Saturday, 26 March 2016

Gulai Ayam
Gulai Ayam
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas
1 batang serai
2 sk serbuk rempah gulai
3 sb cili boh
3 cawan air
1 sk asam jawa
1sb kerisik
1 helai daun kunyit
1/2 biji kelapa - santan
1 biji kentang
2 biji cili merah
1 sk garam
minyak untuk menumis

Ayam dipotong kecil-kecil. Basuh dan toskan. Bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas dikisar. Serai dititik.

Cili merah dibelah dua. Kentang dipotong enam. Ketepikan semuanya dahulu.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili boh dan kacau hingga cili pecah minyak. Bancuh serbuk rempah gulai dengan sedikit air dan masukkan kedalam bahan-bahan tumis tadi. Kacau lagi hingga sebati.

Masukkan pula ayam bersama 2 cawan air. Apabila kuah menggelegak, masukkan air asam jawa, kerisik dan daun kunyit. Kecilkan api dan biar ayam masak dalam 40 minit. Perasakan dengan garam.

Akhir sekali masukkan santan dan kentang. Jika kuah masih pekat, masukkan 1 cawan air. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan cili merah dan kacau dalam 5 minit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, 24 March 2016

Sup Spaghetti
Sup Spaghetti
Spaghetti angel hair
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 cawan air
2 kiub ayam
2" lobak merah
8 ekor udang
1 keping fish cake
1 batang sosej
4 helai sawi Jepun/sawi bunga
4 putik jagung
2 biji telur
1/2 sk lada sulah
1 biji cili merah
daun ketumbar/daun sup
minyak untuk menumis

Bawang merah dan bawang putih dihiris halus. Lobak merah, cili merah dan sosej dihiris.

Didihkan air bersama sedikit garam didalam periuk. Bila air mendidih, masukkan spaghetti dan biar hingga masak. Kemudian toskan air dan ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan air dan biar mendidih. Bila mendidih, masukkan kiub ayam, udang, sosej, fish cake, putik jagung, lobak merah, cili merah dan serbuk lada sulah. Akhir sekali, masukkan sawi Jepun.

Kemudian pecahkan telur didalam sup. Jangan kacau supaya telur berbentuk bulat. Tak perlu masukkan garam sebab kiub ayam dah masin.

Tuang sup kedalam mangkuk. Tabur dengan daun ketumbar atau daun sup. Hidang bersama spaghetti.
Sotong Kicap Cili Kering
Sotong Kicap Cili Kering
8 ekor sotong
6 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
bawang besar kuning
2 sb sos tiram
1 sk sos lada hitam
sedikit air
sedikit garam
sedikit daun sup
minyak untuk menumis

Cili kering dipotong 2 atau 3. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus. Bawang besar kuning dipotong bulat.

Panaskan sedikit minyak. Goreng sotong hingga airnya kering. Angkat dan toskan.

Panaskan sedikit minyak lagi. Tumis cili kering diikuti dengan bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk sos tiram, sos lada hitam dan sedikit air. Bila sos dah sebati, masukkan sotong dan masak dalam 10 minit. Perasakan dengan garam.

Masuk hirisan bawang besar kuning. Gaul dalam 1-2 minit dan hidang. Tabur dengan sedikit daun sup yang telah dihiris.

Sunday, 20 March 2016

Telur Masak Kicap
Telur Masak Kicap
5 biji telur ayam
3 biji telur puyuh
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 tangkai daun sup
1/2 cawan air
1 sb cili boh
2 sb kicap masin
4 sb kicap manis
1/2 sk serbuk stok ayam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris. Telur ayam dan telur puyuh digoreng dan diketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang dan halia hingga naik bau. Masuk cili boh dan tumis dalam 3-4 minit. Bila minyak dah pecah, masukkan air dan biar mendidih. Masukkan pula kicap masin, kicap manis, serbuk stok ayam dan daun sup. Tak perlu garam sebab stok ayam dah masin.

Bila kuah dah masak, tuang keatas telur ayam dan telur puyuh yang telah digoreng tadi. Hidang.
Sup Ikan
Sup Ikan
4 keping ikan merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai - titik
1 paket Sup Ikan Adabi
1 biji kentang
1 biji tomato
2" lobak merah
2" lobak putih
2" timun tua
1 batang seleri
2 tangkai daun sup
4 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air hingga hancur.

Kentang dan tomato dipotong enam. Lobak merah, lobak putih dan timun dipotong dua dan kemudian dihiris dalam 1/2". Seleri pula dihiris menyerong.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dengan serai hingga wangi. Masuk rempah dari dalam paket sup ikan. Saya tambah dua biji cengkih dan satu biji bunga lawang. Bila dah wangi, masukkan air dan biar hingga mendidih. Saya nak sup tu sikit jadi air saya tak ikut sukatan paket.

Bila dah mendidih, masukkan bunjut Sup Ikan Adabi, daun salam kering, lobak merah, lobak putih dan kentang. Biar dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan tomato, timun tua dan seleri dan biar mendidih lagi dalam 2-3 minit. Akhir sekali, masukkan ikan, daun sup dan perasakan dengan garam. Biarkan mendidih lagi dalam 6-7 minit. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, 16 March 2016

Sardin Goreng
Sardin Goreng
1 tin (425g) sardin
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2" halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji cengkih
1 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk kari ikan
2 sb sos tomato dari tin sardin
1/2 sk garam
sedikit daun sup
minyak untuk menumis

Asingkan sardin dari kuahnya. Buang tulang tengah dan hancurkan isinya sedikit. Jangan terlalu hancur, biar kasar sedikit.

Panaskan minyak. Tumis rempah empat sekawan dan kemudian masukkan bawang-bawang bersama halia dan tumis hingga wangi. Masukkan sardin dan kacau dalam 2-3 minit. Masukkan pula sos tomato sardin dan sedikit air jika perlu. Masukkan pula serbuk cili dan serbuk kari ikan. Kacau lagi. Perasakan dengan garam.

Tabur dengan sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar semasa menghidang.
Ayam Goreng Jintan
Ayam Goreng Jintan
8 ketul ayam
1 sb serbuk kunyit
1 sk garam
1 sb serbuk kari
1/2 sk lada sulah
1/2 sk lada hitam
1 sk jintan manis
minyak untuk menggoreng

Perap ayam bersama rempah-rempah selama 2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Hidang.