Pulut Mangga
Pulut Mangga
300g pulut
air secukupnya1-2 asam keping
daun pandan
1 cawan santan
Basuh pulut dan rendam pulut semalaman bersama asam keping. Kemudian bilas pulut dan toskan airnya. Panaskan air pengukus dan lapikkan bekas pengukus dengan daun pandan. Letak pulut di atas daun pandan dan kukus dalam 20 minit. Kemudian keluarkan pulut dan gaul pulut dengan 1 cawan santan. Masuk pulut balik ke dalam pengukus dan kukus semula dalam 20 minit.
Sos santan:
1 liter santan kotak
3/4 cawan gula
1 helai daun pandan
1 cawan air
1 sk tepung jagung
Masak santan bersama gula, daun pandan, air dan tepung jagung dengan api kecil. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
Mangga:
1-2 biji buah mangga
Potong mangga dan hidang bersama pulut dan sos santan.
No comments:
Post a Comment