Bendi Goreng Telur (1)
Bendi Goreng Telur (1)
10 biji bendi
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menumis
Basuh bendi dan hiris menyerong. Ketepikan. Tak perlu basuh lagi nanti berlendir.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Bila wangi, masuk bendi, serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga bendi lembut. Di dalam mangkuk lain, pecahkan sebiji telur dan pukul. Masukkan telur ke dalam kuali dan kacau. Kacau rata dan hidang.
No comments:
Post a Comment