Rice Cakes Goreng Ayam Kisar
Rice Cakes Goreng Ayam Kisar
300g rice cakes
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi merah - cincang
1/2 keping ayam kisar Ramly
3 pokok sawi bunga
5 biji cendawan Shiitake - hiris
7 biji fishball goreng - belah dua
1 biji telur - pukul
4 sb sos soya cair
1/2 sk sos soya pekat
2 sb sos tiram
sedikit air
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk garam
minyak
Perap ayam kisar dengan 1 sb sos soya cair dan serbuk lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi. Masuk ayam kisar dan goreng hingga setengah masak. Kemudian masukkan fishball, cendawan, sawi, sos-sos, serbuk lada sulah dan sedikit air. Gaul rata. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan rice cakes dan gaul perlahan-lahan supaya tak pecah. Ketepikan rice cakes dan tuang telur, kacau hingga separuh keras. Gaul rice cakes semula hingga semua bahan-bahan mesra. Kemudian angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment