Nasi Kuning Harum
170g beras Basmathi
1 (200ml) kotak santan
1 helai daun pandan
1/2 sk serbuk kunyit
garam
2 sk minyak sapi
3 sb minyak masak
bawang goreng - untuk tabur
Bahan A:
1/2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1 batang serai - titik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali. Tumis Bahan A hingga wangi. Ketepikan.
Masuk beras ke dalam periuk nasi elektrik bersama bahan tumisan tadi. Masuk santan dan air, daun pandan, serbuk kunyit dan garam. Kacau hingga semua bahan-bahan sebati dan warna sekata. Masak nasi seperti biasa. Tabur bawang goreng semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment