Sunday, 20 December 2015

Mee Goreng
Mee Goreng
500g mee kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
50g daging
10 ekor udang saiz kecil
3 batang sawi bunga
6 keping cendawan tiram
7 biji fishball
1/2 batang fishcake
1 sb cili boh
3 sb kicap lemak manis
sedikit garam
minyak untuk menumis

Daging dihiris nipis. Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya sahaja.

Bawang besar dan bawang putih didadu kecil. Koyak-koyakkan cendawan tiram. Fishball dibelah dua dan fishcake dihiris-dihiris.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan daging dan gaul sebentar. Bila daging dah empuk, masukkan pula udang, fishball dan fishcake. Gaul semua bahan-bahan ini. Bila hampir masak, masukkan mee kuning, kicap lemak manis dan sedikit garam. Akhir sekali, masukkan sawi bunga dan balik-balikkan sehingga sayur masak. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, 18 December 2015

Garden Salad with Calamansi Dressing

Calamansi lime or locally known as limau kasturi, is widely available in Malaysia and other Southeast Asian countries like Singapore, Thailand, Indonesia and the Philippines. It's commonly paired with sambal belacan, a condiment that is popular in the Malay cuisine. Makes a nice substitute for lemon juice in salad dressing. The use of calamansi lime calls for some sugar as it tends to be more tart than lemon juice.

Garden Salad with Calamansi Dressing

Red and green frills mustard leaf
Red veined sorrel
Crisp lettuce
Radicchio
Snow pea shoot
Mizuna
Cherry tomatoes
Red onion
6 calamansi limes
salt
sugar
black pepper
olive oil

Place the assortment of salad in a bowl. Top with the remaining salad ingredients like halved cherry tomatoes and sliced onion.

In another bowl, squeeze calamansi limes. Combine it with salt, sugar, black pepper and olive oil. Drizzle over salad and give it a good toss.

Tuesday, 15 December 2015

Scrambled Eggs with Potatoes and Hotdog
Scrambled Eggs with Potatoes and Hotdog
4 eggs
2 black pepper hotdog
2 medium-sized potatoes
1/2 tsp dried rosemary
1/2 tsp dried thyme
a dash of salt
chopped parsley-garnish

Crack some eggs into a bowl. Whisk them and set aside.

Boil potatoes until they are partially cooked. Drain the water, let them cool down, remove the skin and cut into cubes. 

Slice hotdog into 1" thick and set aside.

Heat oil in a frying pan. Saute the hotdog slices until they are brown. Set them aside. Then saute the potatoes until they are golden brown. Add the hotdog slices and pour the eggs into the pan and let it sit for a few seconds. Then stir the eggs together with the pototoes and hotdog slices until they are well mixed. Sprinkle some dried rosemary, dried thyme and a dash of salt. Continue cooking until the eggs are as soft or as firm as you like them.

Transfer the eggs, hotdog and potatoes to a plate. Rough chop some parsley and sprinkle on top.
Nasi Goreng Ayam
Nasi Goreng Ayam

1 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 batang cili merah
4 biji cili padi
2 potong isi ayam
1 biji telur
2 helai daun kobis
2 sb kicap masin
3 sb kicap manis
garam
lada sulah
minyak untuk menumis

Isi
ayam dipotong kecil-kecil dan perapkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.

Bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi dikisar. Potong kobis kecil-kecil.

Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul telur. Panaskan sedikit minyak dan scramble telur. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan nasi dan gaul nasi hingga rata dan tidak berketul-ketul. Masukkan pula kobis, kicap masin, kicap manis dan garam. Akhir sekali, masukkan telur dan gaul sekali lagi.

Bolehlah dihidangkan.

Wednesday, 2 December 2015

Sotong Goreng Kunyit
Sotong Goreng Kunyit
10 ekor sotong
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1 batang cili merah
1 sk serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menumis

Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Basuh dan toskan. Bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah di hiris.

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong sekejap supaya air sotong keluar. Kemudian angkat dan ketepikan sotong. Gaul sotong dengan sedikit serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan sotong tadi dan goreng lagi. Jika kering, masuk sedikit air. Masukkan juga serbuk kunyit dan sedikit garam. Bila sotong dah masak, masukkan cili merah. Gaul rata dan hidang.
Sambal Ayam
Sambal Ayam
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1/2 biji bawang kuning
5 sb cili boh
1 keping asam keping
1 sk gula
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Ayam dipotong-potong dan diperap dengan sedikit garam dan lada sulah selama 1/2 jam. Bawang merah, bawang putih, halia dan bawang kuning dihiris.

Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kuning keemasan, kemudian angkat, tos dan ketepikan sebentar. 

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga cili masak. Masuk sedikit air jika tumisan cili jadi kering. Masukkan juga gula, garam dan asam keping. Bila cili dah betul-betul masak, masukkan ayam dan bawang kuning dan gaul rata. Hidang.
Ayam Goreng Kunyit
Ayam Goreng Kunyit
300g isi ayam
1 sb serbuk kunyit
sedikit garam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang cili merah
1 sk sos ikan

Perap isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 1/2 jam. Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah.

Panaskan minyak. Tumis separuh bawang besar yang dihiris tadi bersama bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk isi ayam yang diperap tadi dan kacau rata. Kalau kering, masukkan air sedikit dan kacau lagi. Bila ayam dah masak, masuk baki bawang besar tadi, cili merah, sos ikan dan sedikit garam. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.