Kari Dal Ayam
Kari Dal Ayam
3 keping isi ayam - potong kecil
1/4 cawan kacang dal
2 floret bunga kobis
2" lobak merah
3" terung
1/4 biji keledek merah
1 biji bawang besar
2 sk pes halia bawang putih
1 sk biji sawi
2 sb serbuk rempah sambar
1 cawan air
1/2 sk stok pekat ayam
sedikit garam
minyak
Rendam kacang dal semalaman. Kemudian bilas dan rebus sehingga lembut.
Panaskan minyak dan tumis pes halia bawang putih dan biji sawi sehingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga ayam berubah warna. Masuk sedikit air dan kacang dal. Gaul rata dan masukkan baki air. Bila air mendidih, masukkan sayur-sayur, keledek merah, rempah sambar, stok pekat ayam dan garam. Kecilkan api dan biar kari merenih. Bila semua sayur-sayur dah masak, bolehlah angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment