2 keping tauhu
1/2 biji bawang merah1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 batang daun bawang
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan
1/2 sk serbuk cili
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan dan serbuk kunyit. Kacau hingga naik bau. Jika kering, masuk sedikit air. Kemudian masukkan tauhu, cili merah, daun ketumbar dan garam. Kacau rata, angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment