Monday, 2 January 2017

Sup Ayam Dong Quai
Sup Ayam Dong Quai
2 ketul drumstik ayam
1000 ml air
3 keping dong quai
8 biji kurma merah
10 biji buah teratai
1 sk kee chi

Rendam biji teratai dalam 30 minit. Belah dua dan bersihkan bahagian dalamnya.

Didihkan bahan-bahan di atas kecuali biji teratai. Selepas 35 minit, masukkan biji teratai dan biar merenih dalam 15 minit lagi. Hidang.
Sayur Campur
Sayur Campur
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 floret brokoli
2" lobak merah
1/2 batang seleri
sedikit daging
1 sk sos tiram
sedikit garam
1/2 sb tepung jagung
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi.

Masukkan lobak merah, seleri dan kacau. Masukkan pula brokoli dan sedikit air supaya tidak kering. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam sayur tadi bersama sedikit garam dan sos tiram. Kacau rata dan hidang.

Thursday, 29 December 2016

Udang Goreng Kunyit
Udang Goreng Kunyit
15 ekor udang saiz kecil
1 sb serbuk kunyit
1/2 sk garam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
minyak untuk menumis

Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Gaul rata hingga bawang layu. Hidang.

Tuesday, 27 December 2016

Bubur Gandum
Bubur Gandum

150g biji gandum
1 helai daun pandan
2 sk gula putih
2 ketul kecil gula melaka
1/2 biji kelapa


Rebus biji gandum bersama daun pandan di dalam santan cair sehingga lembut. Bila biji gandum lembut, masukkan santan pekat, gula putih dan gula melaka dan kacau sehingga gula larut. Pastikan api kecil supaya santan tidak pecah. Hidang.
Stew Daging
Stew Daging
200g daging
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
500 ml air
1/2 batang lobak merah
1 batang seleri
1 biji kentang
1/2 sb tomato puri
1 bay leaf
1/2 kiub daging
sedikit garam

Hiris bawang besar dan bawang putih. Lobak merah, seleri dan kentang dipotong mengikut kesukaan sendiri.

Rebus daging dengan hirisan bawang dan daun bay. Bila daging lembut, masukkan lobak merah, seleri, kentang, kiub daging dan tomato puri. Perasakan dengan sedikit garam.

Hidangkan bersama roti perancis.

Sunday, 4 December 2016

Nasi Goreng Telur Masin
Nasi Goreng Telur Masin
11/2 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
11/2 keping isi ayam
3 batang kacang panjang
1 biji telur masin
1 sb sos ikan
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi dengan sedikit air. Kacang panjang dipotong kecil-kecil. Telur masin direbus dan dihancurkan bahagian putihnya sahaja. Kalau nak gunakan kuningnya sekali pun boleh juga. Isi ayam juga dipotong kecil-kecil.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan kacang panjang dan kacau lagi. Masukkan pula nasi, telur masin, garam dan sos ikan. Gaul rata dalam 5 minit. Hidang.
Telur Hancur Berkari
Telur Hancur Berkari
2 biji telur
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sb serbuk rempah kari
sedikit garam
minyak untuk menumis

Pecahkan telur dalam bekas. Pukul dan ketepikan. Kemudian bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan ketepikan juga.

Hiris bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau. Masukkan pula telur, garam dan kacau telur sehingga hancur. Hidang.