Thursday, 22 November 2018

Nasi Goreng Ikan Bilis
Nasi Goreng Ikan Bilis
3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili padi
segenggam ikan bilis
1-11/2 sk serbuk Nasi Goreng Ikan Bilis
2 helai kobis - hiris
1 batang daun bawang - hiris
1 biji telur - pukul
garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng telur hingga hancur. Angkat dan ketepikan. Kemudian panaskan minyak lagi dan goreng separuh ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan juga.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan separuh ikan bilis dengan sedikit air. Panaskan kuali tanpa minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga air kering. Bila air kering, masukkan minyak dan tumis hingga wangi.

Kemudian masukkan nasi, kobis, serbuk Nasi Goreng dan garam. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan ikan bilis, telur dan daun bawang. Gaul sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.
Gnocchi Goreng Bersama Sosej
Gnocchi Goreng Bersama Sosej
15 biji gnocchi
2 batang sosej
1/2 biji bawang besar - hiris
1 paket chilli flakes
sedikit garam
minyak

Didihkan air dan rebus gnocchi. Bila gnocchi timbul, angkat dan toskan.

Potong sosej dalam 1" panjang. Panaskan minyak dan goreng sosej. Masuk gnocchi dan goreng bersama sosej tadi. Kemudian masukkan bawang, garam dan chilli flakes. Gaul rata dan hidang.

Sunday, 18 November 2018

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah
1 paket (450g) mee kuning
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
140g daging
1 keping fishball - hiris
6 biji fishball - belah dua
1 biji tomato - potong enam
1 biji telur - pukul
1 sb cili boh
3 paket sos tomato
3 paket sos cili
1 sb sos soya pekat
1/2 sb sos tiram
11/2 - 2 cawan air
1 batang daun bawang - hiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk perasa
minyak

Perap daging dengan garam dan serbuk lada sulah.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging dan goreng selama 5-10 minit. Kemudian masuk cili boh, fishball, fishcake dan sedikit air jika kering. Goreng lagi.

Masuk air, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos soya pekat, buah tomato, garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Kemudian masukkan mee dan daun bawang. Gaul lagi. Ketepikan mee dalam kuali dan tuang telur. Gaul rata dengan mee. Kalau kering tambah sedikit air. Hidang.
Kari Kentang Kering
Kari Kentang Kering
3 biji kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sk biji sawi
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk cili
1 sk serbuk paprika
1 sk garam masala
sedikit daun bawang dan daun ketumbar
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis biji sawi. Masuk bawang besar dan bawang putih. Bila bawang-bawang naik bau, masuk serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk paprika manis dan garam. Jika kering, masuk sedikit air. Kamudian masukkan kentang yang telah direbus dan juga garam masala, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.
Ayam Paprikash
Ayam Paprikash
7 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb serbuk paprika manis
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala hijau
1 biji tomato
1 sk stok pekat ayam
1 cawan air
100 ml susu
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang yang telah dihiris hingga wangi. Masuk serbuk paprika dan kacau. Masuk ayam dan sedikit air. Kemudian masuk lada benggala hijau dan merah dan juga sedikit garam, stok pekat ayam dan tomato. Biar hingga ayam masak. Hidang.

Tuesday, 13 November 2018

Nasi Goreng Cina (1)
Nasi Goreng Cina (1)
2 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih
150g daging
1/2 cawan sayur campuran beku
1 sb serbuk perencah Nasi Goreng Cina Seri Aji
1 biji telur
2 sb sos ikan
1 sb minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Pecahkan telur dan campur sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng telur ala scramble. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging yang telah diperap dengan garam dan serbuk lada sulah. Bila air daging kering, masukkan minyak. Gaul daging dan masukkan pula bawang putih.

Bila bawang putih wangi, masukkan sayur campuran beku dan kacau. Masukkan nasi, telur tadi, perencah nasi goreng, minyak bijan, garam dan sos ikan. Gaul rata dan hidang.

(Boleh gantikan daging dengan udang atau sosej jika suka)
Ayam Goreng Rempah Kari
Ayam Goreng Rempah Kari
7 ketul ayam
2 sk serbuk kari daging
1/2 sk serbuk kunyit
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
garam
minyak untuk menggoreng

Perap ayam dengan serbuk kari daging, serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, goreng cili merah dan bawang besar yang telah dihiris. Tabur atas ayam semasa menghidang.