Tuesday, 8 June 2021

 Popia

Popia

1 paket kulit popia (50keping)
1 biji sengkuang besar - dipotong
4 batang lobak merah - dipotong
6 batang kacang panjang - potong
2 keping dada ayam - cincang halus

Bahan tumis:
5 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang holland - potong kiub
1 sb udang kering - ditumbuk
garam
gula

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masuk bawang holland dan udang kering.
2. Masuk isi ayam, garam, gula, serbuk perasa jika suka. Kacau rata.
3. Masuk lobak merah, sengkuang dan kacang panjang...biar sekejap jangan terlalu lama.
4. Tutup api, tunggu sekejap hingga sejuk inti baru boleh gulung.

Sos:
3 biji cili besar merah
3 biji cili besar hijau
2 sb cili kisar
5 ulas bawang putih
sedikit cuka
air asam jawa
air secukupnya
1 sudu tepung jagung - untuk pekat

1. Blender cili merah dan hijau.
2. Tumis bawang putih, masuk cili kisar dan cili blender kasar, cuka, air asam jawa, garam, gula melaka dan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
3. Kacau rata, biar mendidih dan sebati.

Kredit: Azizah Daud

Pomegranate Salad
Pomegranate Salad

4 keping daun salad - hiris
1/2 biji timun Jepun - potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 batang lobak merah - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
2-3 sb biji buah delima
2 biji limau kasturi - jusnya
1/2 sk garam
1/2 sk gula
1 sb minyak zaitun

Campur daun salad, timun, lobak merah, tomato dan lada benggala ke dalam mangkuk. Tuang jus limau kasturi dan minyak zaitun dan perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata. Tabur sedikit biji buah delima semasa menghidang.
Makaroni Goreng Sundried Tomato
Makaroni Goreng Sundried Tomato

1 mug (180g) makaroni
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 keping daging kisar Ramly
6 sb pes sundried tomato
1 sk chilli flakes
1 tangkai daun parsli - hiris
1/2 batang lobak merah - potong batang mancis
1 batang seleri - potong dadu
1/2 kiub pati daging
1/2 cawan air rebusan pasta
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Didihkan air dan rebus makaroni hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan goreng hingga berubah warna. Kemudian masukkan pes sundried tomato dan kacau. Bila sebati masukkan pula lobak merah, seleri, kiub pati daging, chilli flakes, gula, garam dan sedikit air. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan daun parsli, gaul sekali lagi dan bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday, 1 June 2021

 Badak Berendam

Badak Berendam

Bahan Doh:
3 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
2 cawan air jus pandan
(air + 4-5 helai daun pandan... blender... tapiskan)
sedikit pewarna hijau - optional

1. Tuang air jus pandan sikit2... gaul sebati... uli2 jadikan doh.
2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya... kemudian leperkan doh... isi inti kelapa atau inti ikut suka... bulatkan semula.
3. Rebus macam kita buat buah melaka... angkat dan jirus sekejap bawah air paip... toskan airnya.
4. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai... masukkan dah yang direbus tadi... sedia untuk dihidang.

Bahan Inti:
1 biji kelapa parut putih
½ cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1-2 ulas durian - buang biji
1½ cawan air
3 helai daun pandan
secubit garam
1 sb tepung gandum

1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan.
2. Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih... isi durian... secubit garam dan daun pandan... gaul serata... agak2 nak kering... letak tepung gandum... gaul sebati.

Bahan Dadih:
5 cawan santan sederhana pekat
8 sdm tepung beras
8 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan - simpulkan
sedikit gula
sedikit garam

1. Sebatikan bahan di atas (boleh blender)... masak hingga naik wap... dadih ni kena rasa masin sedikit... sentiasa dikacau2 agar tidak berketul2... kacau sampai sedikit likat... tapi jangan sampai pekat.

Kredit: nurulhanis127

Daging Goreng Kunyit Berempah
Daging Goreng Kunyit Berempah
250g daging - kunyit
1/2 biji bawang besar - hiris
1 sk pes halia
1 ulas kunyit hidup - hiris halus
2 biji cili padi - hiris
1 batang leek - hiris 3" panjang
1 sb serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk lada sulah dan serbuk lada sulah selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, pes halia, kunyit hidup dan cili padi hingga wangi. Masuk daging dan gaul rata. Goreng daging hingga empuk. Kalau kering masuk sedikit air. Kemudian masukkan leek dan garam. Goreng sekejap, kemudian angkat dan hidang.
Pak Choy Goreng
Pak Choy Goreng
2 ikat pak choy
5 ulas bawang putih - potong kasar
1 biji cili merah - hiris
1/4 kiub pati ikan bilis
1/2 sk sos ikan
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk pak choy dan goreng. Kemudian masukkan pati ikan bilis, sos ikan, serbuk lada sulah, cili merah dan sedikit air. Goreng hingga sayur masak, kemudian angkat dan hidang.

Saturday, 29 May 2021

 Biskut Nestum

Biskut Nestum

1½ cawan mentega
1⅓ cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
2½ cawan nestum
1 cawan cornflakes - ramas
1 sk esen vanilla
1 biji kuning telur gred A (sapuan)
Nestum - untuk hiasan

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masuk esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati dan nampak putih.
2. Masuk tepung jagung, nestum, cornflakes yang sudah diramas dan tepung gandum. Masuk tepung gandum sikit2 hingga doh boleh diuli dan melekat ditangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur kuning di atasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150℃ selama 15-20 minit.

Note:
1. Jika doh masih melekat ditangan boleh tambah sedikit tepung gandum hingga doh boleh diuli.
2. Jika doh agak keras boleh tambah sedikit mentega cair dalam 3sb.

Kredit: CT Kitchen