cili dah masak, masukkan sos tiram, ikan bilis yang telah digoreng dan kacang botol. Kacau rata. Bila kacang dah masak, angkat dan hidang.
Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam
200g daging
2 sk rempah masak hitam
4 sb kicap lemak manis
2 sb kicap lemak masin
300 ml air
sedikit garam
1 sk gula
1 asam keping
1 batang serai - dititik
minyak untuk menumis

Bahan A:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
Kisar bahan A dengan sedikit air. Ketepikan.

Bahan B:
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
Bahan B dihiris. Ketepikan.

Bahan C:
1/2 biji bawang besar kuning
1 biji cili merah
Hiris bahan C. Ketepikan.

Perap daging dengan bahan A dan rempah masak hitam selama 30 minit.

Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai hingga wangi. Kemudian masukkan daging, kacau dan biar daging masak dalam 30 minit. Masukkan air jika daging kering.

Semasa daging tengah masak, masukkan kicap lemak manis, kicap lemak masin, asam keping, gula dan sedikit garam. Masuk air jika perlu.

Bila daging hampir masak, masukkan bahan C. Gaul rata, tutup api dan hidang.

Thursday 6 October 2016

Telur Scramble Dengan Tomato
Telur Scramble Dengan Tomato

3 biji telur
1 biji tomato
2 batang daun bawang
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Telur dipukul dan ketepikan. Tomato dipotong kecil. Daun bawang dipotong 1" panjang.

Panaskan minyak. Tuang telur dan kacau supaya menjadi scramble. Sebelum ianya keras masukkan tomato, daun bawang dan sedikit garam. Kacau sekejap dan bolehlah dihidangkan.
Ayam Adobo Dengan Kacang Pis

Ini versi ayam adobo saya. Selalunya ayam adobo ni tak dimasukkan kacang pis tapi disebabkan ada baki kacang pis saya gunakan untuk masakan ini.

Ayam Adobo Dengan Kacang Pis

8 ketul ayam
6 sb soya sos cair
6 sb cuka
1/2 sk serbuk lada hitam
11/2 cawan air
5 ulas bawang putih
2 helai daun bay
1 sk gula
1/2 tin kacang pis
minyak untuk menumis

Perap ayam dengan soya sos, cuka dan serbuk lada hitam lebih kurang 1 jam.

Panaskan minyak dan goreng ayam dalam 5 minit. Kemudian tuang campuran soya sos dengan cuka tadi. Masukkan juga bawang putih, daun bay, gula dan air dan biar hingga ayam masak. (Saya tak masukkan garam sebab kuah dah masin.)

Akhir sekali, masukkan kacang pis dan biar dalam 1-2 minit sebelum dihidang.

Tuesday 27 September 2016

Salad Kentang

Sarapan kami pada Hari Malaysia 2016. Selamat mencuba.

Salad Kentang
3 biji kentang
2 keping burger ayam
1 pokok daun bawang
3 sb mayonis
1/2 sk garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Rebus kentang didalam air yang bercampur sedikit garam. Bila kentang empuk, angkat dan sejukkan. Buang kulit dan potong dadu sederhana besar.

Panaskan minyak. Goreng burger ayam hingga kuning. Angkat dan potong sederhana besar.

Hiris daun bawang. Ketepikan.

Campur kentang, burger ayam dan daun bawang dengan mayonis. Gaul rata. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng burger tadi. Gaul rata dan hidang.
Yau Mak Goreng Bawang Putih

Yau Mak atau baby Romaine lettuce ni sedap juga digoreng bersama bawang putih. Tak perlu goreng lama sebab sayur ni cepat layu.

Yau Mak Goreng Bawang Putih

6 helai sayur yau mak
5 ulas bawang putih
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang telah dihiris. Bila naik aroma, masukkan sayur diikuti dengan sedikit air. Gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam.

Angkat dan hidang.

Monday 19 September 2016

Ayam Goreng Knorr
Ayam Goreng Knorr
6 ketul ayam
1 sk serbuk kunyit
1 sb serbuk Knorr Pasti Sedap
sedikit garam
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 cm halia
1 biji cili hijau
minyak untuk menggoreng

Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk Knorr Pasti Sedap dan garam. Perap dalam 1 jam.

Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau. Ketepikan.

Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat. Kemudian goreng bahan-bahan yang dihiris tadi dalam 2 minit. Angkat dan campurkan sekali dengan ayam. Hidang.
Sawi Tumis Air
Sawi Tumis Air
2 pokok sawi
2" lobak merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb ikan bilis
200 ml air
sedikit suhun
sedikit garam
minyak untuk menumis

Hiris bawang besar dan bawang putih. Suhun direndam hingga lembut.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga wangi.

