Tuesday, 13 November 2018

Kailan Goreng Ikan Masin
Kailan Goreng Ikan Masin
1 paket kailan muda
5 ulas bawang putih
5 ketul ikan kurau masin
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kailan, garam, cili merah (jika suka) dan ikan masin tadi. Goreng hingga kailan lembut. Angkat dan hidang.

Thursday, 8 November 2018

Sup Kue Teow
Sup Kue Teow
1 paket kue teow
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 ketul drumstick ayam
4 cawan air atau secukupnya
1 keping fishcake
4 biji lobsterball
2" lobak merah
1 sk stok pekat ayam
1 tangkai daun ketumbar
1 batang daun bawang
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
1 biji cili merah + sedikit kicap masin

Rebus ayam dengan bawang besar, bawang putih, halia, garam dan serbuk lada sulah. Bila ayam empuk, keluar dan sejukkan. Kemudian carik-carikkan isinya. Ketepikan. Tapis stok pekat ayam dan didihkan semula.

Selepas stok ayam mendidih, masukkan lobak merah, fishcake, lobsterball, sedikit daun ketumbar, stok pekat ayam dan garam. Bila bahan-bahan dah masak, angkat dan ketepikan.

Celur kue teow dan hidangkan bersama ayam dan sup tadi dan juga hirisan cili merah dan kicap masin. Tabur daun ketumbar dan daun bawang semasa menghidang.
Sotong Masak Cuka (1)
Sotong Masak Cuka (1)
2 ekor sotong rendam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
3 biji cili padi
2 batang serai
1/2 cawan air
2 sb sos ikan
2 sb cuka beras
1 sk serbuk kunyit
1 batang daun ketumbar
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong dalam 3-4 minit untuk keluarkan airnya. Kemudian angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan serai. Masuk sotong tadi, sedikit air, sos ikan, cuka beras, cili padi dan garam. Biar hingga sotong masak, kemudian angkat dan hidang. Tabur hirisan daun ketumbar.
Telur Hancur Bersama Kentang dan Tomato
Telur Hancur Bersama Kentang dan Tomato
3 biji telur - pukul
1 biji kentang - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang daun bawang - hiris menyerong
1/2 sk serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Masuk bawang-bawang dan tomato dan kacau hingga tomato lembut. Kemudian masukkan daun bawang, garam, serbuk lada hitam dan serbuk perasa. Akhir sekali, tuang telur dan gaul. Goreng telur hingga hancur. Angkat dan hidang.

Friday, 2 November 2018

Roti Gulung Sosej
Roti Gulung Sosej
3 keping roti
3 batang sosej
1 biji telur + garam
6 sb serbuk roti + garam
minyak untuk menggoreng

Rebus sosej, kemudian angkat dan toskan. Ambil roti dan leperkan supaya mudah gulung. Kemudian gulung sosej dengan roti. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam. Golekkan roti tadi dengan serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.
Ayam Goreng Kunyit Berkicap
Ayam Goreng Kunyit Berkicap
3 keping isi ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 biji cili merah
1/2 biji lada benggala hijau
3 kuntum bunga kobis
1 sb serbuk kunyit
1 sb kicap pekat
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga ayam hampir masak. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kicap pekat, sedikit air, garam, cili merah dan lada benggala hijau bersama bunga kobis. Kacau hingga ayam dan sayur-sayuran masak. Hidang.
Sayur Campur Sedap
Sayur Campur Sedap
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2" lobak merah - hiris
3 floret brokoli - potong kecil
5 keping snowpeas
5 ketul asparagus dalam tin - hiris
3 keping cendawan Shitake
1/2 sk tepung jagung + sedikit air
1 sb sos tiram
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lobak merah, snowpeas, brokoli, cendawan Shitake dan goreng. Kemudian masukkan sos tiram, bancuhan tepung jagung, garam dan asparagus. Masuk asparagus akhir sekali sebab asparagus dalam tin ni terlalu lembut. Gaul rata dan hidang.