Wednesday, 20 July 2016

Pak Choy Goreng
Pak Choy Goreng
1 ikat pak choy
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji fish ball
3 keping isi kuku ketam
sedikit serbuk perasa Sudee
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Ketepikan.

Fish ball dipotong empat. Isi kuku ketam dipotong 3. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan fish ball dan isi kuku ketam dan balik-balikkan. Masukkan pula sayur dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa dan sedikit garam. Gaul sekali lagi dan hidang.
Ayam Masak Merah

Resepi ni saya dapat dari ibu mertua adik semasa kami menziarah dia di Singapore pada Hari Raya baru-baru ni. Banyak lauk-pauk yang disediakan dan semuanya sedap-sedap. Resepi-resepi yang lain insyaAllah akan saya kongsikan kemudian. Selamat mencuba.

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 paket pes masak merah
1/2 batang kulit kayu manis
2 buah pelaga
2 biji cengkih
1 bunga lawang
100 ml air
2 biji tomato
1 sk gula perang
1 sb sos tiram
daun ketumbar
sedikit garam
2 sb serbuk kunyit
minyak masak

Ayam diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dihiris halus. Buah tomato didadu kecil. Ketepikan.

Dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi, tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masukkan rempah empat sekawan dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan pula pes masak merah dan kacau. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi.

Kemudian masukkan buah tomato, sos tiram, sedikit air, gula perang dan garam. Akhir sekali, masukkan ayam dan biarkan masak dalam 10 minit. Gaul dan hidang.

Hiris daun ketumbar dan tabur atas ayam.

Sunday, 10 July 2016

Ayam Masak Kurma
Ayam Masak Kurma
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 sb serbuk rempah kurma
2 biji kentang
1/2 biji kelapa
minyak untuk menumis

Ayam dipotong-potong. Basuh dan toskan.

Bancuh rempah kurma dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.

Bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit air. Kalau tak nak kisar, hiriskan saja. Hiris halia dan ketepikan juga.

Kelapa parut diperah untuk mendapatkan 11/2 cawan santan pekat dan 4-5 cawan santan cair.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar, halia, pes kurma, serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Masukkan sedikit air jika kering supaya tak hangus.

Masukkan ayam dan kacau. Masuk pati santan sedikit-sedikit dan biar merenih. Kecilkan api dan biar ayam masak dalam 30 minit. Perasakan dengan garam.

Masukkan kentang jika suka. Biarkan kentang empuk. Biar dalam 15 minit dan kemudian masukkan pula santan pekat. Biar renih dalam 10-15 minit.

Angkat dan hidang.
Kobis Cina Goreng Fishball
Kobis Cina Goreng Fishball

4 helai kobis Cina
2" lobak merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 biji fishball goreng
3 biji isi kuku ketam
sedikit air
sedikit garam
sedikitgula perang
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris. Ketepikan.

Kobis Cina dipotong kecil dan lobak merah dipotong batang mancis. Ketepikan.

Fishball dan isi kuku ketam dipotong 3. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah dan batang kobis Cina. Kacau sekejap. Kemudian masukkan daun kobis Cina bersama fishball dan isi kuku ketam. Gaul rata.

Jika kering, masukkan sedikit air dan kacau. Perasakan dengan garam dan sedikit gula perang. Akhir sekali, masukkan cili merah. Gaul, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, 30 June 2016

Cencalok
Cencalok
1/2 botol cencalok
1/4 cawan air
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi

Didihkan air didalam periuk kecil. Kalau nak cair lagi, lebihkan air. Bila mendidih, masukkan cencalok. Kacau. Guna api kecil.

Limau kasturi dibelah dua. Perah kedalam periuk berisi cencalok. Masukkan kulitnya sekali dan kacau.

Hiris bawang besar dan cili merah. Letak dalam mangkuk. Ketepikan. Kemudian tuang cencalok kedalam mangkuk berisi bawang dan cili merah. Kacau dan hidang.

Monday, 27 June 2016

Masak Lemak Taugeh
Masak Lemak Taugeh
2 cawan taugeh
2 keping tauhu
2 batang daun kucai
2 cawan air
2 peket santan kelapa
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Tauhu dipotong dua dan hiris nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Didihkan air dalam periuk. Masukkan santan dan sedikit garam. Guna api kecil. Kacau dan biar santan panas tapi jangan sampai mendidih dan santan pecah.

Masukkan taugeh, tauhu dan kucai. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tak pecah. Bila taugeh masak, angkat dan hidang.
Rendang Ayam Ringkas
Rendang Ayam Ringkas
1 ekor ayam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
2" lengkuas
2 helai daun kunyit
1 paket rempah rendang Adabi
1-2 cili boh
1 biji kelapa parut
1 keping asam
1 sb kerisik
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih, halia dan 1 batang serai dikisar dengan sedikit air. Satu batang serai lagi dititik.

Lengkuas diketuk-ketuk. Satu helai daun kunyit disimpul dan sehelai lagi dihiris-hiris.

Bancuh rempah rendang dengan sedikit air supaya menjadi pes.

Kelapa diperah untuk mendapatkan 21/2 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dengan lengkuas dan serai hingga wangi. Masuk pes rempah rendang dan kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau. Jika kering, masuk sedikit air.

Masuk santan cair dan kacau. Masukkan juga garam, asam keping, daun kunyit dan kerisik. Kacau rata.

Bila kuah dah agak surut dan ayam hampir masak, masukkan santan pekat. Masukkan juga daun kunyit hiris. Gaul rata.

Sedia untuk dihidang.