Friday, 4 November 2016

Ayam Masak Kari Merah Thai
Ayam Masak Kari Merah Thai
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai
6 helai daun limau purut
600 ml air
1 peket (100g) pes kari merah Thai
1/2 kotak santan
1 biji kentang
minyak untuk menumis

Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Serai diketuk.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul. Masukkan pula separuh air dan biar hingga ayam hampir masak. Selepas 20 minit, masukkan baki air bersama daun limau purut.

Masukkan pula pes kari merah dan kentang. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau beberapa minit. Saya tak masukkan garam sebab pada saya rasa garam dah mencukupi.

Angkat dan hidang.

Wednesday, 26 October 2016

Pasta Goreng Sos Pesto
Pasta Goreng Sos Pesto
2 cawan pasta
3 ulas bawang putih
10 ekor udang
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
1 pkt sos Pesto McCormick
1/2 cawan susu Good Day atau krim
minyak zaitun untuk menumis

Didihkan air dengan sedikit garam. Masukkan pasta dan biar pasta masak sehingga aldente. Toskan air. Ketepikan.

Perap udang dengan sedikit lada sulah dan garam. Panaskan minyak zaitun dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga wangi. Bancuh serbuk sos pesto dengan sedikit susu segar. Pastikan susu agak suam sedikit supaya sos pesto tidak berketul-ketul. Kacau rata dan sos tidak berbiji-biji.

Masukkan pasta, udang, baki susu dan lada hitam. Gaul sebati. Hidang.

Tuesday, 11 October 2016

Kacang Botol Goreng Cili

Kacang Botol Goreng Cili

6 batang kacang botol
11/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
5 sb ikan bilis
1 sb sos tiram
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dikisar. Masukkan sedikit ikan bilis dan kisar kasar.

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Bila cili dah masak, masukkan sos tiram, ikan bilis yang telah digoreng dan kacang botol. Kacau rata. Bila kacang dah masak, angkat dan hidang.
Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam
200g daging
2 sk rempah masak hitam
4 sb kicap lemak manis
2 sb kicap lemak masin
300 ml air
sedikit garam
1 sk gula
1 asam keping
1 batang serai - dititik
minyak untuk menumis

Bahan A:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
Kisar bahan A dengan sedikit air. Ketepikan.

Bahan B:
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
Bahan B dihiris. Ketepikan.

Bahan C:
1/2 biji bawang besar kuning
1 biji cili merah
Hiris bahan C. Ketepikan.

Perap daging dengan bahan A dan rempah masak hitam selama 30 minit.

Panaskan minyak. Tumis bahan B bersama serai hingga wangi. Kemudian masukkan daging, kacau dan biar daging masak dalam 30 minit. Masukkan air jika daging kering.

Semasa daging tengah masak, masukkan kicap lemak manis, kicap lemak masin, asam keping, gula dan sedikit garam. Masuk air jika perlu.

Bila daging hampir masak, masukkan bahan C. Gaul rata, tutup api dan hidang.

Thursday, 6 October 2016

Telur Scramble Dengan Tomato
Telur Scramble Dengan Tomato

3 biji telur
1 biji tomato
2 batang daun bawang
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Telur dipukul dan ketepikan. Tomato dipotong kecil. Daun bawang dipotong 1" panjang.

Panaskan minyak. Tuang telur dan kacau supaya menjadi scramble. Sebelum ianya keras masukkan tomato, daun bawang dan sedikit garam. Kacau sekejap dan bolehlah dihidangkan.
Ayam Adobo Dengan Kacang Pis

Ini versi ayam adobo saya. Selalunya ayam adobo ni tak dimasukkan kacang pis tapi disebabkan ada baki kacang pis saya gunakan untuk masakan ini.

Ayam Adobo Dengan Kacang Pis

8 ketul ayam
6 sb soya sos cair
6 sb cuka
1/2 sk serbuk lada hitam
11/2 cawan air
5 ulas bawang putih
2 helai daun bay
1 sk gula
1/2 tin kacang pis
minyak untuk menumis

Perap ayam dengan soya sos, cuka dan serbuk lada hitam lebih kurang 1 jam.

Panaskan minyak dan goreng ayam dalam 5 minit. Kemudian tuang campuran soya sos dengan cuka tadi. Masukkan juga bawang putih, daun bay, gula dan air dan biar hingga ayam masak. (Saya tak masukkan garam sebab kuah dah masin.)

Akhir sekali, masukkan kacang pis dan biar dalam 1-2 minit sebelum dihidang.

Tuesday, 27 September 2016

Salad Kentang

Sarapan kami pada Hari Malaysia 2016. Selamat mencuba.

Salad Kentang
3 biji kentang
2 keping burger ayam
1 pokok daun bawang
3 sb mayonis
1/2 sk garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Rebus kentang didalam air yang bercampur sedikit garam. Bila kentang empuk, angkat dan sejukkan. Buang kulit dan potong dadu sederhana besar.

Panaskan minyak. Goreng burger ayam hingga kuning. Angkat dan potong sederhana besar.

Hiris daun bawang. Ketepikan.

Campur kentang, burger ayam dan daun bawang dengan mayonis. Gaul rata. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng burger tadi. Gaul rata dan hidang.