Tuesday, 16 January 2018

Itik Masak Lada
Itik Masak Lada

500g daging itik
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 biji cili merah
3 biji cili padi
1 sk sos tiram
1/2 sk serbuk kunyit
1-2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis
Hirisan bawang besar, cili merah dan halia

Rebus daging itik dengan air bersama sedikit garam dan halia. Bila itik hampir empuk, keluarkan itik dan ketepikan.


Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, cili merah dan cili padi yang telah dikisar. Bila wangi, masukkan daging itik tadi. Gaul rata. Masuk sedikit air dan biar itik masak lagi. Masukkan pula sos tiram, garam dan serbuk kunyit. Bila itik dah masak, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan halia. Gaul rata dan hidang.

No comments:

Post a Comment