Masukkan air dan biar mendidih. Bila air mendidih, masukkan lobak merah dan biar dalam 1-2 minit. Masukkan pula sawi dan sedikit garam. Bila sayur hampir masak, masukkan suhun dan biar sekejap.

Angkat dan hidang.

Thursday 8 September 2016

Ayam Tempra

Resepi ni saya dapat dari Lin, kawan adik yang berketurunan Baba Nyonya Melaka. Ayam tempra ni masakan kicap versi Baba Nyonya. Kalau nak kuah ni masam lagi, tambahkan limau kasturi dan bagi yang suka pedas boleh masukkan cili padi. Selamat mencuba.

Ayam Tempra
8 ketul kecil ayam
1 biji tomato
3 sb kicap soya cair
1 sb kicap soya pekat
2 cawan air
2 biji limau kasturi
1/2 sk tepung jagung
1 sk gula
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bahan A:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia

Bahan B:
1 biji cili merah
1 biji hijau

Perap ayam dengan 1 sb kicap soya cair dan ketepikan dalam 1 jam. Bahan A dan bahan B dihiris. Buah tomato didadu. Limau kasturi diperah dan ditapis jusnya. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air.

Panaskan minyak. Tumis bahan A hingga wangi. Masukkan ayam, tomato dan 1 cawan air. Biar ayam merenih. Jika tak cukup air, masukkan 1 cawan lagi.

Kemudian masukkan baki kicap soya cair, kicap soya pekat, garam dan gula. Bila ayam dah masak, masukkan bahan B, bancuhan tepung jagung dan jus limau kasturi. Gaul rata dan hidang.
Petola Tumis Air
Petola Tumis Air 
1 batang petola
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb ikan bilis
200 ml air
sedikit suhun
sedikit garam
mimyak untuk menumis

Petola dibuang kulit, kemudian belah dua dan potong menyerong.
Rendam suhun hingga lembut.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Bila wangi, masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan petola, garam dan akhir sekali masukkan suhun. Bila petola dan suhun sudah lembut, angkat dan hidang.

Sunday 4 September 2016

Yau Mak Goreng Sos Tiram

Sayur ni sebenarnya baby Romaine lettuce yang boleh kita gunakan untuk buat salad. Jadi bila kita goreng janganlah goreng terlalu lama sebab ianya cepat layu. Kebanyakkan orang suka goreng sayur ni tanpa dipotong tapi untuk resepi ni saya potong sayur ni separuh.


Yau Mak Goreng Sos Tiram
6 helai sayur yau mak
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Bila naik aroma, masukkan sayur diikuti dengan sedikit air dan sos tiram. Gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam.

Angkat dan hidang.
Daging Goreng Batang Pinang
Daging Goreng Batang Pinang
200g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sk serbuk kunyit
1 sk lada sulah
sedikit garam
minyak untuk menumis

Perap daging dengan serbuk kunyit, lada sulah dan garam selama 1 jam.

Hiris bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga air daging hampir kering. Bila dah hampir kering, masukkan minyak diikuti dengan bawang besar dan bawang putih. Gaul lebih kurang dalam 10 minit dan masukkan pula cili merah. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidang.

Thursday 25 August 2016

Tom Yam Ayam
Tom Yam Ayam
4 keping isi ayam
2" lobak merah
5 floret bunga kobis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai
1 peket pes tom yam Mak Nyonya
1-2 cawan air
1/2 sk garam
1 sk gula
4 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris dan juga serai yang telah dititik. Masukkan isi ayam dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula pes tom yam dan air. Biarkan mendidih.

Bila kuah dah mendidih, masukkan lobak merah, bunga kobis, daun limau purut, gula dan garam. Bila sayur dah masak, bolehlah dihidangkan. Tabur dengan sedikit hirisan daun ketumbar.
Kobis Campur Goreng Ringkas
Kobis Campur Goreng Ringkas
4 keping kobis
6-7 kuntum bunga kobis
1" lobak merah
1 pokok daun ketumbar
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit air
sedikit serbuk sup sayur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.

Kobis dan bunga kobis dipotong kecil. Lobak merah dihiris dan dipotong 2. Daun ketumbar dipotong dalam 1" panjang.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bunga kobis, lobak merah diikuti dengan kobis. Gaul rata dalam 2-3 minit. Masukkan sedikit air, serbuk sup sayur dan sedikit garam. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan cili merah. Gaul sekali lagi, angkat dan hidang.

