Wednesday, 6 May 2020

Ayam Masak Serai ala Vietnam
Ayam Masak Serai ala Vietnam
7 ketul ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 batang serai - 2 hiris halus + 1 titik
2-3 biji cili padi - hiris
1 cawan air
2 sb sos ikan
2 sb gula
1/4 sk serbuk lada hitam
1 tangkai daun ketumbar
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, serai dan cili padi hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Jika kering, tambah sedikit air. Bila ayam empuk, masukkan sos ikan, gula, serbuk lada hitam dan daun ketumbar. Gaul sekali lagi, kemudan angkat dan hidang.
Telur Goreng Tomato
Telur Goreng Tomato
2 biji telur - pukul
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
1 tangkai daun bawang
1 biji tomato
2 sk sos cili Thai
1 sk sos tiram
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng telur. Bila telur dah nak 'set', pecah-pecahkan telur kepada 6-7 bahagian. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk tomato dan goreng hingga tomato lembut. Kemudian masukkan sedikit air, sos cili Thai, sos tiram, cili merah, garam dan gula. Bila dah dapat kepekatan yang kita nak, masukkan daun bawang dan kacau sekejap. Akhir sekali, masukkan telur tadi, gaul, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Kacang Buncis Goreng Cincalok
Kacang Buncis Goreng Cincalok
15 batang kacang buncis - hiris menyerong
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang sedikit
1 sb cincalok - buang airnya
1 sk sos tiram
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masuk cincalok, kacau sikit, dan kemudian masukkan kacang buncis, sos tiram dan sedikit air. Goreng sekejap dan bila kacang dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Friday, 1 May 2020

Strawberry Cheese Tart
Strawberry Cheese Tart
20 biji mangkuk tart
strawberry filling

Bahan untuk krim cheese:
250g krim cheese
50g gula castor
1 biji telur saiz B
1/2 sk esen vanilla

Mangkuk tart dan strawberry filling saya beli yang dah siap.

Untuk krim cheese, keluarkan krim cheese dari peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan. Kemudian putar krim cheese dengan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi hingga semua bahan-bahan sebati.

Isi strawberry filling dalam piping bag. Picit ke dalam mangkuk tart. Masuk krim cheese yang telah diputar tadi ke dalam piping bag yang lain. Kemudian picit ke dalam mangkuk tart tadi. Isi sampai penuh.

Untuk lorekkan di atas cheese tart, campur sedikit pewarna merah dengan sedikit krim cheese. Kacau hingga warna rata. Buat garis kecil-kecil dengan pencungkil gigi. Kemudian tarik dari bahagian atas sampai ke bawah hingga ada ekor sikit. Buat hingga semua tart habis. Bakar dalam 5 minit pada suhu 170℃.
Pasta Tuna Berkrim
Pasta Tuna Berkrim
1 mug pasta
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tin tuna
3 keping sundried tomato - hiris
1 sb capers
1/4 cawan krim
1/4 cawan susu segar
1 tangkai daun parsli - hiris
1 paket chilli flakes
sedikit serbuk lada hitam
garam
minyak

Didihkan air bersama garam. Bila air mendidih, masuk pasta dan rebus hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk tuna dan goreng. Kemudian masukkan sundried tomato, capers, krim, susu segar, chilli flakes, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun parsli. Gaul rata dan hidang.
Sambal Ayam Daun Limau Purut
Sambal Ayam Daun Limau Purut
300g isi ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 batang serai - titik
1 sk belacan
3 sb cili boh
8 helai daun limau purut - hiris
1 asam keping
1 cawan air
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, belacan dan serai hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis hingga pecah minyak. Masukkan pula ayam dan kacau. Tambah air jika kering. Kemudian masukkan asam keping dan bila ayam hampir masak, masukkan daun limau purut dan perasakan dengan gula dan garam. Bila semua bahan-bahan dah sebati, angkat dan hidang.
Labu Masala
Labu Masala
250g labu (berat selepas buang biji dan kulit)
1/2 sk jintan putih
1/2 sk biji sawi
1/2 sk biji halba
4-5 biji cili kering - rendam
1" halia - cincang
2 biji cili hijau - hiris
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk gula perang
1 sb asam jawa + air
1/2 cawan air
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis jintan putih, biji sawi, biji halba, cili kering, halia dan cili hijau hingga wangi. Masuk labu, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili dan garam. Gaul rata. Masukkan pula air dan bila mendidih, tutup periuk dan renih hingga labu separuh masak. Kemudian masukkan gula perang dan air asam jawa. Renih lagi hingga labu masak. Tutup api dan tabur hirisan daun ketumbar (jika ada). Labu sedia untuk dihidangkan.