Monday, 21 September 2020

Telur Bistik
Telur Bistik
2 biji telur - pukul
1 keping isi ayam - potong kecil
1/2 bijibawang merah - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1/4 cawan sayur campuran beku
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sk sos tiram
serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit air
minyak

Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan sekejap.

Panaskan minyak dan goreng telur. Bila kedua-dua belah dah masak kekuningan, angkat dan letak dalam pinggan. Panaskan sedikit minyak lagi. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga masak. Kemudian masukkan sayur campuran beku, sos-sos dan sedikit air. Gaul rata. Bila semua bahan-bahan dah sebati, tuang di atas telur dadar tadi.

No comments:

Post a Comment