Friday 19 August 2016

Bayam Merah Masak Bening
Bayam Merah Masak Bening
1 ikat bayam merah
1 biji keledek
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 cawan air
sedikit garam

Bawang besar dan bawang putih dihiris.

Didihkan air didalam periuk bersama bawang besar, bawang putih dan keledek. Biar air mendidih dan tunggu hingga keledek lembut. Bila keledek dah lembut, masukkan bayam merah dan perasakan dengan garam. Hidang.
Sambal Ayam Masak Serai
Sambal Ayam Masak Serai
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
3 batang serai
3 sb cili boh
200ml air
1 keping asam keping
2 sk gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menumis

Ayam diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dihiris halus. Ketepikan.

Dengan menggunakan baki minyak ayam tadi, tumis pula bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga cili masak. Jika kering, masukkan sedikit air. Masukkan pula asam keping, garam dan gula.

Bila cili dah masak, masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam masak dalam 10 minit. Hidang.

Sunday 14 August 2016

Kailan Goreng Sos Tiram
Kailan Goreng Sos Tiram
1 ikat kailan
15 ekor udang saiz kecil
1/2 biji bawang besar
 2 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
sedikit air
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis

Perap udang dengan garam dan lada sulah. Panaskan minyak dan goreng udang sebentar. Angkat dan ketepikan.

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Dengan menggunakan minyak menggoreng udang, tumis bawang-bawang hingga naik aroma. Masukkan kailan dan balik-balikkan sayur. Kemudian masukkan sedikit air, sos tiram dan sedikit garam. Bila kailan hampir layu, masukkan pula udang tadi. Gaul rata, angkat dan hidang.
Lontong Darat
Lontong Darat
3 kampit kecil nasi impit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb udang kering
1 sb cili boh
1/2 sk kicap manis
1/2 sk kicap lemak
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Nasi impit dipotong kecil. Ketepikan.

Bawang besar, bawang putih dan udang kering dikisar dengan sedikit air. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan nasi impit diikuti dengan kicap manis, kicap lemak, gula dan garam. Kalau ada sayur, masukkan sayur. Gaul dan hidang.

Tuesday 9 August 2016

Kobis Goreng Kunyit
Kobis Goreng Kunyit
4 kelopak kobis
2" lobak merah
10 ekor udang
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 sk biji sawi
1 sk serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kobis dipotong kecil-kecil. Lobak merah dipotong batang mancis. Udang dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Cili merah dipotong menyerong.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan biji sawi dan tumis sekejap. Masukkan pula udang dan goreng hingga udang kuning.

Bila udang kuning, masukkan kobis dan lobak merah dan gaul rata. Kemudian masukkan pula garam, serbuk kunyit dan cili merah. Gaul rata supaya sayur berwarna kuning. Setelah sayur masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Terung Goreng Udang Kering
Terung Goreng Udang Kering
3 biji terung
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 sb udang kering
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Belah terung memanjang dan kemudian hiris menyerong dalam 3/4". Ketepikan.

Bawang besar dan bawang putih dikisar. Ketepikan.

Rendam udang kering sekejap. Toskan airnya dan kisar berasingan daripada bawang.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk sedikit air jika kering. Kemudian masukkan terung dan kacau. Tambah sedikit air dan perasakan dengan garam. Biar terung masak sambil dikacau sekali-sekala.

Akhir sekali, masukkan cili merah. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Wednesday 20 July 2016

Pak Choy Goreng
Pak Choy Goreng
1 ikat pak choy
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji fish ball
3 keping isi kuku ketam
sedikit serbuk perasa Sudee
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Ketepikan.

Fish ball dipotong empat. Isi kuku ketam dipotong 3. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan fish ball dan isi kuku ketam dan balik-balikkan. Masukkan pula sayur dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa dan sedikit garam. Gaul sekali lagi dan hidang.
Ayam Masak Merah

Resepi ni saya dapat dari ibu mertua adik semasa kami menziarah dia di Singapore pada Hari Raya baru-baru ni. Banyak lauk-pauk yang disediakan dan semuanya sedap-sedap. Resepi-resepi yang lain insyaAllah akan saya kongsikan kemudian. Selamat mencuba.

