Monday, 6 July 2020

Emy's Butter Chicken
Emy's Butter Chicken
3 keping ayam
1 sb mentega
1 tin susu cair
2 keping keju
1 sb serbuk kari daging
1 biji telur
1 sb tepung gandum
2-3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Hiris ayam dan perap dengan serbuk kari, telur, tepung gandum, 1 tangkai daun kari, garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan mentega dan masukkan cili padi dan baki daun kari. Masukkan pula susu cair, ayam, garam, serbuk lada sulah dan keju. Kacau dan biar hingga ayam masak. Angkat dan hidang.
Pasta Carbonara Dengan Thyme
Pasta Carbonara Dengan Thyme
1 mug pasta penne wholewheat
1/2 keping daging kisar Ramly
1 tin sos carbonara Prego
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 sk herba thyme
2 sk chilli flakes
1 tangkai daun parsli
1 tin air rebusan pasta
1/2 kiub pati daging lembu
1/2 cawan sayur campuran beku
sedikit garam
minyak


Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan goreng hingga berubah warna. Masuk sos carbonara dan 1/2 tin air rebusan pasta. Kacau hingga sos sebati. Kemudian masukkan herba thyme, chilli flakes dan pati daging lembu. Kacau rata. Masukkan pula pasta dan baki air rebusan pasta. Kacau dan masak hingga pasta al dente. Akhir sekali, masukkan sayur campuran beku dan garam. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Labu Siam Goreng Sambal Tomato

Labu Siam Goreng Sambal Tomato
1/2 biji labu siam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato
1/2 sk serbuk lengkuas
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan tomato. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk labu, serbuk lengkuas, garam dan gula. Gaul rata dan goreng hingga sayur masak. Kemudian angkat dan hidang.

Wednesday, 1 July 2020

Jemput-jemput Pisang
Jemput-jemput Pisang
7 biji pisang berangan
tepung gandum secukupnya
1 sk serbuk penaik
3-4 sb gula pasir
minyak

Lecek pisang hingga hancur. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan gula. Kacau semua bahan-bahan sehingga rata. Ketepikan dalam 30 minit. Kemudian panaskan minyak, bulat-bulatkan adunan dan goreng hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.
Nasi Goreng Belacan (2)
Nasi Goreng Belacan (2)
1 mangkuk nasi
100g daging - hiris
2 batang sosej - hiris
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi merah
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sb kicap lemak manis
1 sb serbuk belacan
1 biji telur - pukul
6 batang kacang buncis - hiris
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masuk daging dan sosej dan goreng hingga daging empuk. Ketepikan bahan-bahan dan tuang telur. Goreng hingga hampir masak dan gaulkan semula semua bahan-bahan menumis tadi. Masukkan nasi, kacang buncis, kicap cair, serbuk belacan dan garam. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Angkat dan hidang.
Tauhu dan Cendawan Goreng Pes Cili Thai
Tauhu dan Cendawan Goreng Pes Cili Thai
1 keping tauhu - potong enam
1 bungkus cendawan Shimeiji
1 batang leek - hiris menyerong
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2" halia - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 sk pes cili Thai
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk pes cili Thai dan sedikit air. Sambung menumis hingga semua bahan-bahan sebati. Masukkan tauhu dan balik-balikkan sekejap. Akhir sekali, masukkan garam, cendawan, leek dan cili merah. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.
Ayam Sos Soya Bersama Cendawan Hitam
Ayam Sos Soya Bersama Cendawan Hitam

5 keping isi ayam
3 ulas bawang putih - hiris halus
1/2" halia - hiris halus
2 keping cendawan hitam (black fungus)
1 batang daun bawang - potong
3 sb sos soya cair
1 sk sos ikan
1/2 cawan air
minyak

Perap ayam dengan 1 sb sos tiram. Ketepikan.

Rendam cendawan hitam selama 20 minit. Rebus dalam 10 minit supaya habuk-habuk kotor keluar. Tos dan sejukkan sebelum basuh. Kemudian koyak-koyakkan cendawan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk ayam dan goreng separuh masak. Masuk sos soya cair, sos ikan, daun bawang, air dan garam (sekiranya tak cukup masin). Gaul rata dan hidang.