Wednesday, 28 August 2019

Teh Pudina Dengan Laici
Teh Pudina Dengan Laici
2 uncang teh pudina
air panas secukupnya
1 tin laici
2 batang serai - titik
1 biji lemon - hiris
5 sb gula atau secukup rasa
air batu
daun pudina (jika ada)

Tuang air panas ke dalam jug. Masukkan uncang teh, serai, laici (tanpa airnya) dan gula. Kacau. Masukkan pula hirisan lemon dan air batu. Kacau rata dan hidang.
Ikan Bakar Kluang
Ikan Bakar Kluang
3 ekor ikan cencaru
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
daun pisang/pandan/kunyit
pencungkil gigi

Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Balut ikan dengan daun pisang dan semat dengan pencungkil gigi. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak. Bakar hingga ikan masak. Hidang bersama Sambal Kicap dan Air Asam.


Sambal Kicap
3 biji bawang besar - hiris
2 biji cili hijau/merah - hiris
3 biji cili padi hijau - hiris
2 biji limau kasturi - jusnya
1/2 cawan kicap manis atau kicap lemak manis
sedikit garam
sedikit gula

Campur kesemua bahan-bahan. Gaul rata dan hidang bersama ikan bakar.

Air Asam
1/2-1 sb pes asam jawa
2 biji cili merah - hiris
3 biji cili padi - hiris
11/2 biji bawang besar - hiris
sedikit serbuk belacan
sedikit garam
sedikit gula


Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air hingga sederhana pekat. Masuk serbuk belacan, garam dan gula secukupnya. Kacau hingga semuanya larut dan rata. Akhir sekali masukkan bahan-bahan hiris. Hidang bersama ikan bakar tadi.
Telur Dadar Udang
Telur Dadar Udang
3 biji telur - pukul
12 ekor udang - potong kecil
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - potong kecil
sedikit daun bawang - hiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah. Masukkan udang dan goreng hingga udang masak. Kemudian tuang telur yang dicampur dengan daun bawang. Kecilkan api dan tutup periuk dan biar bahagian bawah masak sebelum terbalikkan telur. Masakkan bahagian atas pula. Bila omelet dah masak, bolehlah angkat dan hidang.
Makaroni Goreng
Makaroni Goreng
1 cawan makaroni
1/2 keping daging cincang Ramly
1 biji bawang besar - cincang
1 sb pes halia bawang putih
1 pokok sawi bunga
1 keping fishcake - hiris
2 sb cili boh
1 sk sos tiram
1 sb kicap manis
1 sk stok pekat ayam
sedikit air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Didihkan air bercampur garam dan rebus makaroni hingga al dente. Tapis dan toskan. Simpan air rebusan pasta.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan pes halia bawang putih hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi. Masukkan pula daging dan goreng hingga daging separuh masak. Kemudian masukkan fishcake, sos tiram, kicap manis, stok pekat ayam dan garam. Jika kering, masuk sedikit air rebusan pasta. Bila bahan-bahan dah sebati, masuk makaroni dan sawi bunga. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Wednesday, 21 August 2019

Rice Pudding
Rice Pudding
1/2 cawan beras
3 cawan susu
3 sb krim
3 sb gula
1 sk esen vanila
secubit serbuk kulit kayu manis
sedikit kismis

Didihkan susu bersama beras dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sehingga beras lembut. Masukkan pula gula dan kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan krim dan kismis. Gaul hingga sebati. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis semasa menghidang.
Telur Hancur ala Parsi
Telur Hancur ala Parsi

3 biji telur - pukul
1/2 biji bawang besar - cincang
1 sk pes halia bawang putih
1 biji cili hijau - cincang
1 biji tomato - buang biji dan cincang
2 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
1/2 sk serbuk cili
1 sk mentega
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan mentega dan minyak. Tumis bawang besar dan pes halia bawang putih hingga wangi. Masuk tomato, cili hijau, daun ketumbar, serbuk cili, serbuk lada sulah dan garam. Kacau rata. Tuang telur dan goreng hancur. Angkat dan hidang.
Kangkung Goreng Belacan (2)
Kangkung Goreng Belacan (2)

1 ikat kangkung
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili padi merah
11/2 sb belacan
2 sb sos ikan
sedikit air
sedikit gula
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan bersama sedikit air.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk kangkung dan gaul rata. Kemudian masukkan sos ikan dan gula. Jika perlu, masukkan garam.Bila kangkung dah lembut, angkat dan hidang.