Sunday, 27 March 2022

Burnt Cheesecake 

Burnt Cheesecake
250g cream cheese
½ cawan gula
3 biji telur
½ cawan whipping cream
2 sb tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sb perahan lemon - optional

1. Blend ke semua bahan-bahan sehingga sebati.
2. Bakar dalam air fryer dua kali:
    i) 180℃ - 25 minit
    ii) 160℃ - 15 minit

* Saiz loyang - 6"
** Jenis AF - Russell Taylor 3.8L

3. Selepas siap dibakar, biarkan sehingga suhu bilik. Lagi sedap biarkan sejuk2 dalam fridge, baru potong dan makan.

Kredit: unknown

 Nasi Goreng Cili Hijau

Nasi Goreng Cili Hijau

250g nasi putih
6 biji bebola ayam - potong empat
2 batang sosej - hiris
2 biji telur - pukul
sedikit kacang peas
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 biji cili padi merah
20g ikan bilis

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang - hiris
cili hijau - hiris


1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masuk bebola ayam dan sosej... goreng sekejap.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, kacang peas dan nasi. Gaul rata. Kalau tak cukup masin, masuk sedikit garam.
4. Ketepikan nasi dan tuang telur. Kacau-kacau hingga separuh masak. Kemudian gaulkan nasi dengan telur.
4. Angkat dan hidang. Tabur sedikit bawang goreng, hirisan daun bawang dan cili hijau.
5. Sedia untuk dihidangkan.

 Creamy Linguine with Black Pepper Chicken

Creamy Linguine with Black Pepper Chicken
150g linguine
200g isi ayam
4-5 floret brokoli - potong kecil
3-4 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan air rebusan pasta
100ml krim masakan
1 sk chilli flakes
3 sb parutan keju parmesan
2-3 tangkai daun parsli - hiris halus
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk sos lada hitam
sedikit garam
minyak

Didihkan air dengan sedikit garam dan rebus linguine hingga al dente. Tapis dan toskan.

Perap ayam dengan sos lada hitam, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan selama 30 minit.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Masuk bawang putih dan goreng sekejap. Masukkan linguine...jika kering, masukkan sedikit air. Masuk kan pula brokoli diikuti dengan keju parmesan, chilli flakes, garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Tutup api dan masukkan daun parsli. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.

Saturday, 19 March 2022

 Minuman Tembikai Bersusu

Minuman Tembikai Bersusu

1/2 buah tembikai tanpa biji - potong dadu
susu cair
sirap
ais secukupnya

1. Campur semua bahan jadikan satu.

Kredit: unknown

 Kek Kukus Choc Moist

Kek Kukus Choc Moist

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 cawan minyak masak
3 biji telur

1. Blend semua bahan selama 5 minit.

Bahan untuk diayak:
¼ cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

1. Selesai ayak, masukkan bahan blend. Gaul rata. Tapiskan dan masuk ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.

Topping:
½ cawan susu pekat
¼ cawan susu cair
3 sb serbuk koko
4-5 sb butter

1. Masakkan susu pekat, susu cair dan serbuk koko. Gaul rata.
2. Masuk butter sikit2. Masak hingga likat.
3. Sejukkan dulu sebelum tuang ke atas kek.
4. Masuk ke dalam peti sejuk.

Kredit: nor liza kamarudin

 Biskut Red Velvet

Biskut Red Velvet

Bahan A (ayak):
2 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1 sk serbuk koko
1/2 sk baking powder
1/2 sk cream of tartar

Bahan B:
1 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 cawan salted butter
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan gula
pewarna merah

Bahan C:
1/2 cawan white choc
1/2 cawan dark choc
1/2 cawan badam cincang - disangai

1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur semua bahan B, kacau sebati, dan masukkan bahan A. Kacau rata dan masukkan bahan C. Gaul rata dan simpan doh dalam peti ais selama 1 jam.
3. Keluarkan doh dan sudukan adunan. Susun atas tray dan bakar pada suhu 170℃ selama 15 minit atau sehingga masak.

Kredit: unikitchen88

 Sotong Masak Kicap

Sotong Masak Kicap

300g sotong - hiris
1 batang sosej - hiris
4 sb kicap manis ABC
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit air
sedikit garam
minyak

Bahan A:
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 biji cili padi merah - cincang
1 batang serai - titik

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong hingga airnya kering. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A hingga wangi. Masuk sotong dan sosej dan goreng sekejap.
3. Masuk kicap manis abc, sedikit air dan garam. Gaul rata. Masak hingga semua bahan-bahan sebati.
4. Tutup api... masuk daun ketumbar. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidangkan.