Friday, 3 August 2018

Salad Kentang Dengan Cendawan dan Sosej
Salad Kentang Dengan Cendawan dan Sosej

4 biji kentang
2 batang sosej
1 biji bawang merah
3 sb yoghurt
2 sb mayonis
11/2 sk mustard
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1 tangkai daun ketumbar

Rebus kentang bersama sedikit garam. Bila kentang empuk, angkat dan biar sejuk. Potong dan masukkan kedalam mangkuk bersama sosej goreng, bawang merah hiris, serbuk lada hitam dan garam.

Campurkan yoghurt, mayonis dan mustard. Kacau. Masuk ke dalam campuran kentang dan kacau. Tabur daun ketumbar. Kacau sekali lagi dan hidang.

Saturday, 28 July 2018

Sup Sayur Dengan Ayam
Sup Sayur Dengan Ayam
4 keping isi ayam
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
1" lobak merah
1/4 biji labu siam
5 keping cendawan Shitake
2 helai kobis panjang
1 sb Maggi stok pekat ayam
2 cawan air
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis

Potong ayam kecil-kecil dan perap dengan sedikit lada sulah. Ketepikan.

Rendam cendawan Shitake dan bila lembut potong dalam 2-3 hiris.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia yang telah dihiris. Masukkan ayam dan gaul. Masukkan pula air dan biar mendidih.

Bila mendidih, masukkan lobak merah, labu siam dan akhir sekali masukkan kobis panjang dan cendawan. Perasakan dengan garam dan stok ayam. Hidang.
Zucchini Goreng
Zucchini Goreng
3" zucchini hijau
3" zucchini kuning
1 biji tomato
1 batang seleri
2 tangkai daun thyme
1/4 biji bawang besar
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar hingga wangi. Masukkan zucchini hijau dan kuning. Kacau sekejap dan masukkan pula seleri, tomato, daun thyme dan garam. Gaul rata dan hidang.
Kari Daging Kisar
Kari Daging Kisar
1 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
rempah empat sekawan
3 sb serbuk kari
1 tangkai daun kari
2-3 cawan air
1 biji kentang
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, serai dan rempah empat sekawan hingga wangi. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masuk ke dalam kuali. Kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang, daun kari, sedikit air dan kentang yang dipotong enam. Biar hingga daging dan kentang masak. Perasakan dengan garam dan tambah air jika perlu. Hidang.

Sunday, 22 July 2018

Sup Ayam Dengan Sayur Asin
Sup Ayam Dengan Sayur Asin
6 ketul ayam
2 ulas bawang putih
1" halia
2-3 helai sayur asin
1 biji tomato
1 keping tauhu
4 keping cendawan tiram
4 cawan air
sedikit garam

Rebus ayam dengan air dan sedikit garam. Buang sisa-sisa kotor yang terapung di atas air rebusan. Masuk bawang putih dan halia yang telah dihiris. Biar hingga ayam hampir masak.

Kemudian masukkan sayur asin, tauhu dan cendawan tiram. Akhir sekali, masukkan tomato dan sedikit garam. kacau dan hidang.
Asparagus Goreng Udang dan Lobak Merah
Asparagus Goreng Udang dan Lobak Merah

10 batang asparagus
10 ekor udang
2" lobak merah
1/2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis

Perap udang dengan sedikit garam dan lada sulah.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk udang dan kacau. Kemudian masukkan asparagus, lobak merah dan sedikit garam. Gaul rata dan hidang.
Masak Lemak Daging Tetel
Masak Lemak Daging Tetel
500g daging tetel
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa
1 helai daun kunyit
1 batang rebung
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit ajinomoto

Ikan bilis boleh dikisar atau dibiarkan begitu sahaja. Rebus daging tetel hingga empuk. Ketepikan.

Masuk santan, ikan bilis, serbuk lada hitam dan bawang ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih.

Bila mendidih, masuk daging tetel, rebung, serbuk kunyit, garam, ajinomoto, cili merah dan daun kunyit. Bila rebung masak, angkat dan hidang.