Friday, 22 January 2021

Bubur Nasi Sama Ayam
Bubur Nasi Sama Ayam
150g baki nasi
3 keping isi ayam - potong kecil
2-3 keping hirisan halia
1/4 batang lobak merah - didadu kecil-kecil
3 cawan air/stok ayam
1 sk sos pekat ayam
1 sk sos soya cair
1 sk minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
1 tangkai daun bawang - hiris halus
1" halia - hiris halus
sedikit salted radish

Perap ayam dengan sos soya cair, minyak bijan dan serbuk lada sulah selama 30 minit. Ketepikan.

Didihkan nasi bersama air/stok ayam dan hirisan halia. Bila nasi dah lembut dalam 30 minit, masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula lobak merah, stok pekat ayam dan sedikit garam. Bila semua bahan-bahan dah lembut dan sebati, bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun bawang, hirisan halia dan salted radish semasa menghidang. Boleh dihidangkan juga dengan telur masin dan ikan bilis goreng.
Ayam Tandoori
Ayam Tandoori
1/2 ekor ayam - potong
11/2 sb rempah tandoori
1 sb dadih asli
1 biji limau kasturi - jusnya
1 sk garam
1 sb minyak

Gaul ayam dengan rempah tandoori, dadih asli, jus limau kasturi dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian tuang sedikit minyak dan gaul. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170℃ selama 1 jam. Hidang bersama hirisan lemon dan bawang besar.
Pasta Dengan Bebola Daging
Pasta Dengan Bebola Daging
1 mug pasta
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah
1 batang seleri
5 biji cendawan butang
1 tangkai daun parsli
1 tin sos tomato pasta
1 tin air rebusan pasta
minyak

Bebola daging:
250g daging kisar
2 keping roti putih - buang kulit tepi
1/4 cawan susu
1 biji telur
1/2 biji bawang merah - cincang
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk garam

Rendam roti dalam susu. Kemudian gaul daging kisar bersama roti tadi dan juga telur, bawang merah, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan dalam 20 minit. Kemudian ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kemudian didihkan air bersama sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan ketepikan.

Untuk sosnya pula, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk lobak merah dan goreng hingga separuh masak. Masukkan pula seleri dan cendawan. Goreng sekejap dan tuang sos tomato dan air rebusan pasta. Biar mendidih sambil dikacau perlahan-lahan. Hidang bersama pasta dan bebola daging. Tabur hirisan daun parsli semasa menghidang.

Thursday, 14 January 2021

Pasta Goreng Pedas
Pasta Goreng Pedas
11/2 mug pasta bowtie
20 ekor udang - potong kecil
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi merah - cincang
1/4 biji lada benggala merah - potong dadu
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
2 sb sos cili
1 sk pes tomato
2 sb kicap manis
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Didihkan air bersama sedikit garam. Rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan. Perap udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi. Masuk udang dan goreng hingga bertukar warna. Masukkan pula lada benggala merah dan hijau. Goreng sekejap dan masukkan pasta, sos cili, pes tomato, kicap manis dan kiub pati ikan bilis. Tambah sedikit air rebusan pasta jika kering. Gaul rata dan pasta sedia untuk dihidangkan.
Daging Goreng Thai
Daging Goreng Thai
220g daging - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
5 helai daun limau purut - hiris halus
1 sb pes tomyam
1 sb sos cili Thai
11/2 sb kicap manis pedas
sedikit air
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan pes tomyam selama 30 minit. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng daging hingga airnya kering. Masuk bawang-bawang dan halia dan sambung menggoreng. Tambah air jika kering. Tutup kuali dan biar hingga daging empuk. Kacau sekali-sekala. Bila daging dah masak, masukkan kicap manis pedas, sos cili Thai, garam dan daun limau purut. Gaul beberapa minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Cendawan Goreng Sos Tiram
Cendawan Goreng Sos Tiram
2 ketul cendawan Eryngi - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1/2" halia - cincang
1 sb sos tiram
1 sk sos soya cair
2 tangkai daun bawang - hiris
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk cendawan dan goreng. Masuk sedikit air, sos tiram, sos soya cair dan garam (jika perlu). Gaul rata dan tutup api. Masukkan daun bawang, gaul sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Wednesday, 6 January 2021

Bihun Goreng Udang
Bihun Goreng Udang
2 keping bihun - rendam
15 ekor udang
7 biji fishball - belah dua
1 keping fishcake - hiris
1 pokok sawi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
1 sb udang kering - rendam sekejap
1 sb cili boh
1 kiub pati ikan bilis
2 sb sos cili
3 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1/2 cawan air
serbuk lada sulah
garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi merah dan udang kering. Ketepikan. Perap udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis. Masukkan udang dan gaul hingga berubah warna. Masukkan pula fishball, fishcake, kiub pati ikan bilis, sos-sos dan air. Gaul rata. Kemudian masukkan bihun, sawi dan garam (jika perlu). Jika kering, masukkan sedikit air. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang. Tabur hirisan cili merah jika suka.