Tart Nenas
1 cawan Buttercup
1/2 cawan gula aising (kalau nak manis tambah lagi gula)
1 sb minyak sapi
2 camca tepung jagung
2 camca tepung kastard
tepung gandum (tambah sikit2 sehingga doh tak lekat pada tangan, jangan keras sangat nanti susah nak tekan acuan)
jem nenas
kuning telur (untuk atas tart)
1. Satukan buttercup dan gula aising, pukul hingga sebati.
2. Masukkan minyak sapi.
3. Masuk tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum... uli sampai doh sebati dan tidak melekat ditangan.
4. Tekan ikut acuan.
Kredit: Wan Suhairah Wan Dahalan
No comments:
Post a Comment