Spaghetti Aglio Olio Udang
Spaghetti Aglio Olio Udang
200g spaghetti
5 ulas bawang putih - cincang
15 ekor udang
7 biji tomato ceri - belah dua
3 tangkai daun parsli - potong kasar
3 paket chilli flakes
1 cawan air rebusan pasta
1 sb stok pekat ayam
parutan keju Parmesan - jika suka
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak
Gaul udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Perapkan sekejap.
Didihkan air dengan garam. Masuk spaghetti dan rebus hingga al dente. Toskan airnya dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.Masuk udang dan gaul sekejap. Bila udang dah bertukar warna, masukkan spaghetti, chilli flakes dan gaul rata. Jika kering, masuk sedikit air rebusan pasta. Akhir sekali, masukkan stok pekat ayam, garam, tomato ceri dan daun parsli. Gaul rata dan tabur parutan keju Parmesan semasa menghidang.

No comments:
Post a Comment