Friday, 11 March 2016

Ayam Goreng Chinese Five Spice

Serbuk five spice terdiri daripada campuran rempah-rempah seperti kulit kayu manis, cengkih, lada hitam Szechuan, bunga lawang dan jintan manis. Dijual dalam paket atau botol dan banyak didapati dipasaraya.

Ayam Goreng Chinese Five Spice
8 ketul ayam
1 sb five spice powder
1 paket chilli flakes
sedikit lada hitam
sedikit garam
1/4 biji bawang kuning
1 biji cili merah
minyak untuk menggoreng

Ayam dibersihkan dan diperap dengan serbuk five spice, chilli flakes, lada hitam dan garam lebih kurang dalam 1-2 jam.

Bawang kuning dihiris bulat dan cili merah dipotong serong.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Kemudian angkat dan letakkan didalam pinggan.

Bawang besar kuning dan cili merah digaul dengan baki perapan ayam tadi. Goreng hingga sedikit layu dan taburkan diatas ayam sebagai hiasan.
Sayur Campur Dengan Udang
Sayur Campur Dengan Udang
4 ulas bawang putih
6 ekor udang
2 pokok sawi Jepun
2" lobak merah
10 keping cendawan shimeji
1 sb kicap soya cair
1 sk minyak bijan
sedikit air
minyak untuk menumis

Bawang putih dihiris. Lobak merah dipotong batang mancis.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan lobak merah dan udang dan tumis hingga udang berubah warna. Bila udang bertukar ke warna merah, masukkan sawi Jepun, cendawan shimeji dan sedikit air. Kemudian masukkan kicap soya cair. Kacau dan akhir sekali, masukkan minyak bijan. Gaul beberapa kali, tutup api dan angkat.

Wednesday, 9 March 2016

Agar-agar Sirap Bersantan
Agar-agar Sirap Bersantan
1 paket (10g) agar-agar
750ml air
450ml santan dari 1/2 biji kelapa
240g gula
1 helai daun pandan
2 sb sirap ros
1 tsp pewarna pink
1 tsp perasa ros
1 biji telur
secubit garam

Masak air bersama gula dan daun pandan hingga gula larut. Kemudian masukkan pula serbuk agar-agar dan kacau.

Pukul telur dalam mangkuk dan campur kedalam santan. Masukkan santan, sirap, pewarna pink, perasa ros dan garam kedalam agar-agar. Kacau hingga rata. Biar beberapa minit. Tutup api dan kacau lagi. Tapis agar-agar untuk mendapatkan campuran yang licin dan rata.

Tuang adunan kedalam acuan. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Monday, 7 March 2016

Sup Lobak Dengan Ayam
Sup Lobak Dengan Ayam
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 keping isi ayam
3" lobak merah
3" lobak putih
1 biji tomato
1 keping tauhu
3 tangkai daun sup
1/2 sk stok ayam
3 gelas air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar dan bawang putih dihiris nipis. Isi ayam dipotong kecil. Lobak merah dan lobak putih dibuang kulit dan dipotong kecil. Tomato dipotong empat dan tauhu dipotong enam.


Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam, lobak merah dan lobak putih dan biar masak dalam 5 minit. Masukkan pula tomato, tauhu, stok ayam dan garam dan biar mendidih lebih kurang 5-10 minit lagi.

Bila masak tuang sup kedalam mangkuk dan tabur dengan hirisan daun sup. Hidang.
Udang Goreng Kunyit
Udang Goreng Kunyit
10 ekor udang
1 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
2" halia
1 batang serai
1 biji cili merah
1 biji hijau
2 tangkai daun sup
2 sb serbuk kunyit
sedikit air
1 sk garam
minyak untuk menumis

Perap udang dengan 1 sb serbuk kunyit dan sedikit garam. Bawang besar merah, bawang besar kuning, bawang putih, halia dan serai dihiris nipis. Cili merah dan cili hijau dipotong serong.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik aroma. Masuk udang dan goreng hingga kekuningan. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan sedikit air supaya bahan goreng tidak begitu kering. Masukkan pula cili merah, cili hijau, garam dan stok ayam. Kacau sekejap dan akhir sekali, masukkan daun sup yang dipotong kasar bersama hirisan bawang besar kuning. Kacau rata, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Friday, 4 March 2016

Kari Sotong
Kari Sotong
1/3 kg sotong
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
3 sb rempah kari ikan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji cengkih
1 biji tomato
2 biji kentang
1 keping asam keping
1/2 biji kelapa - diambil santan
sedikit garam
minyak untuk menumis

Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Panaskan sedikit minyak, goreng sekejap untuk dibuang airnya.

Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis. Tomato dibelah dua dan kentang dibelah empat.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang dan halia hingga naik aroma. Masukkan rempah empat sekawan dan tumis lagi hingga wangi. Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam bahan-bahan tumis tadi. Kacau rata. Kemudian masukkan santan, asam keping, tomato dan kentang. Kecilkan api supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih dalam 10 minit. Akhir sekali, masukkan sotong dan garam. Biar mendidih dalam 20 minit lagi. Tutup api dan hidang.
Sotong Masak Kunyit Air Asam

Resepi ni saya dapat dari sepupu saya, Datin Daniah, dua minggu lepas selepas saya dan adik bersama-sama anak-anak ke rumah dia untuk makan malam. Resepi ni saya olahkan sedikit dengan meletakkan cili merah dan hijau untuk menaikkan warna. Asalnya untuk anak dia jadi takdelah cili. Lima jenis masakan dia masak sendiri, memang sedap dan menyelerakan.

Sotong Masak Kunyit Air Asam
8 ekor sotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2" halia
1 batang serai
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 sb serbuk kunyit
1 sb asam jawa + sedikit air
1/2 sk garam
sedikit daun ketumbar
minyak untuk menumis

Sotong dibersihkan dan kemudian dihiris. Perap dengan 1 sb serbuk kunyit dan ketepikan sebentar.

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dihiris halus. Cili merah dan cili hijau dipotong serong.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan sotong dan gaul dengan bahan-bahan tumis tadi. Biarkan sotong masak dalam 10 minit. Selepas 10 minit, masukkan air asam jawa dan baki serbuk kunyit. Jika kuah semakin kering, bolehlah tambah sedikit air. Biarkan sotong masak dalam 10 minit lagi. Masukkan daun ketumbar bersama cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam sebelum dihidang.