Ayam Masak Sambal Hijau (2)
Ayam Masak Sambal Hijau (2)
6 ketul ayam
6 biji cili hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 biji limau kasturi - jusnya
1/2 sk stok pekat ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit air
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak
Kisar cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia. Perah limau kasturi dan gaul. Ini untuk mengelakkan cili daripada menjadi hitam. Ketepikan. Kemudian perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Ketepikan juga.
Dengan baki minyak menggoreng ayam tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk sedikit air, stok pekat ayam, garam dan gaul. Jika mahu kuah lebih, tambah sedikit air lagi. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan ayam. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment