Nasi Biryani Ayam
300g beras Basmathi
450g ayam
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
4 sekawan
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
21/2 sb serbuk biryani Adabi
1 biji tomato - potong kecil-kecil
2 sb dadih asli
1 helai daun pandan
sedikit daun pudina
1 sb stok pekat ayam
60ml air
150ml susu cair
garam
minyak
1. Rendam beras selama 30 minit. Tapis dan toskan. Setelah air dah tos, masukkan beras ke dalam periuk nasi. Ketepikan sekejap.
2. Bancuh serbuk biryani dengan sedikit air. Kacau dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan empat sekawan hingga wangi. Masuk bancuhan rempah biryani dan sambung menumis. Masukkan pula ayam dan gaul rata. Selepas 10 minit, masukkan dadih asli dan gaul sekali lagi...biar dalam 2-3 minit, dan masukkan ke dalam periuk nasi.
4. Masukkan pula daun pandan, daun pudina, cili merah, cili hijau, tomato, stok pekat ayam, air, susu cair dan garam. Gaul rata dan masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa.
5. Tabur bawang goreng semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment