Sunday, 27 June 2021

Ayam Grill Ringkas
Ayam Grill Ringkas
8 ketul ayam
1 sb dadih asli
1 sk pes halia bawang putih
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
1 sb garam masala
1 biji limau kasturi - jusnya
1/2 biji bawang besar kuning - hiris tebal
sedikit garam
minyak

Perap ayam dan hirisan bawang besar dengan dadih asli, rempah-rempah, jus limau kasturi dan garam selama 1 jam. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak. Grill ayam hingga garing. Angkat dan letak dalam pinggan. Kemudian grill pula bawang besar kuning hingga layu. Letak atas ayam grill tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, 21 June 2021

 Resepi Air Laici

Resepi Air Laici

1 tin laici
1 batang serai
asam boi
1 botol ice Cream Soda F&N Biru
2 biji lemon

1. Campur semua sekali.

Kredit: Rani Hamid

Roti Jala

 Roti Jala
1 kg tepung gandum
3 biji telur
1 kotak kecil santan
air secukupnya
sedikit kunyit
sedikit garam
2 sb gula

1. Bancuh semua bahan di atas dalam besen besar. Bancuh hingga pekat sedikit. Tambah air semasa blender.
2. Gulung selepas siap menjala.

Kredit: Suzana Nurkasih

Ayam Varuval
Ayam Varuval
7 ketul ayam
1 biji kentang - potong 12
1 biji bawang besar - hiris
1 sk pes halia bawang putih
1 biji cili hijau - cincang
rempah empat sekawan
1 tangki daun kari
1 biji tomato - potong kecil
1 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk cili
11/2 sb serbuk ketumbar
1 sk garam masala
1 cawan air
1 sb cuka atau dadih asli - jika suka
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, pes halia bawang putih, cili hijau dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Masukkan pula kentang, tomato, daun kari, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar dan air. Gaul rata, tutup periuk dan kecilkan api. Biar merenih hingga ayam dan kentang empuk. Akhir sekali, masukkan garam masala dan cuka (atau dadih asli). Kacau rata, biar dalam 5-10 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Monday, 14 June 2021

 Cornflakes Almond Cookies

Cornflakes Almond Cookies

250g Blue Butter triangle
2 biji kuning telur
125g gula halus
120g tepung terigu
30g maizena
50g susu tepung
150g cornflakes (diramas jangan sampai hancur)
100g almond panggang

1. Pukul butter dan gula hingga kenbang.
2. Masuk susu tepung , tepung terigu, maizena, gaul rata, dan kemudian masukkan cornflakes dan almond. Gaul rata.
3. Cetak dengan senduk atau scoop aiskrim, susun dalam loyang dan beri jarak.
4. Panaskan oven dengan suhu 130℃ dan bakar 50 minit. Pusing2 kuih agar masak sekata.

Kredit: Goyantie

Daging Salai Balado
Daging Salai Balado
180g daging salai
1 biji kentang - potong enam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2 biji buah keras
1 batang serai
3 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1 sk belacan
1 sk Maggi Cukup Rasa
1 asam keping
sedikit air
1/2 sk garam
minyak

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, buah keras, serai, cili merah dan cili padi.
2. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan baki minyak menggoreng kentang, tumis bahan-bahan kisar dan belacan hingga wangi. Masuk daging salai dan gaul rata. Goreng sehingga daging lembut. Kemudian masukkan serbuk perasa Maggi, garam dan asam keping. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan kentang. Gaul rata dan hidang.
Sawi Goreng Dengan Lobak Merah
Sawi Goreng Dengan Lobak Merah
1 pokok sawi - hiris
1/2 batang lobak merah - belah dua dan hiris
6 biji fishball - belah dua
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk pati ikan bilis dan lobak merah. Goreng sekejap dan kemudian masukkan pula fishball, sawi, sedikit air, serbuk lada sulah dan garam. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.