Wednesday 1 July 2020

Ayam Sos Soya Bersama Cendawan Hitam
Ayam Sos Soya Bersama Cendawan Hitam

5 keping isi ayam
3 ulas bawang putih - hiris halus
1/2" halia - hiris halus
2 keping cendawan hitam (black fungus)
1 batang daun bawang - potong
3 sb sos soya cair
1 sk sos ikan
1/2 cawan air
minyak

Perap ayam dengan 1 sb sos tiram. Ketepikan.

Rendam cendawan hitam selama 20 minit. Rebus dalam 10 minit supaya habuk-habuk kotor keluar. Tos dan sejukkan sebelum basuh. Kemudian koyak-koyakkan cendawan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk ayam dan goreng separuh masak. Masuk sos soya cair, sos ikan, daun bawang, air dan garam (sekiranya tak cukup masin). Gaul rata dan hidang.

No comments:

Post a Comment