Saturday, 27 April 2019

Pasta Tuna
Pasta Tuna
1 mug pasta
1 tin tuna dalam minyak zaitun
5 biji bawang putih
7 biji tomato ceri
3 tangkai daun parsli
1 batang daun bawang
2 paket chilli flakes
1/2 kiub pati ikan bilis
jus dari 1 biji limau kasturi
1/2 cawan air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Rebus pasta dalam air bercampur garam hingga kenyal. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan tuna dan gaul tapi jangan sampai tuna hancur. Kemudian masukkan pasta, hirisan daun bawang, chilli flakes, garam dan pati ikan bilis. Masuk air rebusan pasta jika kering. Akhir sekali, masukkan jus limau kasturi, daun parsli dan tomato ceri. Gaul rata, angkat dan hidang.
Salad Greek

Salad Greek
1 paket salad campuran
7 biji tomato ceri Roma - belah dua
1/2 biji lada benggala kuning - potong dadu
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu
7 biji buah zaitun hitam - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
1/4 biji timun - hiris
1/4 biji lobak merah - potong batang mancis
sedikit keju feta
1 biji buah lemon - jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak zaitun

Di dalam mangkuk besar, masukkan salad campuran, tomato ceri, lada benggala merah dan kuning, buah zaitun, bawang merah, timun dan lobak merah. Kemudian masukkan jus lemon, garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun. Gaul perlahan-perlahan. Pecah-pecahkan keju feta dan tabur atas salad. Hidang.
Ayam dan Cendawan Berkrim
Ayam dan Cendawan Berkrim
4 keping isi ayam
5 biji cendawan - hiris
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai daun parsli - hiris
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim
1/2 sb stok pekat ayam
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
minyak

Gaul isi ayam dengan garam dan lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk cendawan dan goreng hingga lembut. Kemudian masukkan susu segar, krim, stok pekat ayam, garam dan ayam tadi. Gaul rata, biar 2-3 minit atau hingga ayam betul-betul masak. Tabur daun parsli, gaul rata, angkat dan hidang.

Monday, 22 April 2019

Nasi Masak Udang Kering
Nasi Masak Udang Kering
11/2 cawan beras
3 keping isi ayam - potong
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
5 keping endawan kering - rendam
2 sb udang kering
1 keping ikan masin - potong
3 sb soya sos cair
1 sb sos tiram
1 batang daun bawang - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk ayam, udang kering dan cendawan yang telah dihiris. Masuk ke dalam beras. Masuk juga soya sos cair, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah. Tuang ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

Bila nasi masak, masukkan ikan masin tadi dan tabur daun bawang semasa menghidang.
Kacang Panjang Goreng Bersama Buah Berangan
Kacang Panjang Goreng Bersama Buah Berangan

8 batang kacang panjang
5 biji buah berangan
5 ulas bawang putih - cincang
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
minyak

Potong kacang panjang dalam 2" panjang dan hiris buah berangan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk kacang panjang dan buah berangan. Goreng hingga kedua-dua sayur masak. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Telur Dadar dengan Kentang

Telur Dadar dengan Kentang
2 biji telur - pukul
2 biji kentang - hiris batang mancis
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sk garam masala
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Masukkan bawang-bawang dan cili hijau. Goreng hingga wangi.

Masukkan pula rempah-rempah dan garam. Gaul rata. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api dan tutup periuk 2-3 minit. Terbalikkan telur dan biar dalam 2 minit lagi atau hingga bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang.

Tuesday, 16 April 2019

Pasta Salmon Bersama Krim dan Dill
Pasta Salmon Bersama Krim dan Dill

200g pasta
1 batang leek - hiris
1 tin salmon dalam minyak zaitun
5 biji cendawan butang - potong kecil
2 paket chilli flakes
11/2 sk 'whole grain mustard'
1 kiub pati ikan bilis
1/2 cawan krim
1/4 cawan susu segar
3 tangkai dill
1/2 sk garam

Panaskan kuali tanpa minyak. Bila kuali dah panas, masukkan salmon dengan minyaknya sekali. Kemudian masukkan leek dan cendawan. Goreng. Bila sayur-sayur dah lembut, masukkan pula pasta, chilli flakes, mustard, kiub pati ikan bilis, garam, krim dan susu segar. Gaul rata. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan dill. Gaul sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.