Sunday, 10 November 2019

Ayam Goreng Timun Hot n Spicy
Ayam Goreng Timun Hot n Spicy
5 keping isi ayam
1 biji timun - hiris
1 sb pes halia bawang putih
1 biji cili merah - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb soya sos cair
1/2 sk pes cili Thai
1/2 sk minyak bijan
1/2 sk garam
minyak

Potong ayam kecil-kecil dan perap dengan 1 sb soya sos cair. Ketepikan.

Campur sos tomato, sos cili, baki soya sos cair, pes cili Thai dan minyak bijan. Ketepikan.

Panaskan kuali dan tumis pes halia bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Bila ayam separuh masak, masukkan timun dan cili merah. Goreng hingga ayam masak. Kemudian masukkan bancuhan sos, garam dan daun ketumbar. Goreng dalam 1-2 minit, kemudian angkat dan hidang.
Omelet Lobak Merah
Omelet Lobak Merah
3 biji telur
3" lobak merah - diparut
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lobak merah dan garam. Goreng hingga lobak separuh masak. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api dan biar bahagian bawah masak. Kemudian terbalikkan dan biar bahagian satu lagi masak. Bolehlah angkat dan hidang.
Bayam Hiris Goreng Belacan
Bayam Hiris Goreng Belacan
1 paket bayam
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
2 sb serbuk belacan
1 sb sos ikan
sedikit air
sedikit garam
minyak

Hiris bayam halus-halus. Kemudian cincang bawang merah, bawang putih dan cili padi.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi bersama serbuk belacan hingga naik bau. Masukkan bayam dan goreng. Jika kering, tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dan sos ikan. Kemudian angkat dan hidang.

Friday, 1 November 2019

Jus Epal Oren
Jus Epal Oren
1 biji oren
1 biji epal
250ml air
1 sk gula

Potong oren dan epal kecil-kecil. Masuk kedalam blender bersama air dan gula. Kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Nasi Goreng Kimchi
Nasi Goreng Kimchi
1 mangkuk nasi
100g kimchi
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi - hiris
1 biji telur - pukul
2 batang sosej - hiris
1 sk stok pekat ayam
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi. Masuk sosej dan goreng hingga masak. Tuang telur dan kacau hingga telur separuh masak. Masukkan nasi, kimchi, stok pekat ayam dan garam. Gaul rata dan hidang.
Ayam Stim
Ayam Stim
7 ketul ayam
2" halia - hiris halus
1 tangkai daun ketumbar - hiris
5 biji kurma merah
2 sb soya sos cair
1 sk minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
cendawan - jika ada
goji berry - jika ada

Sediakan pengukus.

Susun ayam di dalam pinggan. Letak halia, sedikit daun ketumbar, soya sos cair, minyak bijan, garam, serbuk lada sulah dan sedikit air. Bila air dalam pengukus dah mendidih, masuk ayam ke dalam pengukus dan stim selama 20-30 minit. Tabur sedikit lagi daun ketumbar semasa menghidang.
Ma Po Tofu
Ma Po Tofu
2 keping tauhu - potong enam
1/2 keping daging kisar Ramly
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 sk lada Sichuan - kisar
3 sk sos kacang hitam
3 sk sos toban djan
1/4 cawan air
1/2 kiub pati daging
1 tangkai daun bawang - hiris
sedikit gula
sedikit bancuhan tepung jagung + air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga masak. Masukkan pula lada Sichuan, sos kacang hitam dan toban djan dan kacau rata. Tambah sedikit air, masukkan gula dan juga kiub pati daging. Biar beberapa minit, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tauhu, balik-balikkan sikit dan biar hingga tauhu masak. Tabur dengan hirisan daun bawang semasa menghidang.