Friday, 22 February 2019

Mixed Beans with Rocket Salad
Mixed Beans with Rocket Salad
1 tin kacang campuran
3 ulas bawang putih - cincang
5 keping sundried tomatoes - potong kecil
2 batang sosej
1/2 mangkuk kecil salad rocket
1/2 biji lada benggala merah - dadu
1 sk whole grain mustard
4 biji limau kasturi - jus
1 sk gula/madu
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Potong sosej kecil-kecil. Panaskan minyak dan goreng sosej hingga kuning. Angkat dan toskan.

Di dalam mangkuk besar, masuk kacang campuran, bawang putih, sundried tomatoes, sosej, salad rocket, lada benggala merah, garam dan serbuk lada hitam. Di dalam mangkuk yang lain, masuk mustard, jus limau kasturi dan gula. Kacau dan tuang ke dalam mangkuk campuran kacang tadi. Gaul rata dan hidang.

No comments:

Post a Comment