Sup Suhun
Sup Suhun
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji kentang
2" lobak merah
3 keping cendawan tiram
4 kuntum bunga kobis
sedikit suhun
3 cawan air rebusan ayam
sedikit garam
minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan air rebusan ayam dan biar mendidih.
Bila mendidih, masukkan kentang dan lobak merah. Biar sekejap. Masukkan pula bunga kobis, cendawan tiram dan suhun yang telah direndam. Akhir sekali, masukkan garam. Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment