Tuesday, 18 May 2021

 Kuih Bakar

Kuih Bakar

3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan - blender 10 helai
2 cawan gula
3 sb butter - cairkan
2 kotak santan - campu air jadikan 3 cawan
1 sk garam halus
3 biji telur
1 sk air kapur
bijan - untuk tabur

1. Campurkan semua bahan dan tapis...sapu minyak pada acuan dan panaskan oven.
2. Tuang adunan ke dalam acuan dan tabur bijan.
3. Bakar 180℃ selama 50 minit.

Kredit: kakjumaa

 Grilled Fish with Potatoes and Salad

Grilled Fish with Potatoes and Salad
Ikan:
2 keping ikan dori - potong kecil
1 sb Moroccan seasoning
4-5 sb chilli oil
1/2 sk garam

Gaul ikan dengan bahan-bahan di atas. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kentang:
2 biji kentang - potong kiub
1 sk serbuk cili
1/2 sk garam
3-4 sk minyak

Gaul kentang dengan serbuk cili, garam dan minyak. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill kentang hingga garing.

Salad:
1 mangkuk salad campuran
tomato
hirisan bawang merah
jus lemon
gula
garam
serbuk lada hitam
minyak zaitun - jika suka

Campur jus lemon dengan gula. Kacau hingga gula larut. Tuang dalam mangkuk berisi salad. Gaul. Perasa dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Jika suka, tuang sedikit minyak zaitun.

Hidang ikan bersama kentang dan salad.

 Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging
350g nasi
200g daging - hiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
2 biji telur - pukul
3 keping daun salad Romaine - hiris halus
1 sk serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga hampir empuk. Masuk bahan-bahan kisar dan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan nasi. Gaul hingga betul-betul rata. Ketepikan nasi dan tuang telur. Kacau hingga telur tiga suku masak. Gaul nasi dengan telur. Masukkan pula daun salad dan gaul sekali lagi. Jangan terlalu lama nanti salad layu. Angkat dan hidang.

Thursday, 13 May 2021

 Happy Eid Mubarak

Warm wishes to you and your family on Eid ul Fitr.

Wednesday, 12 May 2021

 Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim

Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim

Bahan puding roti:
10 keping roti gardenia (potong empat segi)
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sk esen vanilla 
5 sb gula
Buah campur kering rendam dalam air panas sekejap - optional

1. Blend semua bahan kecuali roti.
2. Sapu butter setiap keping dan loyang.
3. Susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi semua merresap.
4. Taburkan buah2 kering tadi.
5. Kukus 30 minit.

Sos kastard:
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sb tepung kastard
4½ sb gula

1. Campur tepung kastard dalam air, kacau rata.
2. Kemudian campur semua bahan masak atas api perlahan. Kacau2 sampai agak sedikit pekat. Siap!

Kredit: Nurul Shafira

Nasi Cendawan
Nasi Cendawan
150g beras - basuh dan toskan
130g isi ayam - potong kecil
50g cendawan shiitake segar - hiris kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 helai daun pandan
1/2 sk serbuk kunyit
1 sb stok pekat ayam
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air
sedikit garam
1 sb mentega
minyak

1. Gaul ayam dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak bersama mentega. Tumis bahan-bahan kisar bersama-sama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masuk ayam dan goreng sekejap. Masukkan pula cendawan. Gaul sekali lagi dan masukkan beras. Gaul rata. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk nasi. Kemudian masuk serbuk kunyit, susu cair, air, stok pekat ayam, daun pandan dan garam. Masak nasi seperti biasa.
4. Tabur sedikit bawang goreng dan daun bawang semasa menghidang.

Rendang Ayam Wangi

Rendang Ayam Wangi

500g ayam
Bahan kisar:
    1 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    1" halia
    1 batang serai
    1" lengkuas
    1 ketul kecil kunyit hidup
    3 biji cili padi merah
    3 helai daun limau purut
rempah empat sekawan
1 sb serbuk rempah kari daging + sedikit air
1 sb cili kisar
1 batang serai - titik
1 helai daun kunyit - hiris
4 helai daun limau purut - hiris
1/4 kotak santan
1 sk pes asam jawa + sedikit air
1 sk kerisik
1/2 cawan air
garam
gula perang
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk bancuhan serbuk kari, cili boh, serai dan sambung menumis. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya. Kecilkan api dan renih hingga ayam hampir masak. Masuk sedikit daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa, kerisik, garam, gula dan santan. Kacau perlahan-lahan. Angkat dan hidang. Tabur sedikit lagi daun kunyit.