Monday, 25 March 2019

Daging Goreng Dengan Leek
Daging Goreng Dengan Leek
200g daging - hiris
1 batang leek - hiris
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sb sos tiram
1/2 cawan air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga lembut. Jika kering masukkan sedikit air. Bila daging dah lembut, masukkan minyak dan bahan-bahan hiris. Gaul rata dan goreng hingga bawang-bawang dan halia layu. Masukkan pula leek, sos tiram, sedikit air, serbuk lada sulah dan garam.Gaul rata dan hidang.
Kangkung Goreng ala Kantonis
Kangkung Goreng ala Kantonis
1 ikat kangkung
1 ulas bawang putih - cincang
8 biji cili kering
2 keping 'fermented tofu'
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering, garam dan 'fermented tofu'. Pecah-pecahkan tauhu semasa menumis. Masukkan kangkung dan gaul rata. Bila sayur dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday, 19 March 2019

Sesame Oil Chicken
Sesame Oil Chicken
7 ketul ayam
2" halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb sos soya cair
2 sb sos tiram
1 sk sos soya pekat
1 biji kentang - potong empat
1 tangkai daun bawang
1 sk stok pekat ayam
1 cawan air
1/2 sk garam
1/2 cawan minyak bijan

Perap ayam dengan sos soya cair selama 30 minit. Ketepikan.

Panaskan minyak bijan. Tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan kacau. Kemudian masukkan air dan kentang, kecilkan api dan biarkan sehingga ayam lembut. Kacau sekali-sekala.

Masukkan pula sos tiram, sos soya pekat dan air jika perlu. Biar sehingga ayam dan kentang empuk. Akhir sekali, masuk garam, stok pekat ayam dan daun bawang. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Sup Bebola Daging Dengan Leek, Seleri dan Daun Bawang
Sup Bebola Daging Dengan Leek, Seleri dan Daun Bawang
6 biji bebola daging
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 batang leek
2 batang daun bawang
1 batang seleri
2 cawan air
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan leek, daun bawang, seleri, bebola daging, garam dan serbuk perasa. Biar dalam 3 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Tatsoi Goreng Sos Tiram
Tatsoi Goreng Sos Tiram
2 pokok tatsoi
3 ulas bawang putih - cincang
1 sk sos tiram
1/2 sk bijan putih
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk tatsoi dan goreng. Kemudian masuk sedikit air, sos tiram dan garam. Angkat dan hidang. Tabur sedikit bijan putih.

Saturday, 16 March 2019

Kari Ayam Bangladesh
Kari Ayam Bangladesh
550g ayam
2 biji bawang besar - cincang
2 sb pes halia & bawang putih
1 biji cili hijau - hiris
1 batang kulit kayu manis
6 biji cengkih
5 biji buah pelaga
6 biji lada hitam
2 sk serbuk kunyit
11/2 sb serbuk cili
11/2 sb serbuk jintan putih
11/2 sb serbuk ketumbar
1 tangkai daun kari
1 biji kentang - potong enam
3 sb yoghurt asli
2 sk bawang goreng
1 (30g) kotak kecil kismis
1 sk stok pekat ayam
4 cawan air
1 sk garam
minyak

Perap ayam dengan pes halia bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan 2 sb yoghurt asli.

Panaskan minyak dan tumis empat sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar dan cili hijau dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan pula ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika kering. Biar hingga ayam separuh masak.

Masukkan daun kari, air, kentang, stok pekat ayam, garam, bawang goreng, baki yoghurt dan kismis. Gaul rata dan biar hingga ayam masak. Bila ayam lembut, bolehlah angkat dan hidang.
Telur Hancur Goreng Lobak Masin

Telur Hancur Goreng Lobak Masin
 2 biji telur
segenggam jeruk lobak putih
2 biji bawang merah
1 biji cili kering
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan cili kering yang telah dihiris. Masukkan lobak putih dan goreng hingga lobak nampak kekuningan. Pecahkan telur, biar sekejap dan bila telur dah masak sikit, baru kacau perlahan-lahan sampai telur nampak berketul-ketul. Angkat dan hidang.