Sunday, 22 November 2020

Pisang Goreng Sedap
Pisang Goreng Sedap
10 biji pisang nipah - belah dua
100g tepung gandum
1/4 sk serbuk penaik
50g gula
sedikit garam
150ml air
1 biji telur
pewarna kuning
minyak untuk menggoreng

Campur tepung gandum, serbuk penaik, gula, garam, telur, pewarna kuning dan air. Gaul rata hingga sebati. Masukkan pisang ke dalam adunan. Gaul sekali lagi. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan sajikan.
Mee Goreng Udang Kering
Mee Goreng Udang Kering
1 paket mee - celur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sb udang kering
1/2 sk belacan
1 sb cili boh
1/2 sk serbuk kunyit
3 keping isi ayam - potong kecil
1 keping fish cake - hiris
6 biji fishball - belah dua
2 pokok sawi - hiris kasar
2 sb sos tomato
1 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 sb sos soya cair
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Udang kering direndam sekejap. Kemudian bilas dan toskan. Ketepikan kesemua bahan-bahan.

Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering dan belacan dengan sedikit air. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk cili boh dan serbuk kunyit. Tumis lagi hingga air kering dan pecah minyak. Masukkan pula ayam dan goreng hingga ayam hampir masak. Kemudian masuk fishball dan fishcake diikuti dengan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos soya cair. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan mee dan sawi. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati. Hidang bersama hirisan cili merah bercampur kicap manis.
Kari Keema

Kari Keema
1/2 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar - cincang
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 helai daun salam kering
1/2 biji tomato - di dadu kecil
1 sb serbuk kari daging
1 sk pes halia bawang putih
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 cawan air
1/4 cawan sayur campuran beku peas, carrot dan jagung
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, pes halia bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan gaul hingga daging berubah warna. Masuk daun salam kering, tomato, serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan sedikit air. Kacau hingga rempah-rempah sebati. Jika kering, tambah sedikit air lagi. Akhir sekali, masukkan campuran peas, carrot dan jagung, dan perasakan dengan garam. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.
Ikan Jenahak Berkuah Sos Ikan
Ikan Jenahak Berkuah Sos Ikan
2 keping ikan jenahak
4 ulas bawang putih - cincang
4 sb sos ikan
3 sb air
21/2 sb gula
5 biji limau kasturi - jusnya
3 biji cili padi merah - cincang
1 tangkai daun bawang - hiris halus
minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 

Campurkan sos ikan, air, gula, jus limau kasturi dan cili padi. Gaul rata. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk campuran sos ikan dan kacau-kacau. Kemudian masukkan ikan dan daun bawang. Balik-balikan, kemudian angkat dan hidang.
Kacang Buncis dan Lobak Merah Goreng Pes Cili Thai
Kacang Buncis dan Lobak Merah Goreng Pes Cili Thai

10 batang kacang buncis - hiris menyerong
1 batang lobak merah - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
1 sk pes cili Thai
3 sb santan kotak
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk pes cili Thai dan sedikit air. Tumis hingga bawang-bawang dan pes sebati. Kemudian masukkan kacang buncis dan lobak merah. Goreng hingga sayur lembut. Masukkan pula cili merah cincang dan santan. Kacau rata, kemudian angkat dan hidang.

Friday, 13 November 2020

Pasta Bersos Tomato
Pasta Bersos Tomato
1 mug pasta
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 keping daging kisar Ramly
1 batang lobak merah - potong dadu
1 batang seleri - hiris
7 biji cendawan - hiris
2 sb tomato puri
1 tin tomato jus V8
2 cawan air
sedikit daun 'apple mint'
1/2 kiub pati daging
1-2 sk gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan goreng hingga lembut. Kemudian masukkan lobak merah dan kacau dalam 1-2 minit. Masukkan tomato puri dan air. Kacau dan tunggu mendidih. Bila kuah mendidih, masukkan pasta dan kacau perlahan-lahan. Bila pasta dah separuh masak, masukkan pula tomato jus, seleri, cendawan, daun apple mint, kiub pati daging dan perasakan dengan garam dan gula. Bila semua bahan-bahan dah masak dan sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Ayam Masak Sambal Hijau (2)
Ayam Masak Sambal Hijau (2)
6 ketul ayam
6 biji cili hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 biji limau kasturi - jusnya
1/2 sk stok pekat ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit air
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Kisar cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia.  Perah limau kasturi dan gaul. Ini untuk mengelakkan cili daripada menjadi hitam. Ketepikan. Kemudian perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Ketepikan juga.

Dengan baki minyak menggoreng ayam tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk sedikit air, stok pekat ayam, garam dan gaul. Jika mahu kuah lebih, tambah sedikit air lagi. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan ayam. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.