Friday 1 September 2017

Karipap
Karipap
1 bungkus puff pastry
1 biji kuning telur
sedikit air

Ambil sekeping puff pastry dan letakkan 1 sb inti karipap ditengah-tengah. Sapukan sedikit air disekeliling puff pastry, lipat tiga segi dan picit sedikit supaya kulit pastry melekat.

Pukul kuning telur dan sapu di atas karipap tadi. Bakar 150 Celcius selama lebih kurang 15 minit.


Inti Karipap
Inti Karipap

1 keping daging cincang Ramly
1 biji bawang besar
1" halia
1 biji kentang
2 sb rempah kari daging
sedikit daun kari
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Kentang dan bawang besar dipotong dadu kecil.

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Asingkan. Kemudian tumis bawang besar dan halia. Halia tak perlu dipotong kecil-kecil sebab saya keluarkan dia selepas siap memasak inti. Bila bawang kuning, masukkan daging cincang dan kacau rata. Masukkan pula rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga daun kari. Jika kering, tambah air. Akhir sekali, masukkan garam dan kentang tadi. Gaul rata. Jangan lupa keluarkan halia tadi.

No comments:

Post a Comment