Monday, 26 March 2018

Pucuk Betik Masak Lemak
Pucuk Betik Masak Lemak
1/2 ikat pucuk betik
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit ajinomoto

Didihkan air. Rebus pucuk betik sekejap untuk menghilangkan rasa pahit. Kemudian angkat dan toskan.

Masuk santan, serbuk lada hitam dan bawang ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih.

Bila mendidih, masuk pucuk betik, serbuk kunyit, garam, ajinomoto, cili merah dan daun kunyit. Kacau rata, kemudian angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment