Sardin Goreng ala Sri Lanka
Sardin Goreng ala Sri Lanka
1 tin sardin saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 biji cili merah
1 sb serbuk jintan putih
3/4 sb serbuk ketumbar
1 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk biji sawi
1 keping asam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit daun kari
sedikit daun pudina
sedikit garam
sedikit air
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Masukkan biji sawi, serbuk cili, serbuk kunyit dan sardin. Jika kering, tambah sedikit air.
Bila sardin sudah masak, masukkan pula daun kari, asam keping, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam. Kacau dan masukkan cili merah dan sedikit garam.
Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment