Monday, 31 January 2022

 Buah Melaka


Buah Melaka
2 cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
*1 cawan air...kalau rasa kurang lembut...tambah sedikit air
1/2 ketul gula melaka...potong dadu kecil2
4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air diatas
sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
kelapa parut putih + sedikit garam halus...kukus sekejap dan gaul sebati

1. Dalam bekas isi kedua-dua tepung...gaul rata...buang air pandan + sedikit pewarna hijau...uli2 jadikan doh yang lembut.
2. Buat bulat2 doh agak2 nak besar mana...tekan leper doh tadi...isikan gula melaka...bulatkan semula...buat sehingga doh habis.
3. Panaskan air hingga mendidih...masukkan 2 helai daun pandan (simpulkan)...angkat doh bila timbul...lalukan sekejap bawah air paip...toskan.
4. Golekkan buah melaka atas kelapa parut.
5. Hidang.

Kredit: Zura Zul

Ayam Masak Pedas
Ayam Masak Pedas
7 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
11/2" kunyit hidup
1 batang cili merah
3 biji cili padi merah
2 batang serai
2 biji buah keras
6 helai daun limau purut
1 sk serbuk lengkuas
1 cawan air
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, cili merah, cili padi, 1 batang serai, buah keras dan 3 helai daun limau purut. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk lengkuas hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar beberapa minit kemudian masukkan air, kecilkan api dan tutup periuk. Bila ayam dah separuh masak, masukkan serai, baki daun limau purut dan garam. Tutup periuk dan biar hingga ayam masak. Kacau sekali-sekala. Sedia untuk dihidangkan.

 Pasta Goreng Udang Tomato Berkrim

Pasta Goreng Udang Tomato Berkrim

130g pasta
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 sk chilli flakes
15 ekor udang - potong kecil
10 biji fishball - belah dua
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
1 sb pes tomato
krim masakan
daun ketumbar/lettuce
air
garam
minyak

Didihkan air dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan. 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk udang dan goreng hingga kuning. Masuk fishball, pes tomato, krim masakan, serbuk pati ikan bilis dan garam. Gaul rata. Kemudian masukkan pasta, krim masakan, sedikit air dan gaul sekali lagi. Tutup api dan masukkan lettuce...gaul, angkat dan hidang.

Monday, 20 December 2021

 Scone

Scone

500g tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
50g gula castor
100g dried cranberry (kismis or choc chips)
110g butter
1 sk esen vanilla
300ml full cream milk

1. Satukan bahan2 kering. Gaul sebati dengan tangan sampai jadi ala2 breadcrumbs.
2. Masukkan susu dan esen vanilla. Mix sampai jadi macam doh biskut.
3. Canaikan doh tebal. Tekap bentuk bulat (satu adunan ni boleh dapat dalam 14 keping).
4. Sapukan permukaan doh dengan kuning telur dan sedikit susu full cream. Nak sapu kuning telur pun boleh.
5. Panaskan oven pada suhu 180-190℃. Bakar selama 10-15 minit atau sampai keperangan.
6. Boleh dinikmati dengan whipped cream dan strawberry jem.

P/s Scone ni boleh dibuat banyak2, bakar kemudian boleh simpan dalam chiller atau freezer. Bila nak makan, bakar semula dengan suhu 160℃ selama 5 minit.

Kredit: Qurratuaini Nazori

 Roti Jala Mudah

Roti Jala Mudah
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
2 sudu minyak makan
1 sk garam
1 sk pewarna

Bancuh semua bahan, kacau guna whisk. Tapis. Masuk dalam bekas tiga muncung...bolehlah menjala adunan.
*boleh juga guna blender

Kredit: Mohd Shah

Sambal Daging Kisar
Sambal Daging Kisar
1 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
rempah empat sekawan
11/2 sb cili boh
1 sk sos tiram
1 sk pes tomato
1/2 cawan sayur campuran beku
1/2 kiub pati daging lembu
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan daging dan goreng separuh masak. Masukkan pula pes tomato, sos tiram, pati daging lembu dan sedikit air. Bila daging masak, masukkan sayur campuran beku dan sedikit garam. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 2 November 2021

 Minuman Koktel

Minuman Koktel

2 tin susu sejat/cair
1 tin kecil ice-cream soda
1 tin buah laici - optional
1 biji buah naga putih/merah
nata de coco
sumi pelbagai rasa
buah-buahan sebenar
ais

Campur semua bahan dalam satu bekas. Kacau perlahan-lahan. Terpulang nak tambah air atau tak. Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

Kredit: Noor Fatimah