Wednesday, 25 December 2019

Pasta Goreng Ringkas
Pasta Goreng Ringkas
1 mug pasta
2 keping isi ayam - potong kecil
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
2 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 sk perencah sup
1 tangkai daun ketumbar
1" lobak merah
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Masuk ayam dan goreng dalam 2-3 minit. Masukkan pula air dan biar mendidih. Kemudian masukkan pasta, stok pekat ayam, perencah sup, lobak merah dan garam. Tambah air jika perlu. Bila pasta dah menjadi al dente, masuk daun ketumbar, kemudian angkat dan hidang.
Kurma Daging
Kurma Daging
500g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai - titik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3-4 sb serbuk kurma daging
3/4 biji kelapa parut
1 biji kentang - potong enam
1 biji lobak merah
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama sedikit air. Ketepikan. Kemudian bancuh serbuk kurma dengan sedikit air. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masuk rempah empat sekawan dan tumis lagi. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kurma dan kacau. Jika kering, masuk sedikit air.

Masukkan daging, kentang dan sedikit air. Tutup periuk, kecilkan api dan biar hingga daging dan kentang hampir empuk. Masuk lobak merah. Akhir sekali, masukkan santan dan garam. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian bolehlah dihidangkan.
Tempe Tumis Bersama Udang
Tempe Tumis Bersama Udang
1 paket tempe - hiris
15 ekor udang
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi - hiris
1 sk sos tiram
2 sb kicap manis pedas
sedikit air
1 tangkai daun ketumbar - hiris
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Panaskan baki minyak dalam 2 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan goreng hingga udang bertukar warna. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis pedas dan sedikit air. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan tempe tadi dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.
Sayur Campur Goreng Cili Thai
Sayur Campur Goreng Cili Thai
3 floret bunga kobis
3" lobak merah
6 batang kacang buncis
2 helai kobis panjang
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb pes cili Thai
1 biji telur - pukul
1/2 sk garam
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk bunga kobis, lobak merah dan kacang buncis. Goreng sekejap dan kemudian masukkan kobis panjang, sedikit air dan pes cili Thai. Ketepikan sayur dan tuang telur. kacau sikit-sikit dan bila telur keras sedikit, gaulkan bersama sayur-sayur. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidang.

Friday, 20 December 2019

Jus Buah Naga dan Lobak Merah
Jus Buah Naga dan Lobak Merah
1/2 biji buah naga putih
1/2 biji buah naga merah
1 batang lobak merah saiz kecil
4-5 sb yogurt asli
150ml air
2sk gula

Potong buah naga dan lobak merah kecil-kecil. Masuk ke dalam blender. Masukkan juga bahan-bahan lain. Kisar dan tuang jus ke dalam gelas. Sedia untuk dihidang.
Nasi Goreng Yangzhou
Nasi Goreng Yangzhou
1 mangkuk nasi
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan sayur campuran beku
1 batang daun bawang - hiris
1 biji telur - pukul
10 ekor udang
1 batang sosej - hiris
2 sb sos soya cair
1 sk minyak bijan
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Potong udang dalam 2-3 bahagian dan perap dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk udang dan goreng sekejap. Masukkan pula sosej dan sambung menggoreng. Ketepikan udang dan sosej dan tuang telur. Kacau-kacau dan bila telur dah separuh masak, gaul sekali udang dan sosej tadi.

Kemudian masukkan nasi, sayur campuran beku dan daun bawang. Gaul rata. Masuk sos soya cair, minyak bijan dan garam. Gaul sekali lagi dan hidang.
Ayam Masak Bijan
Ayam Masak Bijan
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
8 paket sos cili
6 paket sos tomato
1 sb bijan putih
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk sos cili, sos tomato dan air. Kacau hingga semua bahan-bahan sebati. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tabur bijan putih semasa menghidang.