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 paket pes masak merah
1/2 batang kulit kayu manis
2 buah pelaga
2 biji cengkih
1 bunga lawang
100 ml air
2 biji tomato
1 sk gula perang
1 sb sos tiram
daun ketumbar
sedikit garam
2 sb serbuk kunyit
minyak masak

Ayam diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dihiris halus. Buah tomato didadu kecil. Ketepikan.

Dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi, tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masukkan rempah empat sekawan dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan pula pes masak merah dan kacau. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi.

Kemudian masukkan buah tomato, sos tiram, sedikit air, gula perang dan garam. Akhir sekali, masukkan ayam dan biarkan masak dalam 10 minit. Gaul dan hidang.

Hiris daun ketumbar dan tabur atas ayam.

Sunday 10 July 2016

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 sb serbuk rempah kurma
2 biji kentang
1/2 biji kelapa
minyak untuk menumis

Ayam dipotong-potong. Basuh dan toskan.

Bancuh rempah kurma dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.

Bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit air. Kalau tak nak kisar, hiriskan saja. Hiris halia dan ketepikan juga.

Kelapa parut diperah untuk mendapatkan 11/2 cawan santan pekat dan 4-5 cawan santan cair.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar, halia, pes kurma, serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Masukkan sedikit air jika kering supaya tak hangus.

Masukkan ayam dan kacau. Masuk pati santan sedikit-sedikit dan biar merenih. Kecilkan api dan biar ayam masak dalam 30 minit. Perasakan dengan garam.

Masukkan kentang jika suka. Biarkan kentang empuk. Biar dalam 15 minit dan kemudian masukkan pula santan pekat. Biar renih dalam 10-15 minit.

Angkat dan hidang.
Kobis Cina Goreng Fishball
Kobis Cina Goreng Fishball

4 helai kobis Cina
2" lobak merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 biji fishball goreng
3 biji isi kuku ketam
sedikit air
sedikit garam
sedikitgula perang
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris. Ketepikan.

Kobis Cina dipotong kecil dan lobak merah dipotong batang mancis. Ketepikan.

Fishball dan isi kuku ketam dipotong 3. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah dan batang kobis Cina. Kacau sekejap. Kemudian masukkan daun kobis Cina bersama fishball dan isi kuku ketam. Gaul rata.

Jika kering, masukkan sedikit air dan kacau. Perasakan dengan garam dan sedikit gula perang. Akhir sekali, masukkan cili merah. Gaul, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Thursday 30 June 2016

Cencalok
Cencalok
1/2 botol cencalok
1/4 cawan air
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi

Didihkan air didalam periuk kecil. Kalau nak cair lagi, lebihkan air. Bila mendidih, masukkan cencalok. Kacau. Guna api kecil.

Limau kasturi dibelah dua. Perah kedalam periuk berisi cencalok. Masukkan kulitnya sekali dan kacau.

Hiris bawang besar dan cili merah. Letak dalam mangkuk. Ketepikan. Kemudian tuang cencalok kedalam mangkuk berisi bawang dan cili merah. Kacau dan hidang.

Monday 27 June 2016

Masak Lemak Taugeh
Masak Lemak Taugeh
2 cawan taugeh
2 keping tauhu
2 batang daun kucai
2 cawan air
2 peket santan kelapa
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Tauhu dipotong dua dan hiris nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Didihkan air dalam periuk. Masukkan santan dan sedikit garam. Guna api kecil. Kacau dan biar santan panas tapi jangan sampai mendidih dan santan pecah.

Masukkan taugeh, tauhu dan kucai. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tak pecah. Bila taugeh masak, angkat dan hidang.
Rendang Ayam Ringkas
Rendang Ayam Ringkas
1 ekor ayam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
2" lengkuas
2 helai daun kunyit
1 paket rempah rendang Adabi
1-2 cili boh
1 biji kelapa parut
1 keping asam
1 sb kerisik
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih, halia dan 1 batang serai dikisar dengan sedikit air. Satu batang serai lagi dititik.

Lengkuas diketuk-ketuk. Satu helai daun kunyit disimpul dan sehelai lagi dihiris-hiris.

Bancuh rempah rendang dengan sedikit air supaya menjadi pes.

Kelapa diperah untuk mendapatkan 21/2 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dengan lengkuas dan serai hingga wangi. Masuk pes rempah rendang dan kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau. Jika kering, masuk sedikit air.

Masuk santan cair dan kacau. Masukkan juga garam, asam keping, daun kunyit dan kerisik. Kacau rata.

Bila kuah dah agak surut dan ayam hampir masak, masukkan santan pekat. Masukkan juga daun kunyit hiris. Gaul rata.

Sedia untuk dihidang.